Sunday, December 21, 2014

Hai Hujan

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Friday, December 19, 2014

Untuk Kita Pendosa

Wahai pendosa,
Tidak malukah engkau?
Allah bagi rahmat dan nikmat,
Supaya kau selesa dan selamat,
Sedarlah..kau hidup untuk akhirat,
Sedarlah..kau takkan selamanya berhayat,
Ketika nyawa dicabut malaikat,
Terpisah roh dan juga jasad.

Wahai pendosa,
Tidak menyesalkah engkau?
Ibu dan ayahmu berusaha mencari,
Membanting tulang meraih rezeki,
Bukan dari rasuah mahupun judi,
Mereka hendak anak mereka berjaya,
Ke sekolah, terus ke universiti,
Menanam hajat di dasar lubuk hati,
"Oh,anakku. Sesungguhnya bangganya kami"

Wahai pendosa,
Apa yang harus kau buat?
Adakah kau akan sentiasa pendosa?
Memang benar manusia tidak sempurna,
Akan tetapi bukan itu jadi alasannya,
Musuhmu syaitan dan nafsu dalangnya,
Menggoda, menghasut jiwa dan raga,
Tak kuat iman tak kuat taqwa inilah jadinya,
Kepada musuhmu sendiri kau jadi hamba,
Hilang fokus,hilang kawalan pancaindera,
Hilang semuanya.

Namun,wahai pendosa,
Ketahuilah rahmat Allah itu lebih besar,
Lebih lebar daripada seluas angkasa,
Kembalilah kepada agamamu yang benar,
Agar apabila ditimbang Al Mizan si neraca,
Waktu itu kau bersenang hati,kau usap dada,
Kau lega setelah taubatmu diterima,
Amalan kau ikhlas keranaNya,
Kemantapan iman dan juga taqwa,
Dan akhirnya hilang roh dan nyawa,
Akhirnya pengakhiran kau terencana,
"Ya Allah,aku masuk syurga" :)

Monday, December 15, 2014

Hisab Tambahan

"Gagal lagi ke Addmath ko?"
"Addmath berapa? Gagal?"
"Wah, ok la keputusan kau tu. Addmath gagal?"

Perasan tak ada satu kalimah yang diulang-ulang dan direpitisikan?

Ya. Gagal.

Siapa-siapa yang pernah follow blog akhi, konfem ada baca entri pasal Addmath bukan?
Final exam pun akhi gagal addmath.
Adoi..
Persoalannya, adakah addmath benar-benar sukar seperti yang dijangka?
Konfem ada orang cakap tak minatlah, susah sangatlah, berbelit dan sebagainya.

Ya. Akhi pun tak dapat nak nafikan. Sebab akhi tak pernah lulus addmath.

Eh tak pernah? Ya. Tak pernah. Paling tinggi pun 21.

Terukkan akhi?
Adakah addmath ini hanya mudah untuk segelintir orang sahaja?
Kenapa addmath ni susah sangat nk faham?
Kenapa addmath ni berbelit bagai?

Kembalilah kita kepada Ar Rahman :)

Husnudzhon kepada Allah.
Allah takkan uji seseorang di luar batas kemampuannya.
Jadi, apa faktor kita mungkin gagal addmath?

1. Kurang minat
2. Kurang latih tubi
3. Tertidur masa exam

Lihat. Akhi tak letak pun sebab tak pandai. Akhi tak letak pun susah sangat.
Kerana akhi yakin, kalau kita perbaiki tiga aspek ni, insyaAllah ada hikmahnya.
Akhi pun kekadang sedih tengok markah addmath akhi tak naik-naik.
Mungkin sibuk sangat dengan perkara luar, sampaikan subjek paling lemah semakin lemah
Astaghfirullah...

Jadi, apa yang akhi patut buat? Apa yang anda harus buat?

Doa.
Kembalilah kepada Ar Rahman. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Usaha.
Banyakkan latih tubi. Jangan bergantung sangat dengan jawapan. Rujuk kepada yang pakar.

