Sunday, December 21, 2014

Hai Hujan

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Friday, December 19, 2014

Untuk Kita Pendosa

Wahai pendosa,
Tidak malukah engkau?
Allah bagi rahmat dan nikmat,
Supaya kau selesa dan selamat,
Sedarlah..kau hidup untuk akhirat,
Sedarlah..kau takkan selamanya berhayat,
Ketika nyawa dicabut malaikat,
Terpisah roh dan juga jasad.

Wahai pendosa,
Tidak menyesalkah engkau?
Ibu dan ayahmu berusaha mencari,
Membanting tulang meraih rezeki,
Bukan dari rasuah mahupun judi,
Mereka hendak anak mereka berjaya,
Ke sekolah, terus ke universiti,
Menanam hajat di dasar lubuk hati,
"Oh,anakku. Sesungguhnya bangganya kami"

Wahai pendosa,
Apa yang harus kau buat?
Adakah kau akan sentiasa pendosa?
Memang benar manusia tidak sempurna,
Akan tetapi bukan itu jadi alasannya,
Musuhmu syaitan dan nafsu dalangnya,
Menggoda, menghasut jiwa dan raga,
Tak kuat iman tak kuat taqwa inilah jadinya,
Kepada musuhmu sendiri kau jadi hamba,
Hilang fokus,hilang kawalan pancaindera,
Hilang semuanya.

Namun,wahai pendosa,
Ketahuilah rahmat Allah itu lebih besar,
Lebih lebar daripada seluas angkasa,
Kembalilah kepada agamamu yang benar,
Agar apabila ditimbang Al Mizan si neraca,
Waktu itu kau bersenang hati,kau usap dada,
Kau lega setelah taubatmu diterima,
Amalan kau ikhlas keranaNya,
Kemantapan iman dan juga taqwa,
Dan akhirnya hilang roh dan nyawa,
Akhirnya pengakhiran kau terencana,
"Ya Allah,aku masuk syurga" :)

Monday, December 15, 2014

Hisab Tambahan

"Gagal lagi ke Addmath ko?"
"Addmath berapa? Gagal?"
"Wah, ok la keputusan kau tu. Addmath gagal?"

Perasan tak ada satu kalimah yang diulang-ulang dan direpitisikan?

Ya. Gagal.

Siapa-siapa yang pernah follow blog akhi, konfem ada baca entri pasal Addmath bukan?
Final exam pun akhi gagal addmath.
Adoi..
Persoalannya, adakah addmath benar-benar sukar seperti yang dijangka?
Konfem ada orang cakap tak minatlah, susah sangatlah, berbelit dan sebagainya.

Ya. Akhi pun tak dapat nak nafikan. Sebab akhi tak pernah lulus addmath.

Eh tak pernah? Ya. Tak pernah. Paling tinggi pun 21.

Terukkan akhi?
Adakah addmath ini hanya mudah untuk segelintir orang sahaja?
Kenapa addmath ni susah sangat nk faham?
Kenapa addmath ni berbelit bagai?

Kembalilah kita kepada Ar Rahman :)

Husnudzhon kepada Allah.
Allah takkan uji seseorang di luar batas kemampuannya.
Jadi, apa faktor kita mungkin gagal addmath?

1. Kurang minat
2. Kurang latih tubi
3. Tertidur masa exam

Lihat. Akhi tak letak pun sebab tak pandai. Akhi tak letak pun susah sangat.
Kerana akhi yakin, kalau kita perbaiki tiga aspek ni, insyaAllah ada hikmahnya.
Akhi pun kekadang sedih tengok markah addmath akhi tak naik-naik.
Mungkin sibuk sangat dengan perkara luar, sampaikan subjek paling lemah semakin lemah
Astaghfirullah...

Jadi, apa yang akhi patut buat? Apa yang anda harus buat?

Doa.
Kembalilah kepada Ar Rahman. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Usaha.
Banyakkan latih tubi. Jangan bergantung sangat dengan jawapan. Rujuk kepada yang pakar.

Ikhitiar.
Cari buku atau rujukan yang sesuai dan padan dengan tahap kita. Habiskan latihan yang lama-lama tu. Masuk angin nanti. *gelak gedik*

Tawakal.

"kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." 
Al Imran ayat 159

Dalam apapun usaha dan perkara kita, kembalilah kita kepada Allah s.w.t. Mintak supaya apa yang kita usahakan itu diredhaiNya dan kita pun redha atas apa pun yang akan terjadi.

Akhirnya, nampak tak setiap aspek tu menjadikan apa? D.U.I.T.
Maksudnya KEJAYAAN!
Akhi harap akhi dapat bantu diri akhi untuk guna formula ni untuk lebih maju.
Akhi juga berharap agar pembaca sekalian guna jugak formula ni untuk lebih maju kehadapan.

