Friday, December 18, 2015

Back to School

Assalamualaikum penduduk Bumi yang klik link blog MATHORITY!
Anda telah buat kesilapan besar!
Kenapa anda klik?

Anda telah buat kesilapan besar kerana anda semua membuatkan saya rindu untuk menulis blog! (haha entah apa kena mengena)

After a temporary hiatus, saya telah membuat keputusan untuk menulis blog semula.

Yeay!

Dengan izinNya, saya akan terus menulis sampai jari saya patah dan tak dapat menekan skrin smartphone dan menaip menggunakan papan kekunci! (tak tahu takdir Allah macam mana)

Sehubungan dengan itu, mohon anda semua tidak berhenti membaca blog ini kerana walaupun kebanyakan post dalam blog ini entah apa-apa dan tidaklah memberi input yang berskala besar, namun besar harapan saya untuk mengharapkan agar saya terus diberi peluang olehNya untuk menulis di blog ini untuk saya mengemukakan pendapat dan tips-tips yang saya rasa boleh membantu rakan-rakan pembaca untuk meningkatkan lagi keupayaan menjadi manusia!

Bi iznillah, insyaAllah.

"Dahlah, Mathor. Teruskan dengan topik, boleh tak? Hmmm"

Jadi, dengan tamatnya kertas ICT saya pada 7/12 yang lalu, maka saya secara rasminya dah menjadi bekas pelajar sekolah menengah. (Eventhough sekolah saya tak buat pun majlis graduasi bagai -.-). Alhamdulillah dan syukur saya panjatkan kerana telah lepas terminal keilmuan yang kedua setelah tamat pengajian untuk sekolah rendah pada 2010 dahulu kala. :D *menari* Namun. harus diingatkan bahawa perjalanan ilmu tiada penghujungnya dan tidak akan ada penghujung.

"Jadi tak payah nak gembira sangat ya,Mathor!"

Laa gembira sekejap je pun *buat pipi kembung*

"Tak comel okay."

Okay.

Maka, rasmilah saya sebagai alumni sekolah menengah.

2011-2015. It was a long run, isn't it?
Duduk bersama dengan orang yang berilmu. Wah alangkah indahnya!
Belajar dengan guru-guru yang awesome. Wah rindunya!
Mengintai junior dari tepi tingkap. Wah...wah apanya =.=

Selain itu, banyak pesanan yang saya nak sampaikan kepada junior yang saya tinggalkan tanpa pesan di sekolah saya. Dan saya yakin dan berani jamin mereka akan sampaikan pesanan ini sekiranya rasa ia bermanfaat :D (yeeha Mathor suka luang masa dengan junior kot!)

Pertamanya, hormat guru.

Biarpun guru itu tidak mengajar anda atau mengajar anda saban tahun, anda kena hormat mereka. Kerana pada mereka terdapat keberkatan. Ya! Anda perlu akan keberkatan to survive in this cruel world. Lagi lagi keberkatan guru. Pentingnya guru selepas pentingnya ibu-bapa. Jika anda lihat guru anda perlu akan bantuan. apa salah anda ringankan tulang anda dan tolong sehabis baik? Nah, betapa senang dan banyak cara untuk meraih keberkatan seseorang guru. Anda kan bijak pandai, maka berfikirlah! Tidak sukakah anda sekiranya guru yang punya banyak pengalaman dan ilmu mendoakan anda?


Keduanya, tumpu perhatian dalam kelas.

Tahu tak kenapa apabila kita masuk ke dalam institusi persekolahan kita terbahagi kepada kelas-kelas tertentu? Nah, bukan untuk membezakan tahap kepandaian dan jumlah A (-.-), namun hanyalah bertujuan untuk memastikan setiap daripada kita mendapat input yang cukup daripada seorang guru yang mengajar di hadapan. Tidakkah pelik dan tidak wajar sekiranya seorang guru mengajar semua 1000+ pelajar dalam satu kelas dan satu sesi? Ya, tidak logik. Jadi, tumpulah perhatian betul-betul di dalam kelas. Tinggi peratusan mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih efektif berbanding di tempat lain. Hal ini kerana pelajar diberik kebebasan untuk bertanya sekiranya tidak memahami akan sesuatu perkara.

Ketiga, aplikasi ilmu.

Berkata Imam Shafie rahimahullah, ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat. Nah, lalu kita seharusnya mengaplikasi ilmu kita dalam kehidupan seharian, bukan A menjadi matlamat utama. Tidak mustahil orang yang mendapat banyak A tetapi tidak pandai mengaplikasi ilmunya LEBIH BAIK DARIPADA orang yang sedikit bilangan A tetapi mahir dalam pengaplikasian ilmu dalam kehidupan seharian.

"Wah wah, Mathor. Terasa membaca penulisan seorang guru pula"

Ya, memang impian saya nak jadi pendidik

Haha!

                                                                     ******

Nada serius saya dalam menulis post ini tidak dapat saya gambar dengan kata. Hal ini kerana saya berasa sedih dan gembira sebab dah tak bergelar pelajar sekolah.

 It will be always a long journey and I have to fight for it. No matter how people let you down, you need to stay strong and be yourself everytime.

Dah dah, itu sahaja penulisan saya pada hari ini. Semoga bertemu dalam post seterusnya!

Assalam. 
















Friday, September 25, 2015

Slip Penting Mathor

38 Hari. O.O

InsyaAllah ini ialah post blog terakhir sebelum aku melangkah ke zon kurang selesa. Maksud aku di sini ialah aku dah semakin hampir dengan primary life goal ketiga aku, selepas UPSR dan PMR, yakni Sijil Pelajaran Malaysia, yang juga dikenali sebagai SPM.

Long time ago, aku harap waktu ini takkan tiba selamanya. Namun, takdir Allah menemukan aku dengan tahun yang agak mencabar ini dan aku redha apa ketentuanNya. Jadi, aku sahut cabaran ini dan berusaha untuk membanggakan keluarga aku dan seterusnya memperoleh keputusan yang superb, daebak, boom kebaboom! (insyaAllah)

Masa aku mengisi borang permohonan matrikulasi melalui internet, terbayang-bayang wajah arwah ibu yang dahulunya selalu mengambil berat tentang pelajaran anak-anaknya. Wallahi, aku rindu saat itu. Kakak aku hanya mengangguk-angguk sahaja kepalanya sewaktu ibuku berkata-kata tentang nasib dan masa depan anak-anaknya. Dan, haha masa tu aku dok main PSP kot. Entah, tak ingat. :P

What's my point is apabila kita semakin meningkat dewasa, kita semakin kenal akan kehidupan dan sudah pandai memikirkan fasal nasib sendiri. Biarpun masa muda kita dahulu kita banyak main, lalai dan sebagainya, namun semakin kita membesar, kita punya satu jati diri dan semangat untuk meneruskan kehidupan. (Eh, aku belom SPM dah cakap macam gini kot, at least aku ada kesedaran sedikit. Sikit je)

Dalam masa yang sama pulak, aku terbayang kehidupan aku di kolej matriks nanti. (haha tak pernah tinggal kat asrama kan, terbayang pulak). Aku akan tercampak ke dalam zon yang boleh memberi faedah kepada aku, atau sebaliknya. Dan yang sebaliknya itulah aku takut sangat2. Hati kena sado sebab dunia luar sana kekadang tidak sesempurna yang kita bayangkan. Harus pandai membuat pilihan dan berfikir sejauh kilometer yang mungkin!

Agama dan ilmu. Itu pesanan arwah ibu ketika di sedang nazak dahulu. Terngiang-ngiang di telinga. Wallahi aku rindu. Namun, tiada masa untuk menangisi, tiada masa untuk meratapi. Hidup ini mesti diteruskan. Aku mesti buat arwah ibu bangga dengan anak bongsu nya yang nakal dahulu, yang lalai dahulu. Sekarang, aku semakin sedar bahawa setiap ujian yang Allah beri kepada aku selama ini, ada sejuta hikmah sebaliknya. Tinggal aku untuk meneroka dan mengenalpasti hikmah-hikmah itu. Allah bagi otak en? Gunalah sebaiknya. :)

Di kesempatan ini, aku memohon maaf atas segala kesilapan aku sewaktu aku menulis blog ni, dari post aku yang pertama sampai post ini dan insyaAllah jika ada peluang dan kesempatan, aku akan teruskan hobi menulis blog ini. Tapi, apatah guna blog ditulis jika tiada pembacanya, kepada yang pertama kali membaca blog ini, terima kasih kerana rajin sangat nak mengelik untuk masuk blog ni dan meneroka isinya. Kepada yang setia membaca blog ini (jika ada XD), terima kasih gak kerana membaca dan insyaAllah jika ada sedikit ilmu yang diperoleh itu sudah memadai bagi aku.

