Tuesday, May 31, 2016

Ekspektasi

Assalamualaikum.

Agak lama tidak menulis jadi agak kekok sekarang. Wakaka al maklumlah sekarang ni aku tengah busy kemaskini borang, packing barang. Alhamdulillah setelah beberapa bulan menunggu aku telah ditawarkan ke sebuah universiti di Sarawak.

Back then. Masa ini UPU aku bincang la dengan kengkawan, cikgu2 ttg kat mana nak lanjutkan pelajaran aku ini. Rata-rata mendorong aku untuk ambik aliran agama sebab aku dahulunya bersekolah di SMKA. Ayah aku pulak nak sangat anak bongsu nya yg hensem lagi kacak ini menjadi guru. Pendapat aku? Jujur cakap aku takda pendapat peribadi. Aku ikot flow je. Rasanya engkorang tak patut contohi aku. Bahaya kot. Aku pun isik UPU itu dengan kerelaan hati dan cuba seimbangkan agama, sains dan teknologi.

Kisah IPG pulak apa kurang bestnya. Takda perkataan dapat ungkapkan rasa gembira aku sebab terpilih untuk UKCG [baca: Ujian Kelayakan Calon Guru]. Punyalah gembira sampai tak cukup dekat Twitter aku bagitau kat org. Dekat Facebook, Wechat apa ntah. Malam sebelom exam tu aku berangan-anganla aku dapat temuduga IPG. Bapak ah jangan contohi aku ok. Beberapa minggu kemudian, semakan keputusan UKCG pun keluar. Masa tu aku tengah kerja, aku check la guna trial wifi ada dekat tempat kerja aku. Perh punyalah gembira masa tu sebab aku yakin aku dapat. Tapi, nama dah takdir Allah dan qadrullah, aku tidak tersenarai dalam nama-nama yang terpilih. Aku tak dapat nak nangis sangat sebab aku tengah kerja. Hairan kot pelanggan pekerja tengah nangis2 bancuh air untuk diorang. Sebak kat hati je la. Aku pun bagitau keputusan tu kat ayah aku. Dia kata takpa la tunggu UPU lah nanti.

"Haa Mathor, kamu apply uni mana nanti?"

"Kalau boleh dekat-dekat je la, ustazah. Sy apply [universiti dekat Sarawak]."

"Laa kalau boleh mohonla jadi ustaz ke, pegawai agama ke. Bolehlah bantu bumi Sarawak ni. Asyik import-import je dari Semenanjung kan. Haha"

"Yalah ustazah. Tengah fikir jugak sekarang ni. Trimas ustazah"

Perbualan ringkas ini terjadi masa aku tengah siapkan majalah sekolah tercinta aku dekat lab sekolah.

Jujur cakap, rata-rata daripada kita akan berfikiran begini.

"Asal sekolah agama, mesti ambik bidang agama."

Sebenarnya, pada pendapat aku, setiap orang mempunyai hak untuk memilih. Setiap orang tahu kemampuan dirinya sendiri. Bukan apa, ketahuilah bahawa untuk memahami agama, tidak semestinya kita mesti ambik aliran agama. Biar seimbang dunia akhirat. Mungkin ada segelintir orang akan cakap aku jumud dan memberi alasan untuk tidak ambik aliran agama namun aku tahu di tahap manakah aku.

Tapi, tipulah kalau aku tak cemburu dengan kengkawan aku yang masok Nilam Puri, UNISZA, USIM, KUIM, KUIS dan UIA kat Semenanjung. Kenapa tidaknya, banyak program agama yang dianjurkan untuk memantapkan kefahaman mereka tentang agama Islam yang syumul ini. Nanti bolehlah aku mintak diorang share apa yang mereka dapat dekat sana.

Akhirul kalam, aku redha ini takdirku. Menyambung pelajaran dalam bidang aliran sains untuk beberapa tahun hidup aku. Aku kena pekakkan telinga kerana ekspektasi orang ini tanpa noktah dan hentinya. Kalau boleh aku nak kokotkan mulut diorang ni selamanya tapi apakan daya setiap orang ada hak untuk berkata-kata. Aku percaya dan yakin Allah akan bantu hambanya untuk menuntut ilmu itu biarpun ia bukan ilmu agama, namun ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang sebaik-baiknya. Niat aku hanyalah jika ada ilmu ini, dapatlah aku berbakti kepada masyarakat yang membayar duit elaun dan PTPTN aku selama aku study dekat UNI nanti hahaha.

Doakan aku ya.