Ikhitiar.
Cari buku atau rujukan yang sesuai dan padan dengan tahap kita. Habiskan latihan yang lama-lama tu. Masuk angin nanti. *gelak gedik*

Tawakal.

"kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." 
Al Imran ayat 159

Dalam apapun usaha dan perkara kita, kembalilah kita kepada Allah s.w.t. Mintak supaya apa yang kita usahakan itu diredhaiNya dan kita pun redha atas apa pun yang akan terjadi.

Akhirnya, nampak tak setiap aspek tu menjadikan apa? D.U.I.T.
Maksudnya KEJAYAAN!
Akhi harap akhi dapat bantu diri akhi untuk guna formula ni untuk lebih maju.
Akhi juga berharap agar pembaca sekalian guna jugak formula ni untuk lebih maju kehadapan.

Addmath lulus jadi dambaan,
Perlu ingat, jangan lupa akan Tuhan :)

Separa Sedar

Assalamualaikum dunia maya.
2 minggu lagi nak habis 2014.
Maybe most of us akan ada azam baru untuk tahun Masihi yang baru dan bakal tiba nanti.
Ada yang siap buat list lagi. Wahhh jeles la akhi.
Akhi? Akhi ada azam gak. hmm~
Actually dari dulu lagi azam yang sama, entah kenapa tak tercapai sampai kini.

Hamba Allah yang diredhaiNya :)

Okay.
Akhi dah lama perasan pengguna social media selalu letak nama macam gini..
"Hamba Allah" "Abdullah" dan sejenis dengannya.
Okay, akhi tak cakap salah. Cumanya...
Akhi sedih.

Sedih?

Ya. Sedih. Kenapa?

Sebab semua manusia ni kekadang lalai.
Allah beri nyawa dan rezeki.
Tapi kita masih tergamak nak buat dosa.
Akhi sedih sebab kekadang akhi pun terlalai dan terbawa-bawa dengan nikmat dunia ni..
Tak salah kita nak rasa nikmat dunia..
Tapi akhi lagi sedih kalau dah lambat-lambatkan solat semata-mata dunia.
Entah redha tak Allah dengan kita? Innallahua'alam bissawab..

Jadi, adakah kita akan tetap bersedih?
Adakah kita akan tetap jatuh dan terus jatuh?
Adakah kita akan lemah dan semakin lemah?

Jawapannya adalah tidak. La'.

Hidupnya manusia ini kerana satu, beribadah kepada Allah.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
-Adz Dzariyat ayat 56

Sememangnya tidak ada penafian bahawa manusia ini imannya menaik dan menurun..
Jadi, tak haruslah kita putus asa untuk berubah.
Sempena 2015 ni, akhi nak teruskan azam ni.
Maybe azam ini takkan tercapai dengan mudah.
Namun, man jadda wa jada :)
Siapa yang berusaha, dia akan dapat.
Jadikan azam ni sebagai titik tolak dan misi perdana kita hidup di dunia ini.

Kepada siapa-siapa yang ada nama social media macam yang dinyatakan tadi.
Kita muhasabah balik diri kita.
Layakkah aku jadi hamba Allah? Sekiranya kita masih jadi hamba dunia.
Layakkah aku jadi hamba Allah? Sekiranya solat pun kita lengah-lengahkan.
Layakkah aku jadi hamba Allah? Sekiranya Al Quran kita tak hayati dan tinggalkan.

Jom jadi hamba Allah yang diredhaiNya..

Bangkit dan ubahlah diri kita :)


Saturday, December 6, 2014

6 Disember 2014. Sabtu. Cerah.

Assalamualaikum, anak cucu cicitku.
Ntah kenapa abah mula rajin nak blogging hari ni.
Haha ilham dari Ilahi tu datang tak kira masa kan...
Apa khabar agaknya korang..harapnya sihat2 je lah.

