Assalamualaikum, pembaca blogku. Haha kalau anda sedang membaca nih, pastikan anda dah solat dan sudah membantu mak ayah anda mengemas rumah. Kalau tak pun, habiskan ulangkaji anda dahulu sebelum meneruskan pembacaan. Takut-takut kena tangkap guna fon pada masa yang tak sepatutnya. Hehe.
Orait.
Lama rasanya tak post kat blog ni. Setelah menghabiskan cerpen bersiri Cinta Ibadah versi El Mathoru pada bulan Julai yang lalu, aku pun hilang dari radar blog Tinta El Mathoru. Entah, macam malas la nak blogging bagai. Sebenarnya banyak benda aku nak ceritakan dalam masa 2 bulan aku hilang dari penulisan blog. Dalam tempoh masa ini, aku belajar banyak perkara baru dalam kehidupan. Rasa hilang kawan macam mana, rasa kena block dalam Twitter macam mana, rasa kena sisih oleh kawan macam mana. Dan banyak lagi.
Entahlah. Adakah ini semua salah aku atau sebaliknya? Kalau salah aku pun, apa salahnya pihak B tu tegur aku ke apa ke. At least pun bawak bertenang dan slow talk kasi aku faham apa salah yang telah aku buat. Ni tak, buat kesimpulan sendiri, dengar cerita dan gosip dari satu pihak, terus melatah. Terus bertindak melulu bulu. Eh. Dia kenal aku kan? Bagitau la aku apa salah aku! Takyah lah block bagai! Lepastu mengumpat aku dari belakang! Macam lah engko tu maksum sangat!
"Ehem. Bertenang, Mathor. Tak yah nak emo sangat boleh tak?"
Astaghfirullah. Tsummastagfirullah.
Namun, aku percaya dan yakin bahawa ujian Allah itu berhikmah. Si fulanah ni block aku mungkin aku mengganggu hidup dia, atau kawannya, atau kawan kepada kawannya. Lantaklah siapa pun. Aku berusaha untuk mencari kebenaran dan punca benda yang agak remeh ini berlaku. Sebab aku tak ingin dibenci sebegini. Aku mohon maaf. Aku faham dan sedar siapa aku. Kisah silam aku sehitam langit pada malam hari. Namun, pada malam hari itulah adanya bulan dan bintang. Bolehlah diibaratkan bulan dan bintang itu hikmah dan pengajaran daripada gelapnya kisah silam aku.
Aku ingin menangis, namun tidak dapat mengalir setitis pun bendalir sedih ini. Entah, mungkin banyak sangat kelumit dosa kot? Astaghfirullah. Sudahlah. Sebelum aku meneruskan penulisan ini berasakan dengan nafsu dan ego , baik aku kembali kepada fokus aku yang sebenar. Kepada sesiapa yang tak puas hati dengan individu yang kerdil dan berdosa ini, maka berinteraksilah dengan aku melalui apa2 medium pun. Asalkan bukan di khalayak umum. Ceritakan satu per satu cacat celanya amalan dan tingkah laku aku, dan aku akan cuba untuk mengubahnya.
Satu je aku cuba nak ubah sekarang ni, masalah ikhtilat. Aku cuba untuk berhenti bergurau senda dengan ajnabi semua tu. Tapi aku masih belum mampu. Mungkin ada usaha sedikit, tetapi sedikit tidak cukup. Entahlah, mungkin aku dah terbiasa dengan keadaan sebegini rupa. InsyaAllah aku akan cuba ubah dan ubah dan ubah.
Hati ini semakin tenat. Dunia semakin panas dan tua. Hari kiamat semakin dekat, bro. Takda masa lagi untuk buat dosa. Masa yang tinggal inilah peluang untuk kita buat amalan baik dan bermanfaat untuk capai redhaNya yang bernilai dan bertaubat sekerap yang mungkin. Maka, untuk pengakhiran post minggu ni, marilah kita bersama-sama merenung firmanullah yang termaktub di dalam Al Quran.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
(Suraf As-Saf ayat 2-3)
-Zillulmathor
No comments:
Post a Comment