Doakan kejayaan aku dan kengkawan calon-calon SPM dan PT3 SMKA Tun Ahmad Zaidi. Tak lama lagi ni, Tak sabar pulak aku. Orait? Orait.



Sunday, September 13, 2015

'Haze Runner'

Entah kenapa aku rasa tajuk tu tak relevan.

Assalam gaisssss~
Sekarang Malaysia digemparkan dengan fenomena jerebu yang semakin teruk. Aku yang tinggal kat Sarawak ni apatah lagi, terutamanya di kawasan Kuching dan Samarahan.

Tak nampak wei, aku rasa aku patut beli Dust of Appearance. Err -.-'

Jadi, semenjak dua menjak kejadian jerebu ni melanda negara, kita sering melihat anak-anak muda (termasuk aku) pi dok selfie dengan topeng muka (Baca : facemask) masing-masing. Nampak stylo en? Stylo lah sangat sampaikan macam-macam jenis yg dipamerkan. Awat bangga sangat kot negara jerebu..:P

Pernah terfikir tak apa punca jerebu ni?

1. Pembakaran terbuka
Sorrylah jiran tetangga sekalian, kalo takda org tegur ni, gamaknya semakin teruk jerebu dalam negara kita ni. Pakcik makcik sekalian, tahu en hari hujan dan berjerebu, usahlah pi bakar daunan dan kertasan kat luar rumah tu. Asap yang dihasilkan akan tersebar ke langit dan menyebabkan jerebu. Aku rasa amaran dan nasihat ni berulang-ulang kali disiarkan di media massa dan dipapar di media cetak. Awat pakcik makcik tak faham ka? *buat muka geram sambil gemokkan pipi*

2. Asap dari kilang
Para pekerja kilang sekalian, aku tau yang korang punya production ialah prioriti perdana. Namun, harus diingatkan, kesihatan para pembeli produk engkorang tu sepatutnya jadi prioriti utama jugak. Kalo untung engkorang tu banyak sangat, awat tak beli penapis untuk corong dan serombong asap kilang engkorang tuuuuuuu~ ish geram aku dibuatnya.

3. Asap yang manusia hasilkan
Bukan asap kentut k. Engkorang ni -.- maksud aku asap-asap yang dihasilkan oleh manusia ni contohnya dari rokok, VAPE, dan asap lori dan kereta. Semua benda ni mengeluarkan asap en? Jadi, bijaklah sikit abang dan kakak sekalian. Sudah-sudahlah vaping dan smoking tu, memudaratkan kesihatan je. Tak kisah hukum dia guane, haram ke harus ke makruh. Allah bagi otak tu kasi fikir la sendiri. Untuk pengguna kenderaan darat pulak, amalkan carpooling (Baca: tumpang kereta) untuk mengurangkan penggunaan kenderaan.

Tuntasnya,

Fenomena jerebu ni banyak hikmahnya kalau kita duduk seketika dan menikmati secawan kopi Arabica. Eheh.

Namun, banyaknya manusia zaman sekarang gemar melihat kesan dan akibat daripada sesuatu itu, daripada menghayati hikmah dan pengajaran daripada satu-satu kejadian yang Allah berikan. Sesungguhnya setiap yang Allah timpakan kepada kita, ada hikmahnya. Kita, manusia yang berakal dan berotak inilah yang sepatutnya berfikir dan menghayati mengapa dan kenapa jerebu ini menjadi fenomena.

Biar mata kepala kabur kerana jerebu, asalkan jangan mata hati kabur kerana dosa.


Saturday, September 5, 2015

Block.

Assalamualaikum, pembaca blogku. Haha kalau anda sedang membaca nih, pastikan anda dah solat dan sudah membantu mak ayah anda mengemas rumah. Kalau tak pun, habiskan ulangkaji anda dahulu sebelum meneruskan pembacaan. Takut-takut kena tangkap guna fon pada masa yang tak sepatutnya. Hehe.

Orait.

Lama rasanya tak post kat blog ni. Setelah menghabiskan cerpen bersiri Cinta Ibadah versi El Mathoru pada bulan Julai yang lalu, aku pun hilang dari radar blog Tinta El Mathoru. Entah, macam malas la nak blogging bagai. Sebenarnya banyak benda aku nak ceritakan dalam masa 2 bulan aku hilang dari penulisan blog. Dalam tempoh masa ini, aku belajar banyak perkara baru dalam kehidupan. Rasa hilang kawan macam mana, rasa kena block dalam Twitter macam mana, rasa kena sisih oleh kawan macam mana. Dan banyak lagi.

Entahlah. Adakah ini semua salah aku atau sebaliknya? Kalau salah aku pun, apa salahnya pihak B tu tegur aku ke apa ke. At least pun bawak bertenang dan slow talk  kasi aku faham apa salah yang telah aku buat. Ni tak, buat kesimpulan sendiri, dengar cerita dan gosip dari satu pihak, terus melatah. Terus bertindak melulu bulu. Eh. Dia kenal aku kan? Bagitau la aku apa salah aku! Takyah lah block bagai! Lepastu mengumpat aku dari belakang! Macam lah engko tu maksum sangat!

"Ehem. Bertenang, Mathor. Tak yah nak emo sangat boleh tak?"

Astaghfirullah. Tsummastagfirullah.


Namun, aku percaya dan yakin bahawa ujian Allah itu berhikmah. Si fulanah ni block aku mungkin aku mengganggu hidup dia, atau kawannya, atau kawan kepada kawannya. Lantaklah siapa pun. Aku berusaha untuk mencari kebenaran dan punca benda yang agak remeh ini berlaku. Sebab aku tak ingin dibenci sebegini. Aku mohon maaf. Aku faham dan sedar siapa aku. Kisah silam aku sehitam langit pada malam hari. Namun, pada malam hari itulah adanya bulan dan bintang. Bolehlah diibaratkan bulan dan bintang itu hikmah dan pengajaran daripada gelapnya kisah silam aku.

Aku ingin menangis, namun tidak dapat mengalir setitis pun bendalir sedih ini. Entah, mungkin banyak sangat kelumit dosa kot? Astaghfirullah. Sudahlah. Sebelum aku meneruskan penulisan ini berasakan dengan nafsu dan ego , baik aku kembali kepada fokus aku yang sebenar. Kepada sesiapa yang tak puas hati dengan individu yang kerdil dan berdosa ini, maka berinteraksilah dengan aku melalui apa2 medium pun. Asalkan bukan di khalayak umum. Ceritakan satu per satu cacat celanya amalan dan tingkah laku aku, dan aku akan cuba untuk mengubahnya.

Satu je aku cuba nak ubah sekarang ni, masalah ikhtilat. Aku cuba untuk berhenti bergurau senda dengan ajnabi semua tu. Tapi aku masih belum mampu. Mungkin ada usaha sedikit, tetapi sedikit tidak cukup. Entahlah, mungkin aku dah terbiasa dengan keadaan sebegini rupa. InsyaAllah aku akan cuba ubah dan ubah dan ubah.

Hati ini semakin tenat. Dunia semakin panas dan tua. Hari kiamat semakin dekat, bro. Takda masa lagi untuk buat dosa. Masa yang tinggal inilah peluang untuk kita buat amalan baik dan bermanfaat untuk capai redhaNya yang bernilai dan bertaubat sekerap yang mungkin. Maka, untuk pengakhiran post minggu ni, marilah kita bersama-sama merenung firmanullah yang termaktub di dalam Al Quran.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
 "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

(Suraf As-Saf ayat 2-3)



-Zillulmathor    


Saturday, July 18, 2015

Cinta Ibadah versi El Mathoru Bhg 5 (Terakhir)

Kehadapan Ain yang saya kasihi, ingin saya mintak maaf kerana lama dah tak contact dengan Ain 2-3 minggu ni. Shauq amat sibuk dengan kerja sekolah dan hal-hal lain. Saya utuskan surat ni ada tujuannya. Yakni, saya nak cakap, saya nak mintak break lah, Ain. Saya tak nak awak terluka kerana saya, saya tak nak awak sedih kerana saya. Saya tak nak. Jadi, selama 2 tahun kita bersama, baru sekarang saya tahu hakikat sebenar. Selamat tinggal Ain. Semoga Allah menjaga kita dengan naungan rahmatNya.

Nafas aku berhembus perlahan. Aku tak asthma tapi ni memang perlahan.