Hari ni abah bangun akhir sikit, terlepas pulak waktu Subuh.
Ni nak habaq kat hangpa semua ni.
Jaga waktu solat kamu.
Mungkin abah boleh kira kekadang je terlepas waktu Subuh ni.
Jangan pulak korang contohi perangai buruk abah ni tau. *gelak gedik*
Ada satu hadith abah baca:

 " Siapa solat isya berjemaah sama seperti dia beribadah separuh malam. Dan siapa solat subuh berjemaah sama seperti dia beribadah sepanjang malam." 

Mungkin abah tak tau tahap hadith ni tahap apa, korang pi cari untuk abah la. *gelak gedik*
Lagi satu, hari ni abah syok betol main game, sampaikan azan Zohor antara dga tak dgar je.
Ish2 jahil betul abah kan?
Pesan abah kedua ni, hormati azan.
Allah pi panggil kamu untuk solat tu, nak dekatkan diri kepadaNya.
Mungkin zaman abah dulu ada video game kat lappy je, ntah2 zaman korang apa benda baru lagi.

Sejak arwah nenek kamu meninggal masa zaman form 4 dulu, atok korang kerap kali beli makanan untuk abah makan
Terharu abah dengan atok korang.
Jadilah macam atok korang, jangan jadi macam abah masa muda ni.
Atok korang ni tabah, sabar dan penyayang orangnya.
Mungkin tak cukup zahir sifat2 tu, tapi contohilah atok korang.

Sebelum abah undur diri, doakan abah okei. In case masa korang baca ni, abah dh takde dh kat dunia ni. Menghadap Ilahi. Abah perlu doa korang. Moganya kamu semua soleh dan solehah okay? :)

I'm gonna pen off right now. Ada masa abah post lagi. Assalamualaikum :)

Saturday, October 25, 2014

Jadilah Diri Anda Sendiri

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Baqarah, ayat 148:
"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan."



Dalam surah Al-An'am ayat 165 pula Allah S.W.T. telah berfirman:
"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat."


Satu lagi firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Baqarah ayat 60:
"Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)."




                        Setiap manusia memiliki kelebihan, potensi dan bakat masing-masing. Dan salah satu keagungan Rasulullah S.A.W. adalah kemampuannya untuk menempatkan setiap sahabatnya sesuai dengan kemampuan, bakat dan potensi mereka masing-masing. Ali R.A tamsilnya ditugaskan dalam bidang kehakiman. Muaz R.A dalam bidang ilmu pengetahuan, Ubay R.A dalam bidang Al-Quran, Zaid R.A dalam bidang Faraidh, Khalid Al-Walid R.A dalam bidang jihad, Hassan R.A dalam bidang sastera dan Qais bin Tsabit R.A dalam bidang khithabah.


                                                        "Meletakkan sesuatu yang basah di atas pedang
                                                                               Akan berbahaya
Sebagaimana bahayanya pedang diletakkan di atas 
Sesuatu yang basah."

            
                 Menyatu serta hanyut dalam keperibadian orang lain pada hakikatnya adalah bunuh diri, manakala memakai baju keperibadian orang lain adalah sebuah pembunuhan yang terancang.


                Di antara salah satu kebesaran Allah S.W.T. adalah perbezaan sifat yang ada pada manusia dan perwatakan yang mereka miliki serta perbezaan bahasa dan warna kulit mereka. Abu Bakar R.A dengan kelembutan dan wataknya yang pengasih telah memberikan manfaat bagi umat dan agama. Umar R.A dengan sikapnya yang keras dan ketegasannya telah membangkitkan semangat Islam dalam diri umat Islam.


               Dengan kata lain, terima dengan penuh kerelaan setiap anugerah dan pemberian Allah S.W.T. yang ada pada diri anda. Oleh sebab itu, pertingkatkanlah dan dapatkan manfaat daripadanya.


               Taklid buta dan terlalu mudah melebur diri ke dalam peribadi orang lain merupakan penguburan secara hidup-hidup terhadap bakat yang telah Allah S.W.T. telah kurniakan, membunuh keinginan dan penghancuran sistematik terhadap sahsiah penciptaan manusia itu sendiri.


P/s: Kalau boleh asahkan yang mahmudah. Yang mazmumah tu buangkan sikit-sikit *senyum* dan ingat jangan jadi hipokrit!
                    