Addmath lulus jadi dambaan,
Perlu ingat, jangan lupa akan Tuhan :)

Separa Sedar

Assalamualaikum dunia maya.
2 minggu lagi nak habis 2014.
Maybe most of us akan ada azam baru untuk tahun Masihi yang baru dan bakal tiba nanti.
Ada yang siap buat list lagi. Wahhh jeles la akhi.
Akhi? Akhi ada azam gak. hmm~
Actually dari dulu lagi azam yang sama, entah kenapa tak tercapai sampai kini.

Hamba Allah yang diredhaiNya :)

Okay.
Akhi dah lama perasan pengguna social media selalu letak nama macam gini..
"Hamba Allah" "Abdullah" dan sejenis dengannya.
Okay, akhi tak cakap salah. Cumanya...
Akhi sedih.

Sedih?

Ya. Sedih. Kenapa?

Sebab semua manusia ni kekadang lalai.
Allah beri nyawa dan rezeki.
Tapi kita masih tergamak nak buat dosa.
Akhi sedih sebab kekadang akhi pun terlalai dan terbawa-bawa dengan nikmat dunia ni..
Tak salah kita nak rasa nikmat dunia..
Tapi akhi lagi sedih kalau dah lambat-lambatkan solat semata-mata dunia.
Entah redha tak Allah dengan kita? Innallahua'alam bissawab..

Jadi, adakah kita akan tetap bersedih?
Adakah kita akan tetap jatuh dan terus jatuh?
Adakah kita akan lemah dan semakin lemah?

Jawapannya adalah tidak. La'.

Hidupnya manusia ini kerana satu, beribadah kepada Allah.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
-Adz Dzariyat ayat 56

Sememangnya tidak ada penafian bahawa manusia ini imannya menaik dan menurun..
Jadi, tak haruslah kita putus asa untuk berubah.
Sempena 2015 ni, akhi nak teruskan azam ni.
Maybe azam ini takkan tercapai dengan mudah.
Namun, man jadda wa jada :)
Siapa yang berusaha, dia akan dapat.
Jadikan azam ni sebagai titik tolak dan misi perdana kita hidup di dunia ini.

Kepada siapa-siapa yang ada nama social media macam yang dinyatakan tadi.
Kita muhasabah balik diri kita.
Layakkah aku jadi hamba Allah? Sekiranya kita masih jadi hamba dunia.
Layakkah aku jadi hamba Allah? Sekiranya solat pun kita lengah-lengahkan.
Layakkah aku jadi hamba Allah? Sekiranya Al Quran kita tak hayati dan tinggalkan.

Jom jadi hamba Allah yang diredhaiNya..

Bangkit dan ubahlah diri kita :)


Saturday, December 6, 2014

6 Disember 2014. Sabtu. Cerah.

Assalamualaikum, anak cucu cicitku.
Ntah kenapa abah mula rajin nak blogging hari ni.
Haha ilham dari Ilahi tu datang tak kira masa kan...
Apa khabar agaknya korang..harapnya sihat2 je lah.

Hari ni abah bangun akhir sikit, terlepas pulak waktu Subuh.
Ni nak habaq kat hangpa semua ni.
Jaga waktu solat kamu.
Mungkin abah boleh kira kekadang je terlepas waktu Subuh ni.
Jangan pulak korang contohi perangai buruk abah ni tau. *gelak gedik*
Ada satu hadith abah baca:

 " Siapa solat isya berjemaah sama seperti dia beribadah separuh malam. Dan siapa solat subuh berjemaah sama seperti dia beribadah sepanjang malam." 

Mungkin abah tak tau tahap hadith ni tahap apa, korang pi cari untuk abah la. *gelak gedik*
Lagi satu, hari ni abah syok betol main game, sampaikan azan Zohor antara dga tak dgar je.
Ish2 jahil betul abah kan?
Pesan abah kedua ni, hormati azan.
Allah pi panggil kamu untuk solat tu, nak dekatkan diri kepadaNya.
Mungkin zaman abah dulu ada video game kat lappy je, ntah2 zaman korang apa benda baru lagi.

Sejak arwah nenek kamu meninggal masa zaman form 4 dulu, atok korang kerap kali beli makanan untuk abah makan
Terharu abah dengan atok korang.
Jadilah macam atok korang, jangan jadi macam abah masa muda ni.
Atok korang ni tabah, sabar dan penyayang orangnya.
Mungkin tak cukup zahir sifat2 tu, tapi contohilah atok korang.

Sebelum abah undur diri, doakan abah okei. In case masa korang baca ni, abah dh takde dh kat dunia ni. Menghadap Ilahi. Abah perlu doa korang. Moganya kamu semua soleh dan solehah okay? :)

I'm gonna pen off right now. Ada masa abah post lagi. Assalamualaikum :)