Ya Allah kenapa aku rasa begini?
Perasaan aku seperti dipermainkan.
Segala pengorbanan aku seakan-akan dipersiakan.
Segala masa yang aku luangkan untuk pertahankan 'cinta' ini terbang begitu sahaja.

Ya Allah! Ya Allah!

************************************************************************************

Dalam perjalanan balik ke rumah, seperti biasa, aku menemani Mughirah ke rumahnya sebelum aku sendiri balik ke rumah.
Kami tak berbual selama kami berjalan, sampai satu masa kami singgah ke kedai runcit Pak Malin untuk beli snek ringan.

"Ain, nak apa2? Mughirah belanja hari ni" tanya Mughirah, lembut.

"Ha'ah takpelah. Ain bayar sendiri je lah" jawab ku, santai.

Sejurus kami keluar dengan snek ringan kami, kami meneruskan perjalanan ke rumah Mughirah.
Dalam perjalanan, Mughirah memulakan perbualan.

"Ain, kenapa muka awak macam lain lah hari ni? Seperti memikirkan sesuatu."

"Takdelah. Kerja rumah tu banyak sangat. Stress kot.." jawab aku, tersekat-sekat.

"Tipulah Ain, bagitaula kat saya. Mana tahu saya boleh bantu.."

Aku takda pilihan. Aku pun cerita keadaan aku dari A sampai Z.
Mughirah hanya tersenyum dan mengangguk, tandanya faham akan keadaan aku.
Betapa untungnya aku ada kawan yang memahami sepertinya.
Kebetulan, kami sampai ke rumah Mughirah, aku menghabiskan kisah aku.

"Baiklah Ain, nanti kita bincang lagi okay. Saya tak nak benda ni mengganggu emosi awak, Ain. Sebabtu saya tanya tadi. Okay? Bai Ain. Assalamualaikum!" kata Mughirah, tersenyum sengih.

"Okay Mughirah. Waalaikumussalam"

Aku pun meneruskan perjalanan aku ke rumah,keseorangan.
Dalam perjalanan tu, aku sempat berfikir kenapa Allah uji aku sebegini rupa.
Allah hadirkan seseorang yang 'perfect' dan osem, tapi Allah tarik balik nikmat tu.
Adakah Allah zalim? Astaghfirullah tentu sekali tidak.
Adakah Allah suka hambanya sedih? Astaghfirullah takkan lah.
Monolog aku berpanjangan sampai aku berada di hadapan pintu rumah.

Aku tak perasan pulak, air mata aku berlinangan...

************************************************************************************

Setelah aku selesai solat Isyak,
Ding! Fon aku bercahaya, tanda sampainya satu notification.
Mesej dari Mughirah.

"Tinggalkan cinta Shauq, sepertimana Ain tinggalkan cinta Allah dan RasulNya dulu"

Tangan dan badanku kaku sebentar.
Entah mengapa dan kenapa.
Mungkin hati tersentap dek kata yang persis menampar aku dengan kuat.
Kemarahan ingin membuak, tetapi ada betulnya kenyataan Mughirah ni.
Aku lalai dengan cinta ajnabi, tapi aku sanggup buang cinta Allah dan Nabi!

"Saya tak qawiylah Mugh. Selalu sangat tengok gambar dia kat IG, selalu baca mesej lama2, voice note lama2. Rasa rindu tu pulak yang datang. Saya nak move on!"

"Ain kena cuba kuat sikit. Buanglah, unfollowlah, unfriendlah si Shauq tu. Takda maknanya nak move on tapi masih nak lagi rasa kelalaian tu"

Nada dan cara pergaulan Mughirah malam ni agak tegas dan aggresif.
Bertambah hairan, dia seakan-akan bersungguh-sungguh menginginkan aku untuk berubah.
Alhamdulillah aku ada kawan sepertinya.

"Baiklah Mugh. Saya akan cuba kuat sikit."

"Haaa macam tu baru Ain si muslimah sado!" perli Mughirah, sinis.

Perbualan kami berlarutan hingga ke lewat malam.
Takpa kot, esokkan masih cuti.

************************************************************************************

Ayam berkokok tanda hari siang.
Aku bangun untuk solat Subuh, sebelum tu aku dapatkan fon aku dulu untuk tengok jam.
Tengok jamlah sangat, last2 melelat ke WeChat, Whatsapp dan Instagram. Wakaka.
Mata aku besar seketika, setelah aku melihat satu gambar daripada IG.
Gambar Shauq bersama seorang muslimah. Macam aku camlah muka muslimah tu, oh!
Muslimah yang bercakap dengan Shauq masa dulu tu. *rujuk Bahagian 4*

"Selama ni aku menunggu. We're now together,babe"

Kapsyen paling menggelikan daripada Shauq.
Shauq, yang aku kenal dulu dengan kuat agamanya, pandai menegakkan pendiriannya, kini dah jadi hamba cinta dunia!
Ya Allah, hebatnya kuasaMu.

Alhamdulillah wa astaghfirullah aku monolog dalam hati.
Alhamdulillah kerana aku telah terlepas daripada genggaman ajnabi durjana yang mengongkong kehidupan aku selama ni.
Astaghfirullah kerana aku telah banyak buang masa, berkorban banyak benda kerana mengejar cinta ajnabi yang tidak ada garis penamat.

Aku nukilkan kisah ini, sebagai pengajaran.
Jangan kita tinggalkan cinta Allah dan RasulNya serta kecintaan yang lain, dan mengejar cinta ajnabi yang tidak ada penamatnya.
Biarlah aku mengalami pengalaman pahit ini seorang, jangan pula orang yang membaca ni terikot-ikot dengan perangai aku.
Yang baik ambil pengajaran, yang buruk jangan diamalkan.


"Mughirah. Terima kasih. Saya dah bebas."


----TAMAT----




Friday, July 17, 2015

Yaumul Farah

Allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..
Lailahaillahu wallahu akbar, Allahuakbar walillahilhamd..

17 Julai 2015 dah tiba!
First expression  untuk kanak-kanak..

"Abang2, dah raya kan? Yeay duit raya!"

Aku hanya mengangguk.

Alhamdulillah wa astaghfirullah..
Syukur dan keampunan dirafa'kan kerana kita sama2 'menang' dan sampai ke bulan Syawal.
Bagi pakcik makcik, aktiviti yang paling common malam Raya ni, macam biasalah..
Mengecatnya..
Memasang langsirnya..
Memasak rendangnya,
Membakar lemangnya..
Mengacau dodolnya..
Mengacau anak dara orangnya. Eheh.

Untuk pengetahuan umum, tahun ni adalah tahun yang kedua untuk saya beraya tanpa ibu di sisi.
Percayalah, suasananya lebih kurang seperti tahun lepas, suram dan hambar.
Kerana tak lengkap malam Raya jika takda leteran, nasihat, dan perbualan sinis daripada ibu terchenta.
Tahun lepas, aku mengalami satu penyakit yakni, HRTI (Hari Raya Tanpa Ibu)
Dan, tahun ni pun aku mengalaminya..tapi tak seteruk tahun lepas.
Tahun ni, aku belajar banyak. Berdikari, khususnya.
(biarpun kakak aku selalu berleter sebab aku suka buat sepah kat ruang tamu, eheh)

Beraya tanpa ibu di sisi, bagi sesetengah individu agak pahit untuk dirasai, umpama gigit ubat Panadol lepastu kunyah dan telan. Eh.
Tapi, kena ingat, setiap musibah dan kejadian Allah turunkan kepada kita, pastinya ada hikmah.
Jadi, aku tetap boleh senyum dan ketawa, kerana Hari Raya adalah satu perayaan kemenangan dan kegembiraan.
Usahlah suasana kegembiraan itu disambut dengan tangisan yang istiqamah.
Baik istiqamah baca Quran dan menangis, eh.

Tahun ni, macam biasa, aku beraya hanya dengan keluarga. No crush, no couple bagai.
Kepada pakcik makcik yang selalu bertanya tentang status saya, harapnya berhentilah daripada berbuat demikian.
Saya takut jawapan yang akan saya lontarkan ke muka pakcik makcik menyakitkan hati pulak (eh kasarnya XD)
Takdelah, rimas kot ditanya kenapa takda pasangan lagi. Tiap-tiap tahun.

"Eh Dhani, dulu muda, sekarang dah tua dah. 17 dah nak SPM"

"Ha'ah lah makcik. Eh makcik, dulu muda, sekarang dah tua dah. 50 plus kan?"

Lepas tu kena baling selipar.

