Saturday, January 17, 2015

Biarlah

Assalamualaikum.
Nampak gayanya minggu pertama musim persekolahan tahun ni agak memuaskan bagi aku.
Haaa sebab jadi super senior kot sbb tu aku cakap memuaskan.
But still,seorang pelajar, tetap seorang pelajar.
Kena habiskan tahun ni dengan baik dan osem!

Ni nak habaq ni..
Aku jadi fasi untuk orientasi Tingkatan 1.
Entah kenapa aku dari dulu nak sangat jadi fasi ni.
Jadi Allah takdirkan aku untuk menjadi fasi mereka tahun ni. Alhamdulillah.
Dulu aku pernah gak jadi fasi masa Tingkatan 3.
Haha masa tu masih gagap2 lagi cakap depan khalayak ramai.
Tahun ni, alhamdulillah lancaq je aku cakap ngn diorang *gelak gedik*

Tapi fokus utama aku tulis blog ni bukan pasal tu.

**************************************************************************************

Biarlah.
Satu perkataan yang mudah disebut. Senang diluah dengan mulut kurniaan Allah.
3 suku kata je kot.
Bi-ar-lah.

Tapi,bagi aku perkataan ni sakit untuk diterima oleh hati.

"Eh, kenapa pulak??"

"Eleh, ko rasa ko jiwang ye Dhani.....poyoooo"

Macam aku peduli orang cakap apa.

Yep, bagi aku perkataan ni memberi makna yang sangat mendalam.
Sebab apabila kita sebut perkataan "biarlah..", seperti kita redha dengan perkata yang berlaku.
Susah sangat kot korang nak faham.
Ni aku bagi contoh ok? :)

Contoh 1

Mamat : Wei,crush yang ko idam-idamkan nak kawen tu dulu, dah jadi milik orang. Ko tak rasa menyesal tak luah masa dulu?

Jajan : *mengeluh* Biarlah mat. Mungkin tu jodoh diorang. 


Contoh 2

Ahmad : Weh, tadi aku bawak payung pergi masjid. Lepas selesai solat, aku tengok dah lesap. Haishhh dah la hujan lebat kot! Basah kuyup aku! Gerammmmmmm!!

Zaidi : Takpe,biarlah. Mungkin orang tu tergesa nak ke tempat kerja ke. Ada kecemasan ke. Redha je lah. Halalkan. Nanti aku beli yang baru untuk kau. Jangan risau aaa.

****************************************************************************************

At the end of the day,
Kita boleh nampak dan sedar apa maksud perkataan yang simple ni.
Sebenarnya, kita sebagai hamba Allah ni, kita kena sabar dan redha.
Walau betapa berat dan perit nak hadapi cabaran, kita kena sabar.
Allah nak uji kebergantungan kita kepadaNya, Allah kasi kita ujian.
Tak kira,nikmat atau musibah, itu semua ujian.
Nak uji, adakah kita hamba Allah ni hanya menumpang di bumiNya?
Atau kita seratus peratus mengabdikan diri kepadaNya?

Kepada sesiapa diri mereka suka sangat buat dosa,
Tengok aurat wanita, tonton porno dan sebagainya.
Jom kita ubah.

Kepada sesiapa yang rasa diri mereka tak suka cara Islam.
Solat 5 waktu pun malas, baca Quran apatah lagi.
Jom kita ubah.

Kepada sesiapa yang selalu sangat derhaka kepada mak ayah,
Bermasam muka, tinggikan suara, tak dapat nak kawal ego.
Jom kita ubah.

Berubah dan berhijrah.

"Poyo la kau. Dulu bukan main nakal, jahat macam syaitan. Ni baru pakai kopiah,jubah semua, nak  nasihat orang pulak. Blah la kau"

"Ceh, bajet alim la kau. Ko ingat apabila ko berubah saat ni ko dapat masuk Syurga? Mampos laaa"

"Nampak je baik, hati ko tu masih gak kotor."

Banyak lagi contoh cacian dan makian yang selalu diterima.
Saja malas aku nak buat dialog.

Cuma the point is,kita berubah untuk siapa sebenarnya?
Adakah untuk makhluk Allah yang dicipta dengan air yang hina,yakni manusia?
Jom, apabila kita dengar orang caci atau maki kita.
Senyum dan berkatalah di hati.

"Biarlah, ada aku kisah? Aku berubah ni kerana Allah!"

