Cahaya mentari terang benderang dari luar tingkap.
Ehhhh. Kejap.
Buka mata buka telinga bangun dari tidur yang lena.
ALAMAAAAAAAAAAKK!
Terbabas lagi Subuh.
Nampak gayanya kena cepat-cepat berhijrah.
Hijrah daripada kelalaian menunaikan solat pada akhir waktu.
Sebut pasal HIJRAH.
Ma ma'na HIJRAH?
Hijrah bermaksud perpindahan.
Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Ok harini kita cakap pasal hijrah diri.
Selalunya penghijrahan ni berlaku apabila sesorang tu mengalami peristiwa yang menyedihkan. Pahit. Tawar.
Mungkin kerana pahitnya sesuatu kenangan. Atau mungkin juga kerana manisnya kenangan.
Contohnya tadi macam kita laaaa. Kenangan pahit menunaikan solat di akhir waktu.
Kita ni memang sangat-sangat perlu untuk berhijrah.
Tapi.
Kata orang, kata oranglahkannn istiqamah dalam sesebuah penghijrahan itu yang sukar.
Sukar sekiranya penghijrahan tidak disertai dengan kekuatan iman dan keyakinan diri.
Dan diri kita juga perlu benar-benar qawiy.
Tawakal kepada Allah itu yang penting (Y)
Terharu apabila membaca di laman-laman sosial dan blog. Ramai yang nak berhijrah.
Alhamdulillah, kerana Dia telah menyentuh hati-hati kalian untuk kembali ke jalan yang Dia redhai. Teruskanlah niat baik itu, jangan biar hanya separuh jalan.
Sekali ALLAH sentuh hati kalian untuk berubah , pegang dan peluklah ia dengan erat. Kerana tidak semua bernasib baik mendapat hidayah dariNYA . Bersyukurlah.
Sahabat-sahabat sekalian, mintalah dengan Allah sentiasa dalam setiap sujud dan doamu agar ditetapkan hatimu dijalan yang Dia redha. Hakikat sebuah perjalanan menuju redha Ar-Rafiqul A'la itu sukar sangat-sangat dan pahit kerana apa? Kerana pengakhirannya sudah pasti indah.
Apa-apa sahaja perkara yang baik, pastikan ada halangan dan cabarannya.
Kerana di situ Dia dapat menguji kekuatan iman dan kesungguhan kita dalam merebut redha-Nya.
Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya.
Allah cukup tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya.
Jadi tanya sama hati mengapa harus kita mengalah dalam perjalanan milik kita sendiri menuju redha-Nya?
Yakinlah. Kita qawiy.
Amboi sedapnya bau nasi goreng kakak.
Pi makan dulu naaaaaa.
No comments:
Post a Comment