Memandangkan ni malam 1 Syawal, alangkah baiknya saya memberi 5 pesanan kepada diri saya sendiri dan sidang pembaca blog saya yang setia dan saya sayangi muah muah sekalian..

1. Kekalkan konsistensi ibadah yang kita buat dalam bulan Ramadhan. Jangan tinggal kenangan, jauh kau pergi meninggalkan diriku, di sini aku merindukan dirimu ooo.

2. Amalkan sunnah Nabi. Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Buat mana yang mampu. Sifat sunnah itu universal.

3. Jangan tinggalkan Al Quran. Masa Ramadhan bukan main tadarus bagai, masa Raya tinggal terus. Adoyai, nak syafaat Al Quran, tapi Al Quran tak dibaca. Hok aloh, guane tu?

4. Jaga batas pergaulan dan syariat ketika bertemu sanak saudara. Jangan pi bantai bersalam laki perempuan. Dunia dah canggih dan moden serta berilmu, jangan pura-pura jahil pula.

5. Elakkan penyakit main smartphone ketika bergaul dengan tetamu. Kalau boleh, biar mobile data tu tutup sentiasa ketika berziarah. Kat rumah, gunalah smartphone tu sebaik mungkin. WiFi kan ada :3 (tetiba)

Itu sahaja untuk entry kali ni. Syukran jazilan wa jazakallahu khairan kepada sesiapa yang mengikuti perjalanan blog ni. Semoga Allah beri kepada anda dan saya hidayah dan rahmatNya, ameen!

Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir dan batin. Taqabalallahu minni wa minkum. Kullu 'am wa antum bilkheir! ^^

Thursday, July 16, 2015

Eid.

Ramadan datang,
Ramadan pergi,
Belum puas aku menikmati,
Keberkatan dan ketenangannya..

Begitulah apa yang aku rasa setelah 28 hari berpuasa dalam bulan Ramadan ni.
Terasa sekejap je, dah nak habis dah.
Jadi, aku harap diri aku boleh jadi Muslim yang bersih dan kembali kepada fitrah semula kejadian.
Tapi,nak dapat status 'fitrah' ini, hanyalah orang yang beriman dan bertaqwa yang Allah sebut dalam ayat perintah puasa tu.
Jadi,sebelum terlambat dan Encik Eid datang menziarah rumah kita, alangkah eloknya kita bertanya kepada diri kita sekarang..

Berapa kali kita berzikir sepanjang bulan ni?
Berapa kali kita bangun qiyam?
Berapa kali kita cuba cegah maksiat?
Berapa kali kita baca Quran?
Cukupkah amal yang kita buat?
Bersungguh tak cari Lailatul Qadr?

Banyak lagi persoalan yang boleh kita tanya kepada diri kita, cuma ego kita ni, tak dapat dikawal seperti lembu ganas diikat ke pagar.

Aku sedih.
Sebab banyak perancangan yang aku buat masa sebelum Ramadan tu tak tercapai.
Sembang kencang, catat kencang, rancang kencang. Kacang. Ehh.
Sedangkan our bitter enemy dah kena rantai dah. Tapi kenapa maseh tak leh buat!?

Nafsu.
PA syaitannirojim ni masih tak terbelenggu.
Kalau dapat aku belasah cukup2, kasi lembut dan ikot arahan hati dan akal.

Akhirul kalam, marilah kita muhasabah balik apa yang kita buat masa Ramadan ni.
Dan berdoalah agar Ramadan kali ini bukan Ramadan kita yang terakhir,
kerana hati dan jasad ini belum lagi puas untuk menikmati atmosfera Ramadan yang menenangkan jiwa dan nurani ini.

Ya Allah, sampaikan kami kepada Ramadan yang seterusnya. Ameen.

Sunday, June 7, 2015

Cinta Ibadah versi El Mathoru Bhg 4

Malam tu, aku rasa ganjil.
Fon aku sungguh sepi tanpa apa-apa bunyi notification.
Tak macam selalu.
Selalunya masa macam ni, Shauq dan aku berbual bersama-sama.
Tapi, malam ni...entah.

Aku pun mulakan Whatsapp-kan Shauq.

"Shauq, kenape tak call Ain lagi. Ain rindu lah."

Blue ticks.

Aku mengeluh kuat.

*********************************************************************************

Tetiba, Mughirah call aku.

Mughirah : "Assalamualaikum Ain. Mughirah ni. Maaf sebab call awak malam-malam. Nak tanya kerja rumah hari ni. Saya lupa nak catat tadi. Hehe."

Ain : "Waalaikumussalam. Haa Mughirah. Takpe-takpe. Ain pun belom tido lagi ni. Buku teks Sejarah muka surat 2, awak salin semua."

Mughirah : "Oh orait Ain. Trimas. Ain, kenapa suara awak ni? Awak ada masalah eh?"

Ain : "Ha? Haah. Shauq tak call saya hari ni. Risau lah."

Mughirah : "Ya Allah ye ke? Macam ni lah Ain. Awak belom solat Isyak kan? Solat dulu, lepastu doa kepada Allah supaya Allah beri Ain petunjuk dan jalan keluar daripada masalah ni."

Ain : "Haa elok gak cadangan Mughirah tu. Trimas ye Mughirah."

Mughirah : "Takpe. Kita kan kawan. Kena tolong menolong. Hehe. Orait assalamualaikum Ain"

*30 minit kemudian, selepas solat Isyak*

Aku pun bermonolog dalam doaku.

"Ya Allah, kau berikanlah ketenangan hati kepadaku ya Allah. Betapa banyak dosa yg telah aku lakukan selama ini. Berikanlah hidayah dan petunjuk untuk aku berubah dan membetulkan keadaan ini. Ameen"

Selepas aku berdoa, aku terus tertido di atas sejadah.

Aku pun bermimpi. 
Aku melihat Shauq dari jauh. 
Bersama seorang perempuan yang pernah aku lihat.
Ah, ya. Perempuan yang bersama Shauq petang tadi. 

Tiba-tiba, seorang bayi kecil berlari kepada mereka.
Mereka umpama suami isteri.
Oh, rasanya mereka benar-benar suami isteri.

Aku pun terus terbangun. Ya Allah...

...peliknya mimpi ni.

Apa yang Allah nak tunjuk sebenarnya ni? Apa yang harus aku buat? Fikir Ain, fikir!!

*********************************************************************************

*loceng rehat berbunyi*

Aku, seperti biasa, berjalan ke kantin bersama Mughirah. Untuk pengetahuan pembaca, Mughirah ni kawan aku yang paling best selama aku hidup. Tau tak kenape? Dia selalu beri nasihat, buat lawak hambar, mengajar aku hal-hal akademik dan hal-hal agama. Masa birthday aku, dia bagi aku buku Tarbiah Sentap. Aku belom habis baca tapi buku tu memang perhhhhh sentap habis aku. Lagi-lagi bab crush dan percintaan remaja. 

"Ain, nak makan apa hari ni? Mughirah belanja. Hehe" tanya Mughirah, lembut.

"Haa takpelah Mugh. Ain tak lapar hari ni" jawab aku, santai.

Setelah menemankan Mughirah ke kantin, kami balik ke kelas.
Aku menarik kerusi aku dan terus dudok sambil membetulkan tudungku.
Tiba-tiba, aku perasan ada sepucuk sampul surat kat dalam bekas alat tulis aku. 
Tertulis...

"min Shauq, habibiki"

Aku pun terus membuka kertas tu untuk baca apa di dalam. Ada secebis kelopak bunga terjatuh. Aku memegang kelopak bunga itu sambil membaca surat yang disertakan sekali dalam sampul itu.

-----tunggu sambungannya :)-----

What A Long Hiatus

Assalamualaikum!
Tak sangka dah sebulan aku tak blogging nih. *ketawa gedik*
Tapi, takpe kot. Bukan sengaja pun tinggalkan blog ni sengsorang.
Lately, aku sebok dengan macam2 program kat sekolah aku.
Hari Koperasi, Israk dan Mikraj, Sambutan Hari Guru, Majlis Ihtifal dan sebagainya.
Betul-betul buatkan masa aku kat depan lappy terhad.

But anyway, now I'm back right? Haha. Biarpun aku masih takde masa sangat sebab homework melambak cikgu beri (kalau cikgu baca ni, saya sayang sangat kat cikgu sebab berikan kerja untuk saya hehe) dan aku kena ulangkaji sikit2. Budak SPM kan.

So, secara rasminya blog ni beroperasi semula. Dan insyaAllah lepas ni, antum2 semua boleh cekidot blog ni setiap minggu untuk feed-feed yang inspirational, motivational ataupun bermanfaat untuk kita semua. Stay positive, insyaAllah He will guide you to the right path!

