Sunday, March 6, 2016

Bersyukurlah Bro!

  -redha, tabah, tenang, rasa comel, rambut baru. eheh.-  

Malam tu memang tak dapat tido ah. Sumpah aku cakap hati ni bergetar weh! Berdebar dup dap dup dap. Betalu-talu mesej dari segenap aplikasi seperti Whatsapp, WeChat, Facebook & Twitter. Semuanya mempunyai isi yang sama.

"Goodluck! InsyaAllah dapat keputusan straight ni"

"All the best oi! Nanti share2 lah apa keputusan. Mesti gempak lah"

P.S - Mesej-mesej di atas mungkin dalam Bahasa Melayu Sarawak. Takkan aku nak tulis kat sini takut tak faham pula.

Aku pun membaca mesej-mesej ni dengan 'sanang' [baca: sabar + tenang]. Al maklumlah, kalau satu dua mesej yang sama oklah jugak. Ni tak, ada dua tiga mesej tu sama ja struktur ayat, cuma tukar beberapa perkataan. Alahai. Hehe tak kesah pun. caring jugaklah engkorang dengan aku ye. Lepas ni, kembali menghilang. Cehhhh.

Sungguh aku cakap, kita sememangnya dan tidak akan ada upaya untuk menghalang ekspektasi orang terhadap kita. Masakan tidak, melihat kepada keputusan percubaan SPM aku mungkin meyakinkan mereka-mereka ini bahawa aku akan mendapat keputusan yang gempak dan daboom. Alahai. Rezeki orang pun engkorang nak sukat hmmmm takda kerja ke?  Janganlah memberi harapan tinggi. Kerana takut apabila semakin tinggi, kalau jatuh menjunam, time of impact will decrease. Alahai apa aku cakap ni zzzz

Alhamdulillah kemudian alhamdulillah.

Setelah berusaha gigih 2 tahun di sekolah terchenta, aku telah mendapat keputusan yang cukup makan atau lebih suka aku gelar, average student's mediocre achievement (gempak siot nama!). Really, it depends on the person, though. Bagi pelajar yang sering jadi top-scorer dalam sekolah, kalau dapat keputusan macam aku ni, aku rasa dia menangis weh tak terkesat air mata di pipi dek kerana mendapat keputusan x osem. Hahaha gurau. Aku hormat orang yang lebih pandai sebab merekalah yang bantu aku untuk mendapat keputusan 1A+ 3A 2A- 2B 2B- 1C+ ni. C untuk Chemistry. Dan juga cinta ku padamu. Cia cia cia XD

Sekalung penghargaan aku utuskan kepada ayah yang osem, arwah ibu yang osem, kakak yg sedikit osem, guru-guru yang mengajar dan tidak mengajar, kawan-kawan yang supporting dan sporting, ahli keluarga kembangan yang sentiasa beri sokongan moral dan memberi ekspektasi yang ekstrim, dan tidak lupa juga kepada Youtube dan Facebook sebab banyak beri info terkini. Banyak lagi kalau nak senarai.

"Bro, lepas dapat result ni kau nak buat apa?"

"Bersyukurlah bro!"


No comments:

Post a Comment