Monday, January 5, 2015

Dirimu Bergelar Mujahid

Assalamualaikum.
Lately akhi ada post something dekat Facebook akhi.
Dan ianya berkaitan dengan ikhtilat.
Isu yang sering dipandang enteng oleh hampir semua remaja Islam.
Hukum ikhtilat? HARAM!

Akan tetapi, entri kali ini bukan mengisahkan isu ikhtilat ini.
Tetapi, akhi akan kupas siapa yang menjaga ikhtilat, maka mereka ini akhi anggap sebagai Mujahid.

Kata dasar bagi kalimah Mujahid adalah jahada yang bermaksud berjuang untuk menjadikan hidup yang lebih baik.

Maka,agaknya kenapa akhi gelar orang yang menjaga ikhtilat ini sebagai orang yang berjuang?

"Wei akhi, mereka ni tak angkat senjata pun, jihad mana entah?"

"Tak berperang apa semua, akhi sedap je cakap mereka berjuang. Sembang kencang je akhi ni"

Persoalan akhi sekarang ni, adakah menjadi satu kemestian jihad menggunakan senjata materialistik?

Tidak. Semestinya tidak.

Bagi akhi, setiap daripada kita ada peperangan yang berlaku dalam hati kita.
Ya, dalam hati kita sedang berlakunya peperangan.
Antara nafsu dan iman.
Hal ini kerana nafsu inginkan hati kita buat sesuatu yang seronok pada zahirnya.
Hakikatnya perkara itu jelas haram.
Maka, zarah iman yang ada dalam hati kita pun menjadi defender kepada hati kita untuk membenarkan anggota zahir kita melakukan perkara itu.
Contoh yang jelas ialah ketika kita ingin bermesej dengan ajnabi.

Niat dalam hati yang dipandu nafsu : "Ala, aku nak tanya khabar je"
Zarah iman pun menentang : "Jangan, nanti kau melelat ke perkara yang lalai"

Maka, setelah kedua niat ini tersemat, mereka terpaksa bertarung untuk mendapatkan hati kita untuk menghantar mesej ke otak untuk mengarah anggota zahir melakukan perkara tersebut.

Kuat iman = Nafsu akan tewas
Kuat nafsu = Iman akan tewas

Semudah itu? Tidak.
Musuh utama manusia akan melaga-lagakan pertarungan itu.
Maka, diberikannya extra power kepada nafsu untuk mengalahkan iman!
Oh tidak, iman dalam bahaya!
You lose! Nafs wins!

Maka, terjadilah ikhtilat.

***********************************************************************************************

Akan tetapi, seorang Mujahid yang akhi sebut pada awal tadi, bahagia hidupnya.
Mereka ini masih wujud dalam dunia media sosial, tetapi terkawal.
Berhubung dengan ajnabi jika perlu.
Antara hajat dan darurat.
Amalkan sunnah Nabi, bercakap perkara yang bermanfaat.
Istiqamah dalam melakukan amal kebaikan.
Hormat mak ayah dan para ulama'
Mempunyai sahabat-sahabat yang soleh
Mempunyai sifat mahmudah dalam diri.

Tertanya bagaimana kita ingin menjadi Mujahid ini?

Tingkatkan keimanan. Kalahkan hawa nafsu. Jangan biar syaitan bagi extra power kepada nafsu. 

5/1. Isnin. Hujan

Assalamualaikum.
Hari ni dari pagi sampai ke petang hujan.
Dingin sungguh rasa seluruh jasad.
Hati...
Apa yang aku nk katakan pada hati.

Sakit.

Dulu, aku enjoy bermesej-mesej dengan ajnabi
Dulu, aku tanpa segan silu tengok gambar ajnabi
Dulu, aku tak kenal kejahilan.

Sekarang, aku dah stop bermesej-mesej dengan ajnabi
Sekarang, aku malu tengok gambar ajnabi,
Sekarang, aku dah kenal sangat apa itu kejahilan yang haqiqi.

Tapi,
Kenapa aku masih buat dosa yang sama?
Kenapa aku masih like gambar-gambar ajnabi?

"Wei, aku tak fahamlah. Kau dah tahu benda tu melalaikan, tapi kau tetap jugak!"

"Orang dh nasihat kan, kau ikot je la!"

"Kau munafiq! Sembang kencang macam ustaz bagai, tp sendiri buat maksiat!"

Macam hati ini melempar kata,
Namun, masih aku ulang perkara yang sama.
Adakah aku akan tetap kecundang dan rebah?
Adakah pengakhiran aku akan dalam tewas dan kekalahan?