-Zillulmathor

Friday, April 3, 2015

Cinta Ibadah versi El Mathoru Bhg 3

Aku menuju ke arah sofa dihadapanku dan duduk.

"Ada apa ya mak, ayah?"

"Kamu dah tahu keputusan ujian penggal kamu?" tanya ayah, tegas.

"Belum lagi, ayah. Kenapa? Dah keluar kat dalam SAPS ke?" jawab aku santai.

Ibu menghulurkan iPad kepadaku. Jelas terpampang keputusan aku. Seperti tak percaya...aku dapat 2A je!?

"Kamu ada masalah ke kat sekolah, Ain?" tanya ibu.

"Aaaaaaa Ain tak rasa ada masalah pun. Maybe Ain kurang fokus kot dalam kelas."

Ayah tukar posisi tempat duduk, memandangkan tempat duduknya sudah panas.

"Ayah rasa kamu patut ikut kelas tuisyen. Ayah bimbang kalau keputusan kamu ni secara istiqamahnya menurun." ujar ayahku dengan tegas.

"Kalau beginilah keputusan kamu sampai ke PT3, nanti kamu kena pindah ke sekolah lain. Kamu nak?" tambah ibuku, tegas.

"Tak nak,bu. InsyaAllah Ain akan berusaha lebih gigih. Baiklah Ain masok bilik dulu ye mak, ayah" kata aku sambil berdiri nak lari dari keadaan yang rumit itu.

Situasi itu agak hambar selepas itu, sambil sepi di waktu malam itu disuara oleh televisyen.

************************************************************************************

*bunyi loceng*

"Amacam malam kelmarin, puas berOTP (on the phone) dengan si Shauq kau tu?" tanya kawanku Siti.

Untuk pengetahuan pembaca, Siti ni rajin orangnya. Tapi, satu perangainya yang aku suka. Dia concern dengan setiap apa yang aku buat.

"Malam tadi dia baca aku surah Al Mukminun sampai habis. Caeq la hatiku ini~~" jawab aku dengan senyuman sampai ke telinga.

And that moment I realized that..

Aku dan Shauq sweet sangat.
Bangun tahajjud berajak-ajakan.
Baca surah dalam fon.
Beri tazkirah ringkas antara satu sama lain.

Ya Allah, adakah ini cinta sejati? *bluek muntah hijau*

**

Lamunan aku terhenti seketika apabila aku ternampak kelibat Shauq dengan seseorang.
Wallahi, aku tak kenal sapa tu. Tapi aku nampak dia punyalah mesra bergaul dengan Shauq. Semangat enkuiri (ingin tahu) pun menakluk hati dan aku pun bersembunyi dalam bakul sampah untuk mendengar perbualan mereka.

"Awak takde GF kan, Shauq?"

"Ha'ah takde. Sumpah takde."

"Bla...bla..bla? Wahh bla..bla..blaaaa"

"Bla..bla. Bla..bla..bla..bla~"

Dannn perbualan tu makin berbunga-bunga. Hati aku umpama kena rebus. Panasnya menggelegak sehingga ke otak. Aku pun keluar dari bakul sampah dan menuju ke kelas, memandangkan waktu rehat pun dah habis.

************************************************************************************

"Assalamualaikum kelas."

"Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh, Cikgu."

Cikgu Mo memulakan kelasnya dengan tenang. Sampai satu masa...

"Okei hari ni kelas kita akan ada seorang pelajar baru. Silakan masuk ya"

Seorang muslimah bertudung labuh coklet masuk ke kelas kami. Sopan je dia. 

"Assalamualaikum, nama saya Nurul Mughirah binti Zaidi. Saya berpindah dari SMKA Haji Jugah. Moga beri tunjuk ajar"

"Okei, Nurul. Kamu boleh duduk di sebelah Ain."

Sebenarnya aku tak perasan pun ada kerusi dan meja lebih kat sebelah aku. Dia pun meletakkan beg nya dan duduk. Dia menoleh ke arah aku dengan senyuman. Aku pun membalas senyumannya. 

Selepas tamat sesi persekolahan, kami pun memulakan bicara. Lama betul kami berbicara, dah macam kawan baik yang dah lama tak jumpa. Aku pun bagitau dia pasal Shauq dan aku.  

Tiba-tiba, Mughirah menarik tangan aku dan berkata..

"Ain, saya nak selamatkan awak."

---------tunggu sambungannya yaa~:)--------------


Friday, March 20, 2015

Cinta Ibadah versi El Mathoru Bhg 2

"Waalaikumussalam, Ain. Sebenarnya ana pun nak mintak maaf atas kelakuan mungkin agak menyakitkan hati enti. Ni ana ada sertakan nombor telefon. Boleh lah kita contact antara satu sama lain"

Aku lipat kertas tu dan terus balik.

*********************************************************************************

"Sadaqallahul'azim"

Selepas selesai je aku baca Quran, aku teringat nota kecik yang Shauqi bagi siang tadi. Mulanya, aku malu2 nak mulakan bermesej-mesejan ni. Entah kenapa tergerak hati nak mulakan. Jadi, lantas aku ambik fon Nokia 3310 aku dan terus mesej Shauqi. 

"Assalamualaikum, Shauqi. Ain ni. Hehe"

"Waalaikumussalam, Ain. Haa lama saya tunggu. Dah solat belom ni? Kalau belum solatlah. Allah marah nanti"

"Eh, sudah lah. Enta dah ke belom?"

"Dah, ni tgh buat ape ni?"

Dannnnnnnnnnn banyak lagi soalan. Malu kot aku nak tulis sini. Muahahaha~

Aku perasan, sejak kami bertukar nombor, kami jarang bercakap di khalayak ramai. Dah macam couple pulak kan. haaaaaaa sweet nya~ untungnya aku dapat laki hensem, kuat agama macam tu.

Ada satu masa tu, kami calling-calling sampai larut malam. Kami bertanya pasal family, gurau senda sikit dan sebagainya. Rasa bahagia beb!

********************************************************************************
"Achaner sekolah Ain, okey tak?" tanya ayahku, sambil main CoC.

"Ok je ayah. Rasanya Ain tak perlukan tuisyen lagi, memandangkan Ain selalu je dapat markah cemerlang dalam ujian. Hehe" jawab ku santai. 

"Haa baguslah tu. Ayah ingat nak baiki kereta hujung bulan ni. Ayah nak pesan ni, jangan kamu terpedaya dengan janji manis lelaki. Al maklumlah anak ayah ni kan cantik, lawa tambah2 pakai tudung labuh." ujar ayahku.

"Ala ayah ni. Malunya Ain dipuji sebegitu rupa. (hehe ayat skema). Tahulah Ain, ayah. InsyaAllah hati ni takkan dapat ditakluk oleh lelaki lain selain ayah. Ayah kan hensem. " jawab aku sambil bermesej dengan Shauqi. 

"Ha elok lah, ayah tahu ayah hensem. Eh, nak tanya ni, ujian penggal 1 kamu dpt berapa A?" tanya ayah ku berseloroh.

"7A out of 9 subjects" jawab ku sambil tersenyum.

"SubhanAllah. Bangga betul ayah ni. Jom ayah belanja kamu iPhone 8. Nak? Ayah pun nak beli fon baru ni."

"Boleh je ayah. Ain nak warna Space Gray. Hehe"

Hari tu agaknya hari paling bahagia kot. ^^

*********************************************************************************
"Ain, nak tanya satu benda boleh?"

"Ya Shauqi? Ala tanya lah."

"Enti ada boyfren tak?"

"Alahai enta ni, takdelah"

"Eh, yeke? Ohh okei okei"

Azan Isyak pun berkumandang.
Ada suara dalam hati kata, "Ala isyak lambat lagi. Mesej je dengan Shauqi tu"
Aku pun terikut-ikut dengan suara tu.

Bertalu-talu iPhone 8 aku berbunyi.
Sampai satu masa, Shauqi dengan beraninya dia hantar satu mesej. 

"Ain, jom couple. Couple cara Islamik. Hehe."

Malam yang sepi aku lenyap dek mesej yang dihantar oleh Shauqi.

I was like "I am the luckiest girl in da world!!" sambil gigit bantal.

"Hehe okei insyaAllah" jawab aku ringkas,tanda setuju.

*********************************************************************************

Keadaan couple Islamik ni berlarutan sampai ke sesi persekolah penggal 2. Masa cuti tak usah cakaplah. Kekadang sampai ke pagi beb calling-calling. Parah ni...

