Friday, December 18, 2015

Back to School

Assalamualaikum penduduk Bumi yang klik link blog MATHORITY!
Anda telah buat kesilapan besar!
Kenapa anda klik?

Anda telah buat kesilapan besar kerana anda semua membuatkan saya rindu untuk menulis blog! (haha entah apa kena mengena)

After a temporary hiatus, saya telah membuat keputusan untuk menulis blog semula.

Yeay!

Dengan izinNya, saya akan terus menulis sampai jari saya patah dan tak dapat menekan skrin smartphone dan menaip menggunakan papan kekunci! (tak tahu takdir Allah macam mana)

Sehubungan dengan itu, mohon anda semua tidak berhenti membaca blog ini kerana walaupun kebanyakan post dalam blog ini entah apa-apa dan tidaklah memberi input yang berskala besar, namun besar harapan saya untuk mengharapkan agar saya terus diberi peluang olehNya untuk menulis di blog ini untuk saya mengemukakan pendapat dan tips-tips yang saya rasa boleh membantu rakan-rakan pembaca untuk meningkatkan lagi keupayaan menjadi manusia!

Bi iznillah, insyaAllah.

"Dahlah, Mathor. Teruskan dengan topik, boleh tak? Hmmm"

Jadi, dengan tamatnya kertas ICT saya pada 7/12 yang lalu, maka saya secara rasminya dah menjadi bekas pelajar sekolah menengah. (Eventhough sekolah saya tak buat pun majlis graduasi bagai -.-). Alhamdulillah dan syukur saya panjatkan kerana telah lepas terminal keilmuan yang kedua setelah tamat pengajian untuk sekolah rendah pada 2010 dahulu kala. :D *menari* Namun. harus diingatkan bahawa perjalanan ilmu tiada penghujungnya dan tidak akan ada penghujung.

"Jadi tak payah nak gembira sangat ya,Mathor!"

Laa gembira sekejap je pun *buat pipi kembung*

"Tak comel okay."

Okay.

Maka, rasmilah saya sebagai alumni sekolah menengah.

2011-2015. It was a long run, isn't it?
Duduk bersama dengan orang yang berilmu. Wah alangkah indahnya!
Belajar dengan guru-guru yang awesome. Wah rindunya!
Mengintai junior dari tepi tingkap. Wah...wah apanya =.=

Selain itu, banyak pesanan yang saya nak sampaikan kepada junior yang saya tinggalkan tanpa pesan di sekolah saya. Dan saya yakin dan berani jamin mereka akan sampaikan pesanan ini sekiranya rasa ia bermanfaat :D (yeeha Mathor suka luang masa dengan junior kot!)

Pertamanya, hormat guru.

Biarpun guru itu tidak mengajar anda atau mengajar anda saban tahun, anda kena hormat mereka. Kerana pada mereka terdapat keberkatan. Ya! Anda perlu akan keberkatan to survive in this cruel world. Lagi lagi keberkatan guru. Pentingnya guru selepas pentingnya ibu-bapa. Jika anda lihat guru anda perlu akan bantuan. apa salah anda ringankan tulang anda dan tolong sehabis baik? Nah, betapa senang dan banyak cara untuk meraih keberkatan seseorang guru. Anda kan bijak pandai, maka berfikirlah! Tidak sukakah anda sekiranya guru yang punya banyak pengalaman dan ilmu mendoakan anda?


Keduanya, tumpu perhatian dalam kelas.

Tahu tak kenapa apabila kita masuk ke dalam institusi persekolahan kita terbahagi kepada kelas-kelas tertentu? Nah, bukan untuk membezakan tahap kepandaian dan jumlah A (-.-), namun hanyalah bertujuan untuk memastikan setiap daripada kita mendapat input yang cukup daripada seorang guru yang mengajar di hadapan. Tidakkah pelik dan tidak wajar sekiranya seorang guru mengajar semua 1000+ pelajar dalam satu kelas dan satu sesi? Ya, tidak logik. Jadi, tumpulah perhatian betul-betul di dalam kelas. Tinggi peratusan mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih efektif berbanding di tempat lain. Hal ini kerana pelajar diberik kebebasan untuk bertanya sekiranya tidak memahami akan sesuatu perkara.

Ketiga, aplikasi ilmu.

Berkata Imam Shafie rahimahullah, ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat. Nah, lalu kita seharusnya mengaplikasi ilmu kita dalam kehidupan seharian, bukan A menjadi matlamat utama. Tidak mustahil orang yang mendapat banyak A tetapi tidak pandai mengaplikasi ilmunya LEBIH BAIK DARIPADA orang yang sedikit bilangan A tetapi mahir dalam pengaplikasian ilmu dalam kehidupan seharian.

"Wah wah, Mathor. Terasa membaca penulisan seorang guru pula"

Ya, memang impian saya nak jadi pendidik

Haha!

                                                                     ******

Nada serius saya dalam menulis post ini tidak dapat saya gambar dengan kata. Hal ini kerana saya berasa sedih dan gembira sebab dah tak bergelar pelajar sekolah.

 It will be always a long journey and I have to fight for it. No matter how people let you down, you need to stay strong and be yourself everytime.

Dah dah, itu sahaja penulisan saya pada hari ini. Semoga bertemu dalam post seterusnya!

Assalam. 
















No comments:

Post a Comment