Tidak. Ya, tidak.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah berfirman
Bahawa tidak akan diberikan beban
Kepada individu melainkan berkemampuan
Jadi,wajarkah aku berputus asa 
Terus alpa dan leka
Digoda nikmat noda dunia
Istiqamah membuang masa
Adakah aku akan berakhir begini?
Hanya mampu berkata, ego menguasai
Munafiq, fasiq dan hipokrit
Gelaran hina, abstrak dan konkrit.

Aku ingin dapat redhaNya.
Aku ingin rasa cintaNya
Aku ingin diterima solat dan amal
Aku ingin istiqamah dan ikhlas
Kerana, pada hari itu, 
Setelah titian sirat aku lalu,
Jantung aku mulanya laju menjadi bersahaja
Masa itu, aku akan seraya berkata sambil tersenyum

"Alhamdulillah ya Allah, aku masuk syurgaMu"

Friday, January 2, 2015

Resolusi 2015

Assalamualaikum 2015.
Mungkin agak lewat *gelak gedik*
Agak sibuk malam Tahun Baru Masihi tempoh hari, so tak berpeluang nk update blog
Jom borak pasal tahun baru ni! :)

Tahun Baru.
Agak kerap kita difahamkan tahun baru berkaitan dengan resolusi yang baru.
Boleh dikatakan setiap daripada kita akan merancang dan menentukan resolusi tersendiri.
Ada yang baru, dan ada juga yang dari dulu sama je resolusi.
*gelak gedik* (aku tergolong dalam golongan yang kedua tu)
Akan tetapi, aku perasan ada satu persamaan dalam semua resolusi kita semua.
Yakni, berubah.

Berubah? Berhijrah? Sama je. Bergerak dari A ke B.

Baiklah, alangkah eloknya aku mulakan entri ni dengan kalam Allah yang Agung. Firmanullah dalam Al Quran surah Ar Rad ayat 11:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri....."

Setiap kita akan merasa kejahilan.
Setiap kita akan merasa tidak pandai.
Setiap kita akan merasa tidak ada ilmu.

Akan tetapi, adakah kita akan membuat keputusan agar kita kekal dalam keadaan itu?
Tanyalah makcik belakang rumah anda, jiran depan rumah anda soalan ini,sudah tentu jawapannya sama.

Tidak. Ya, tidak.

Jadi, anda nak berubah? Jom ikut tips ni. InsyaAllah saya, dan anda semua akan memulakan langkah :)

1. Jaga solat
Solat adalah tiang agama kita. Mengapa saya memulakan tips ini dengan solat? Ya, tentunya kerana solat adalah amalan pertama yang akan dihitung oleh Allah s.w.t di akhirat nanti. Mungkin 2014 saya dan anda kekadang terlupa atau tertinggal solat, mungkin 2014 saya dan anda kekadang malas nak solat, jom 2015 ni kita penuhkan solat kita. Jangan ada satu hari kita tertinggal satu pun. 

2. Elak maksiat/zina
Tips ni khas untuk lelaki,terutamanya. *gelak gedik* Ya, memang kita ni orang laki sifat matanya memandang. Hatta ustaz ke, PU ke, imam muda ke, kalau ada perempuan seksi lalu kat depan, nafsu confirm macam air mendidih nak tengok. Jadi salah siapa? Yang ni kita akan kupaskan lain hari okey? :) Allah berfirman dalam surah Al Isra ayat 32: 

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)"

Anda boleh nilai diri anda sekarang :)

3. Hormat mak ayah
Mak ayah adalah anugerah Allah yang tak terkira harganya. Mereka ini persis permata, susah diganti kalau hilang. Sayangilah mak ayah anda selagi mereka masih bernyawa. Buatlah mereka tersenyum dengan meringankan beban kerja mereka. Jangan dok main lappy dan phone tu memanjang masa cuti. Tolong dan bantulah mereka buat kerja di rumah. Ketahuilah, anda akan menyesal sekiranya apabila mereka tiada nanti. 

3 tips ini hanyalah ilham daripada Allah.
Ceteknya ilmu hamba Allah ni nak kasi motivasi memanjang macam blogger-blogger yang lain.
Semoga usaha ni Allah terima dan anda yang membaca ni amalkan, supaya kita dapat redha dan pahala daripada Allah.


Selamat Tahun Baru Masihi 2015.
Kurangkan buat dosa ye? :)