"Abi dah makan? Meh umi masakkan <3"

"Waa sweetnya umi. Syukran umi. Ana uhibbuki fillah!"

Ala common la kan, org couple pakai mama papa . Couple Islamik pakai umi abi  la kan? Haha sweet gituh!

*********************************************************************************
"Ain?"

"Ain?"

"Ain?" 

Terus aku sedar dari lamunan. Masa tu Cikgu Ferguson Ryan tgh ajar English.

"Why are you daydreaming in my class?"

"Oh I'm sorry,sir. I promise I won't do it again."

"Okay, have a seat."

Sebenarnya aku tengah teringatkan Shauqi. Walaupun dia sama kelas dengan aku, tapi dia still  macam budak biasa.

Alahai apa nak jadi.

Sejak aku bermesej-mesej dengan Shauqi, kehidupan seharian aku umpama diganggu,tak tenang. Dekat sekolah, selalu dimarahi cikgu sebab tak buat kerja rumah. Selalu mengelamun masa cikgu mengajar. 

*********************************************************************************
Malam tu aku tengok mak ayah aku berbual tentang sesuatu. Aku pun masuk ke dalam almari baju dan sembunyi sambil curi-curi dengar.

"Abang, saya risau lah dengan si Ain tu" keluh mak aku, bingung.

"Kenapa yang? Cer citer kat abang" jawab ayahku sambil membetolkan kopiah di kepalanya.

"Ni, ayang ada check dekat SAPS Ibu Bapa, ayang nak tengok keputusan Ain untuk ujian Penggal 2 ni. Ayang terkejut babun tengok keputusan Ain, menurun menjunam umpama cerun!" 

"Eh ye ke ni yang? Meh abang semak dalam iPhone abg ni." ayahku mengambil fonnya di atas meja.

(3 minit kemudian)

"Eh yelah yang, dia dapat 2A je. Dulu penggal 1 dapat 7A. Alahai Ain, Ain, apa nak jadi ni..." kata ayah sambil menggeleng kepala.

"Entah lah bang. Ayang pun tak tahu apa punca Ain jadi macam ni." ujar mak lantas bangun dari tempat duduknya.

Aku tunggu mak ayah dan beredar. Aku pun keluar dari almari dan masuk kedalam bilik.

*********************************************************************************

Keesokan malamnya...

"Ain, sini kejap. Ayah dengan mak nak cakap sikit."


-----tunggu sambungannya :)------


Thursday, March 19, 2015

Cinta Ibadah versi El Mathoru Bhg 1

(berdasarkan kisah benar)

"Achaner Ain? Dah sedia tak nak pergi sekolah. Baik kita pi awal nanti lambat nanti susah kamu." ujar ayahku, bersungguh.

Hari ni aku masuk Tingkatan 1. Maaf bukan nak riak tapi aku dapat 5A untuk UPSR. Alhamdulillah berkat doa mak ayah dan guru. Jadi mak ayah aku cadangkan aku masok sekolah agama. InsyaAllah manfaatnya berpanjangan. Harapnya begitulah.

Beg pun aku dah sandang. Sarapan dah dijamu. Tibanya masa untuk aku pi sekolah! This is my new journey.

*********************************************************************************

Hari pertama ku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Muhammad Iskandariah (punyalah panjang nama) amat memenatkan. Mana taknya, dengan taklimat tentang PBS memanjang, orientasi sampai ke petang. Minggu kedua baru mula belajar dalam kelas. 

"Assalamualaikum kelas. Nama saya Cikgu Ahmad Soekarno Wododo Subranomoyo. Panggil Cikgu Mo je"

Semua rakanku mengangguk, termasuklah aku. 

"Sekarang cikgu nak sorang2 daripada kamu untuk berdiri, perkenalkan diri kamu. Bermula dari awak (tunjuk sebelah kanan kelas)"

Weh, cikgu tu tunjuk aku lah!

"Nama saya Nurul Ain Arifah binti Muhd Tajudin."

Fuh, lega rasanya. Jadi sesi perkenalan ni agak mainstream  bagi pelajar-pelajar fresh  seperti kami ni. Tapi kan, aku tertarik dengan sorang ni. 

"Nama saya Muhd Shauqi Asri bin Mehmed Salasa"

Suara dia bak air mengalir. Mukanya berseri seperti bulan mengambang. Terbaik bak hang!

Tapi,

Kebetulan cikgu mintak tolong kami decide kedudukan loker masing. Kami berdua secara kebetulan pilih loker yang sama.

"Weh, perempuan. Kau pilihlah loker lain. Ni loker aku la!"

"Eh, tolong sikit ye. Aku dulu yang letak barang aku, aku punyalah! Apasal kau pulak?"

Bukan setakat itu sahaja, Tetapi, setiap kali bertemu, kami bertengkar. Entah apa yang kami tengkarkan, kami tak kisah. Kami tak sehaluan. Keadaan ini berlaruatan selama 2 bulan.

*********************************************************************************

Sampai satu ketika, aku berhajat nak berbaik semula dengan Shauq. Tapi, agak segan lah nak mintak maaf depan-depan. Jadi, aku dan kawan-kawan aku bersama-sama tuliskan satu surat. 

Salam semanis kurma.

                     Assalamualaikum, ya Shauqi. Ana ni, Ain Arifah. Yang enta selalu sangat tak puas hati. Sebelum tu, ana nak mintak maaf kalau sebelum ni ana selalu sangat sakitkan hati enta. Al Maklumlah perempuan kan, tak dapat sangat kawal ego kekadang. Jadi, kalau enta tak keberatan, maafkanlah ana. Kita jadi kawan okei?

P.S - Ukhuwah fillah ~ :)

Aku letak la surat tu dalam loker dia,dengan harapan pagi esok dia baca dan hayati. Aku sebenarnya sukakan Shauqi. Aku suka dia sebab dia kelakar, peramah. Lagi-lagi, kalau dia senyum. aaaaaaaaaa <3 boleh cair ais.

*********************************************************************************
(Keesokan hari)

Aku menunggu dengan terujanya di meja ku, sambil menoleh ke bahagian loker beberapa kali, berharap agar dibaca surat yang kuutuskan kelmarin.

"Eh, Shauqi dah bukak loker la!" monolog aku dalam hati.

Ternyata Shauqi perasan ada sehelai lipatan kertas Sticky Note terselit di antara buku Sejarah dan Geografinya. Dia pun mengambilnya dan baca.

Setelah beberapa minit, dia pun ambil sehelai kertas kecil. Dicoretnya sesuatu dan dilipatkannya dua kali. Lepastu, diselitnya ke dalam loker aku. 

"Apa agaknya yang dia tulis ya?" tertanya-tanya aku sampaikan Cikgu Mo memanggil aku berkali-kali. 

"Apa yang kamu buat ni, Ain? Teringat suami kamu di rumah?"

Satu kelas ketawa kecil, sampai ada yang bersin sampai menyembur ke beg aku.

"Takdalah cikgu. Mengelamun kejap je tadi. Hehe"

*********************************************************************************

*bunyi loceng*

Waktu rehat.

Aku dengan kuasa pecutan yang aku ada, aku pun dengan pantasnya melompat hingga ke bahagian loker aku dan terus membukanya. Aku ambil nota kecik yang dihantar oleh Shauqi.

Aku membacanya...ternyata...



---- tunggu sambungannya------- :)




Wednesday, March 18, 2015

Dakwah dan Populariti

Assalamualaikum!

Wahhhh dah lama dah tak update ni, agaknya dah berhabok kot (hehe)
Okei memandangkan tengah cuti sekolah ni, entah angin mana yang membuatkan aku berniat nak sambong update blog nih.
Pertamanya sekali, kalau kau tengah baca post ni, aku nak kau buat something untuk aku boleh?

1. Tarik nafas, hembus. Lepastu sebut Alhamdulillah.
2. Senyum
3. Niat nak baca kerana Allah Taala.

Okei set! Jom!

*****************************************************************************************

Bagi yang selalu sangat main Twitter, aku rasa tak menjadi suatu benda yang asing kalau kita salu tengok abang2 tweetfemes bertweet. Tweet satu, retweet dan fave melambak bak hang. Dan ada daripada kita bermonolog dalaman "Wah, femes betol lah mereka ni." "Aku nak gak dapat retweet/fave banyak gitu". Haaaaaaaa meh sini aku nak cakap sikit.

Dakwah dan populariti adalah dua elemen yang tidak dapat disatukan dalam satu adunan atau larutan. Kalau dicampurkan, besar kemungkinan larutan tu jadi hitam sehitam hitamnya. Kenapa?

