Kehadapan Ain yang saya kasihi, ingin saya mintak maaf kerana lama dah tak contact dengan Ain 2-3 minggu ni. Shauq amat sibuk dengan kerja sekolah dan hal-hal lain. Saya utuskan surat ni ada tujuannya. Yakni, saya nak cakap, saya nak mintak break lah, Ain. Saya tak nak awak terluka kerana saya, saya tak nak awak sedih kerana saya. Saya tak nak. Jadi, selama 2 tahun kita bersama, baru sekarang saya tahu hakikat sebenar. Selamat tinggal Ain. Semoga Allah menjaga kita dengan naungan rahmatNya.
Nafas aku berhembus perlahan. Aku tak asthma tapi ni memang perlahan.
Ya Allah kenapa aku rasa begini?
Perasaan aku seperti dipermainkan.
Segala pengorbanan aku seakan-akan dipersiakan.
Segala masa yang aku luangkan untuk pertahankan 'cinta' ini terbang begitu sahaja.
Ya Allah! Ya Allah!
************************************************************************************
Dalam perjalanan balik ke rumah, seperti biasa, aku menemani Mughirah ke rumahnya sebelum aku sendiri balik ke rumah.
Kami tak berbual selama kami berjalan, sampai satu masa kami singgah ke kedai runcit Pak Malin untuk beli snek ringan.
"Ain, nak apa2? Mughirah belanja hari ni" tanya Mughirah, lembut.
"Ha'ah takpelah. Ain bayar sendiri je lah" jawab ku, santai.
Sejurus kami keluar dengan snek ringan kami, kami meneruskan perjalanan ke rumah Mughirah.
Dalam perjalanan, Mughirah memulakan perbualan.
"Ain, kenapa muka awak macam lain lah hari ni? Seperti memikirkan sesuatu."
"Takdelah. Kerja rumah tu banyak sangat. Stress kot.." jawab aku, tersekat-sekat.
"Tipulah Ain, bagitaula kat saya. Mana tahu saya boleh bantu.."
Aku takda pilihan. Aku pun cerita keadaan aku dari A sampai Z.
Mughirah hanya tersenyum dan mengangguk, tandanya faham akan keadaan aku.
Betapa untungnya aku ada kawan yang memahami sepertinya.
Kebetulan, kami sampai ke rumah Mughirah, aku menghabiskan kisah aku.
"Baiklah Ain, nanti kita bincang lagi okay. Saya tak nak benda ni mengganggu emosi awak, Ain. Sebabtu saya tanya tadi. Okay? Bai Ain. Assalamualaikum!" kata Mughirah, tersenyum sengih.
"Okay Mughirah. Waalaikumussalam"
Aku pun meneruskan perjalanan aku ke rumah,keseorangan.
Dalam perjalanan tu, aku sempat berfikir kenapa Allah uji aku sebegini rupa.
Allah hadirkan seseorang yang 'perfect' dan osem, tapi Allah tarik balik nikmat tu.
Adakah Allah zalim? Astaghfirullah tentu sekali tidak.
Adakah Allah suka hambanya sedih? Astaghfirullah takkan lah.
Monolog aku berpanjangan sampai aku berada di hadapan pintu rumah.
Aku tak perasan pulak, air mata aku berlinangan...
************************************************************************************
Setelah aku selesai solat Isyak,
Ding! Fon aku bercahaya, tanda sampainya satu notification.
Mesej dari Mughirah.
"Tinggalkan cinta Shauq, sepertimana Ain tinggalkan cinta Allah dan RasulNya dulu"
Tangan dan badanku kaku sebentar.
Entah mengapa dan kenapa.
Mungkin hati tersentap dek kata yang persis menampar aku dengan kuat.
Kemarahan ingin membuak, tetapi ada betulnya kenyataan Mughirah ni.
Aku lalai dengan cinta ajnabi, tapi aku sanggup buang cinta Allah dan Nabi!
"Saya tak qawiylah Mugh. Selalu sangat tengok gambar dia kat IG, selalu baca mesej lama2, voice note lama2. Rasa rindu tu pulak yang datang. Saya nak move on!"
"Ain kena cuba kuat sikit. Buanglah, unfollowlah, unfriendlah si Shauq tu. Takda maknanya nak move on tapi masih nak lagi rasa kelalaian tu"
Nada dan cara pergaulan Mughirah malam ni agak tegas dan aggresif.
Bertambah hairan, dia seakan-akan bersungguh-sungguh menginginkan aku untuk berubah.
Alhamdulillah aku ada kawan sepertinya.
"Baiklah Mugh. Saya akan cuba kuat sikit."
"Haaa macam tu baru Ain si muslimah sado!" perli Mughirah, sinis.
Perbualan kami berlarutan hingga ke lewat malam.
Takpa kot, esokkan masih cuti.
************************************************************************************
Ayam berkokok tanda hari siang.
Aku bangun untuk solat Subuh, sebelum tu aku dapatkan fon aku dulu untuk tengok jam.
Tengok jamlah sangat, last2 melelat ke WeChat, Whatsapp dan Instagram. Wakaka.
Mata aku besar seketika, setelah aku melihat satu gambar daripada IG.
Gambar Shauq bersama seorang muslimah. Macam aku camlah muka muslimah tu, oh!
Muslimah yang bercakap dengan Shauq masa dulu tu. *rujuk Bahagian 4*
"Selama ni aku menunggu. We're now together,babe"
Kapsyen paling menggelikan daripada Shauq.
Shauq, yang aku kenal dulu dengan kuat agamanya, pandai menegakkan pendiriannya, kini dah jadi hamba cinta dunia!
Ya Allah, hebatnya kuasaMu.
Alhamdulillah wa astaghfirullah aku monolog dalam hati.
Alhamdulillah kerana aku telah terlepas daripada genggaman ajnabi durjana yang mengongkong kehidupan aku selama ni.
Astaghfirullah kerana aku telah banyak buang masa, berkorban banyak benda kerana mengejar cinta ajnabi yang tidak ada garis penamat.
Aku nukilkan kisah ini, sebagai pengajaran.
Jangan kita tinggalkan cinta Allah dan RasulNya serta kecintaan yang lain, dan mengejar cinta ajnabi yang tidak ada penamatnya.
Biarlah aku mengalami pengalaman pahit ini seorang, jangan pula orang yang membaca ni terikot-ikot dengan perangai aku.
Yang baik ambil pengajaran, yang buruk jangan diamalkan.
"Mughirah. Terima kasih. Saya dah bebas."
----TAMAT----
Wah ohsom, but dah habis :(
ReplyDelete