Jawapannya : tiada manisan keikhlasan dan keimanan!

For your information wahai pembaca blog aku sekalian, setiap perbuatan dalam dunia ni bergantung kepada niat.


"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan"

Maka, kau fikir wajar tak kalau kau tweet dakwah dalam twitter or kat mana2 media sosial pun, niat kau hanya nak dapat feedback berbentuk like, retweet, fave, share dan sebagainya? Tak wajar beb!

"Aslih nafsak wad'u ghairak"
Perbaiki dirimu dan sampaikan kepada selain kamu

Jom dakwah secara ikhlas. Tambahan pulak peredaran masa ni, banyak fitnah2 berlaku terhadap ahli agama. Kita yang muda-muda ni kena ada jati diri yang kental dan didikan agama yang mantap. 

Aku cakap ni bukan dasar untuk kata aku sempurna. Tapi kita semua tak sempurna, jadi jom kita perbaiki antara satu sama lain =)

Monday, February 16, 2015

Tajdid

Assalamualaikum :)
Cuti perayaan Tahun Baru Cina selama seminggu bermula hari ni
Betapa aku happy tahap dewa dragon ball nak berehat
InsyaAllah jom kita manfaatkan cuti kita dengan aktiviti yang sihat dan produktif
Hari ni nak cakap pasal apa eh..

********

Tajdid.
Satu perkataan yang aku suka.
Maksudnya, perbaharui.
Mungkin ada di antara kita selalu dengar pasal 'tajdid iman, tajdid niat" dan sebagainya.
Sebenarnya banyak benda boleh kita 'tajdid'kan.

Nak tanya, pernah tak apabila kau nak bukak fon, kau tekad dalam hati "aku nak bukak emel SAHAJA"
Mengikut kajian Profesor Ibnu Sabaruddin Al Malizi, lebih kurang 1 minit je masa utk check emel.
Tapi, last2 kita lekat jugak dengan fon kita.
Bukan berminit, malah berjam.

ASTAGHFIRULLAH!

Yang ni nak habaq kat hangpa semua ni.
Manusia yang tak kuat daya tekadnya, dia akan melalut-melaut sampai ke Laut Mediterranean.
Kata nak buat A je, tapi last2 buat ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVXYZ

Sampai ada satu masa, aku diajak untuk pergi ke majlis ilmu.
Kebetulan masa tu 'crush' aku pergi jugak.
Member bagitau ok.
So, aku pergi la jugak.
Sampai-sampai aku kat situ, first bukan nak baca niat untuk belajar, tapi niat nak cari crush.

ASTAGHFIRULLAH!

*********************

Jadi, apa resolusi untuk masalah melalut-melaut ni?

TAJDID!

Tajdid apa?
Tajdid niat.
Setiap perkara kita lakukan bergantung kepada niat.

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ
"Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat" 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, jom kita sama-sama tajdid niat kita apabila kita sedar kita sudah menyimpang daripada niat asal kita.
InsyaAllah.



-akhihujan

Belajar!

بسم الله الرحمن الرحيم


Sedih bukan bila hilang orang tersayang?

Tapi lagi sedih hilang iman dan hidayah daripada Yang Maha Penyayang.

Allah yg berikan kita hidayah, dan Allah boleh tarik dengan sekelip mata hidayah yg diberikan.

Hilang hidayah, kita sesat jalan. Teraba raba pula mencarinya semula.

Sedih kerana satu kehilangan. Itu lumrah. Tapi jangan sampai kehilangan buat kita hilang iman.

Ubati rasa hilang dengan sabar dan solat. Demikian Allah berfirman dalam al Quran.

Sebenarnya, kehilangan mengajar kita erti menghargai keberadaan. Apabila hilang sesuatu barulah terasa kepentingannya. Kan?

Jadi, belajar. Belajar hargai sesuatu yg ada depan mata sebelum semuanya hanya tinggal kenangan.

Lumrah kita menangis kerana kehilangan insan, tapi pernah tak kita menangis kerana lemahnya iman?

Waallahua'lam.

Saturday, January 17, 2015

Biarlah

Assalamualaikum.
Nampak gayanya minggu pertama musim persekolahan tahun ni agak memuaskan bagi aku.
Haaa sebab jadi super senior kot sbb tu aku cakap memuaskan.
But still,seorang pelajar, tetap seorang pelajar.
Kena habiskan tahun ni dengan baik dan osem!

Ni nak habaq ni..
Aku jadi fasi untuk orientasi Tingkatan 1.
Entah kenapa aku dari dulu nak sangat jadi fasi ni.
Jadi Allah takdirkan aku untuk menjadi fasi mereka tahun ni. Alhamdulillah.
Dulu aku pernah gak jadi fasi masa Tingkatan 3.
Haha masa tu masih gagap2 lagi cakap depan khalayak ramai.
Tahun ni, alhamdulillah lancaq je aku cakap ngn diorang *gelak gedik*

Tapi fokus utama aku tulis blog ni bukan pasal tu.

**************************************************************************************

Biarlah.
Satu perkataan yang mudah disebut. Senang diluah dengan mulut kurniaan Allah.
3 suku kata je kot.
Bi-ar-lah.

Tapi,bagi aku perkataan ni sakit untuk diterima oleh hati.

"Eh, kenapa pulak??"

"Eleh, ko rasa ko jiwang ye Dhani.....poyoooo"

Macam aku peduli orang cakap apa.

Yep, bagi aku perkataan ni memberi makna yang sangat mendalam.
Sebab apabila kita sebut perkataan "biarlah..", seperti kita redha dengan perkata yang berlaku.
Susah sangat kot korang nak faham.
Ni aku bagi contoh ok? :)

Contoh 1

Mamat : Wei,crush yang ko idam-idamkan nak kawen tu dulu, dah jadi milik orang. Ko tak rasa menyesal tak luah masa dulu?

Jajan : *mengeluh* Biarlah mat. Mungkin tu jodoh diorang. 


Contoh 2

Ahmad : Weh, tadi aku bawak payung pergi masjid. Lepas selesai solat, aku tengok dah lesap. Haishhh dah la hujan lebat kot! Basah kuyup aku! Gerammmmmmm!!

Zaidi : Takpe,biarlah. Mungkin orang tu tergesa nak ke tempat kerja ke. Ada kecemasan ke. Redha je lah. Halalkan. Nanti aku beli yang baru untuk kau. Jangan risau aaa.

****************************************************************************************

At the end of the day,
Kita boleh nampak dan sedar apa maksud perkataan yang simple ni.
Sebenarnya, kita sebagai hamba Allah ni, kita kena sabar dan redha.
Walau betapa berat dan perit nak hadapi cabaran, kita kena sabar.
Allah nak uji kebergantungan kita kepadaNya, Allah kasi kita ujian.
Tak kira,nikmat atau musibah, itu semua ujian.
Nak uji, adakah kita hamba Allah ni hanya menumpang di bumiNya?
Atau kita seratus peratus mengabdikan diri kepadaNya?

Kepada sesiapa diri mereka suka sangat buat dosa,
Tengok aurat wanita, tonton porno dan sebagainya.
Jom kita ubah.

Kepada sesiapa yang rasa diri mereka tak suka cara Islam.
Solat 5 waktu pun malas, baca Quran apatah lagi.
Jom kita ubah.

Kepada sesiapa yang selalu sangat derhaka kepada mak ayah,
Bermasam muka, tinggikan suara, tak dapat nak kawal ego.
Jom kita ubah.

Berubah dan berhijrah.

"Poyo la kau. Dulu bukan main nakal, jahat macam syaitan. Ni baru pakai kopiah,jubah semua, nak  nasihat orang pulak. Blah la kau"

"Ceh, bajet alim la kau. Ko ingat apabila ko berubah saat ni ko dapat masuk Syurga? Mampos laaa"

"Nampak je baik, hati ko tu masih gak kotor."

Banyak lagi contoh cacian dan makian yang selalu diterima.
Saja malas aku nak buat dialog.

Cuma the point is,kita berubah untuk siapa sebenarnya?
Adakah untuk makhluk Allah yang dicipta dengan air yang hina,yakni manusia?
Jom, apabila kita dengar orang caci atau maki kita.
Senyum dan berkatalah di hati.

"Biarlah, ada aku kisah? Aku berubah ni kerana Allah!"

Monday, January 5, 2015

Dirimu Bergelar Mujahid

Assalamualaikum.
Lately akhi ada post something dekat Facebook akhi.
Dan ianya berkaitan dengan ikhtilat.
Isu yang sering dipandang enteng oleh hampir semua remaja Islam.
Hukum ikhtilat? HARAM!

Akan tetapi, entri kali ini bukan mengisahkan isu ikhtilat ini.
Tetapi, akhi akan kupas siapa yang menjaga ikhtilat, maka mereka ini akhi anggap sebagai Mujahid.

Kata dasar bagi kalimah Mujahid adalah jahada yang bermaksud berjuang untuk menjadikan hidup yang lebih baik.

Maka,agaknya kenapa akhi gelar orang yang menjaga ikhtilat ini sebagai orang yang berjuang?

"Wei akhi, mereka ni tak angkat senjata pun, jihad mana entah?"

"Tak berperang apa semua, akhi sedap je cakap mereka berjuang. Sembang kencang je akhi ni"

Persoalan akhi sekarang ni, adakah menjadi satu kemestian jihad menggunakan senjata materialistik?

Tidak. Semestinya tidak.

Bagi akhi, setiap daripada kita ada peperangan yang berlaku dalam hati kita.
Ya, dalam hati kita sedang berlakunya peperangan.
Antara nafsu dan iman.
Hal ini kerana nafsu inginkan hati kita buat sesuatu yang seronok pada zahirnya.
Hakikatnya perkara itu jelas haram.
Maka, zarah iman yang ada dalam hati kita pun menjadi defender kepada hati kita untuk membenarkan anggota zahir kita melakukan perkara itu.
Contoh yang jelas ialah ketika kita ingin bermesej dengan ajnabi.

Niat dalam hati yang dipandu nafsu : "Ala, aku nak tanya khabar je"
Zarah iman pun menentang : "Jangan, nanti kau melelat ke perkara yang lalai"

Maka, setelah kedua niat ini tersemat, mereka terpaksa bertarung untuk mendapatkan hati kita untuk menghantar mesej ke otak untuk mengarah anggota zahir melakukan perkara tersebut.

Kuat iman = Nafsu akan tewas
Kuat nafsu = Iman akan tewas

Semudah itu? Tidak.
Musuh utama manusia akan melaga-lagakan pertarungan itu.
Maka, diberikannya extra power kepada nafsu untuk mengalahkan iman!
Oh tidak, iman dalam bahaya!
You lose! Nafs wins!

Maka, terjadilah ikhtilat.

***********************************************************************************************

Akan tetapi, seorang Mujahid yang akhi sebut pada awal tadi, bahagia hidupnya.
Mereka ini masih wujud dalam dunia media sosial, tetapi terkawal.
Berhubung dengan ajnabi jika perlu.
Antara hajat dan darurat.
Amalkan sunnah Nabi, bercakap perkara yang bermanfaat.
Istiqamah dalam melakukan amal kebaikan.
Hormat mak ayah dan para ulama'
Mempunyai sahabat-sahabat yang soleh
Mempunyai sifat mahmudah dalam diri.

Tertanya bagaimana kita ingin menjadi Mujahid ini?

Tingkatkan keimanan. Kalahkan hawa nafsu. Jangan biar syaitan bagi extra power kepada nafsu. 

5/1. Isnin. Hujan

Assalamualaikum.
Hari ni dari pagi sampai ke petang hujan.
Dingin sungguh rasa seluruh jasad.
Hati...
Apa yang aku nk katakan pada hati.

Sakit.

Dulu, aku enjoy bermesej-mesej dengan ajnabi
Dulu, aku tanpa segan silu tengok gambar ajnabi
Dulu, aku tak kenal kejahilan.

Sekarang, aku dah stop bermesej-mesej dengan ajnabi
Sekarang, aku malu tengok gambar ajnabi,
Sekarang, aku dah kenal sangat apa itu kejahilan yang haqiqi.

Tapi,
Kenapa aku masih buat dosa yang sama?
Kenapa aku masih like gambar-gambar ajnabi?

"Wei, aku tak fahamlah. Kau dah tahu benda tu melalaikan, tapi kau tetap jugak!"

"Orang dh nasihat kan, kau ikot je la!"

"Kau munafiq! Sembang kencang macam ustaz bagai, tp sendiri buat maksiat!"

Macam hati ini melempar kata,
Namun, masih aku ulang perkara yang sama.
Adakah aku akan tetap kecundang dan rebah?
Adakah pengakhiran aku akan dalam tewas dan kekalahan?

Tidak. Ya, tidak.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah berfirman
Bahawa tidak akan diberikan beban
Kepada individu melainkan berkemampuan
Jadi,wajarkah aku berputus asa 
Terus alpa dan leka
Digoda nikmat noda dunia
Istiqamah membuang masa
Adakah aku akan berakhir begini?
Hanya mampu berkata, ego menguasai
Munafiq, fasiq dan hipokrit
Gelaran hina, abstrak dan konkrit.

Aku ingin dapat redhaNya.
Aku ingin rasa cintaNya
Aku ingin diterima solat dan amal
Aku ingin istiqamah dan ikhlas
Kerana, pada hari itu, 
Setelah titian sirat aku lalu,
Jantung aku mulanya laju menjadi bersahaja
Masa itu, aku akan seraya berkata sambil tersenyum

"Alhamdulillah ya Allah, aku masuk syurgaMu"

Friday, January 2, 2015

Resolusi 2015

Assalamualaikum 2015.
Mungkin agak lewat *gelak gedik*
Agak sibuk malam Tahun Baru Masihi tempoh hari, so tak berpeluang nk update blog
Jom borak pasal tahun baru ni! :)

Tahun Baru.
Agak kerap kita difahamkan tahun baru berkaitan dengan resolusi yang baru.
Boleh dikatakan setiap daripada kita akan merancang dan menentukan resolusi tersendiri.
Ada yang baru, dan ada juga yang dari dulu sama je resolusi.
*gelak gedik* (aku tergolong dalam golongan yang kedua tu)
Akan tetapi, aku perasan ada satu persamaan dalam semua resolusi kita semua.
Yakni, berubah.

Berubah? Berhijrah? Sama je. Bergerak dari A ke B.

Baiklah, alangkah eloknya aku mulakan entri ni dengan kalam Allah yang Agung. Firmanullah dalam Al Quran surah Ar Rad ayat 11:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri....."

Setiap kita akan merasa kejahilan.
Setiap kita akan merasa tidak pandai.
Setiap kita akan merasa tidak ada ilmu.

Akan tetapi, adakah kita akan membuat keputusan agar kita kekal dalam keadaan itu?
Tanyalah makcik belakang rumah anda, jiran depan rumah anda soalan ini,sudah tentu jawapannya sama.

Tidak. Ya, tidak.

Jadi, anda nak berubah? Jom ikut tips ni. InsyaAllah saya, dan anda semua akan memulakan langkah :)

1. Jaga solat
Solat adalah tiang agama kita. Mengapa saya memulakan tips ini dengan solat? Ya, tentunya kerana solat adalah amalan pertama yang akan dihitung oleh Allah s.w.t di akhirat nanti. Mungkin 2014 saya dan anda kekadang terlupa atau tertinggal solat, mungkin 2014 saya dan anda kekadang malas nak solat, jom 2015 ni kita penuhkan solat kita. Jangan ada satu hari kita tertinggal satu pun. 

2. Elak maksiat/zina
Tips ni khas untuk lelaki,terutamanya. *gelak gedik* Ya, memang kita ni orang laki sifat matanya memandang. Hatta ustaz ke, PU ke, imam muda ke, kalau ada perempuan seksi lalu kat depan, nafsu confirm macam air mendidih nak tengok. Jadi salah siapa? Yang ni kita akan kupaskan lain hari okey? :) Allah berfirman dalam surah Al Isra ayat 32: 

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)"

Anda boleh nilai diri anda sekarang :)

3. Hormat mak ayah
Mak ayah adalah anugerah Allah yang tak terkira harganya. Mereka ini persis permata, susah diganti kalau hilang. Sayangilah mak ayah anda selagi mereka masih bernyawa. Buatlah mereka tersenyum dengan meringankan beban kerja mereka. Jangan dok main lappy dan phone tu memanjang masa cuti. Tolong dan bantulah mereka buat kerja di rumah. Ketahuilah, anda akan menyesal sekiranya apabila mereka tiada nanti. 

3 tips ini hanyalah ilham daripada Allah.
Ceteknya ilmu hamba Allah ni nak kasi motivasi memanjang macam blogger-blogger yang lain.
Semoga usaha ni Allah terima dan anda yang membaca ni amalkan, supaya kita dapat redha dan pahala daripada Allah.


Selamat Tahun Baru Masihi 2015.
Kurangkan buat dosa ye? :)