Saturday, October 18, 2014

Kembali.

Kembali.
Perkataan yang umum maksudnya kita pergi ke tempat yang asal.
Kita kembali ke keadaan kita yang asal.
Akan tetapi, persoalannya kita hendak ke mana?

Pada asalnya, apabila roh kita ditiup ke dalam jasad, Allah telah berkata : "Aku ialah Tuhan kamu"
Dan kita pun menjawab dalam rahim ibu "Ya, kami menjadi saksi"
Ini terbukti bahawa sebelum kita dilahirkan kita sudah kenal Pencipta kita.
Akan tetapi, apabila kita dilahirkan, ibu bapa yang menjadi penentu adakah kita beragama Islam, Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Iman fitrah manusia.
Semua kita yang dilahirkan ini, kita adalah sama.
Mengaku Allah itu Tuhan Yang Satu, yang wajib kita sembah.
Pada IC kita, Islam tertulis.
Tapi adakah kita benar2 Islam?

Kita boikot, kita hina, kita larang orang dekat dengan amalan kejahilan orang Yahudi dan Kristian.
Tapi tak sedar penampilan kita, cara bercakap kita, semua kita tiru dari budaya mereka.
Sedarlah wahai hati.
Engkau dilahirkan di bumi ini.
Untuk memimpin diri engkau ke arah jalan yang diredhaiNya.
Jangan engkau leka dengan duniawi yang semakin tua dan panas ini.
Ingatlah, tanamkan sifat ihsan dalam setiap perkara yang engkau lakukan.
Beramallah seperti Allah melihat engkau, jika engkau tidak dapat melihat Allah, sesungguhnya Allah melihat engkau.

Sunday, September 14, 2014

Dunia lawan Akhirat

Dunia.
Satu ruang masa yang Allah swt kurniakan kepada makhlukNya.
Manusia.
Satu golongan makhluk Allah swt yang diciptakan untuk tinggal di BumiNya serta diuji dengan pelbagai rintangan.
Soalannya ialah sejauh mana kita kejar dunia sepertimana kita kejar akhirat?

Dunia = sementara
Akhirat = kekal abadi

Tetapi mengapa kita masih terlampau taksub dengan keindahan dunia sampaikan kita lupa nikmat di akhirat itu lebih hebat? Jawapannya senang; NAFSU.

Apabila nafsu kita terdidik untuk menginginkan dunia, maka dunialah yang kita sepenuh masa inginkan. Maka jom kita sama-sama didik hati dan jasad kita untuk seimbang dalam perhambaan diri kita kepada Allah swt. Janganlah kita menjadi hamba dunia, yakni orang-orang yang hanya menginginkan kekayaan harta dan kecantikan semata-mata. 

Biar neraca kehidupan kita seimbang.


Addmath oh Addmath

Petang.
Sebaik sahaja aku selesai solat Asar berjemaah,
Aku pergi ke gelanggang bola keranjang.
Dah jadi rutin harian aku kat sekolah.
Lepas sekolah, pi lepak kat court.
Tapi hari tu aku lain sikit.
Aku tak main dulu.
Aku dudok sengsorang, tengok orang main.

Tengah2 aku tunggu tu, datanglah sorang muslimah ni.
Namanya Syifaa.
Pelajar terbaik kat Pesantren dulu dah pindah TUNAZ. (nanti aa aku kisahkan)
Aku pi tego la dia kan.
'Hai syifaa, dari mana?'
'Hai~ *buat isyarat solat*'
'Ohh..'

Kami bisu sebentar.
Setelah 1 minit, aku tanya dia pasal exam tempoh hari,
"Ada gagal ka, Syifaa?"
"Hmm xda. Kitak?"
"Aaaa ada."
"Apa yg gagal?"
"Addmath"
"Ohh, saya tuisyen addmath. Awak tu mintak la tuisyen."
"...."

Perbualan kami berakhir di situ.
Lantas aku bermonolog sebentar,
"Bila laaaa aku nak lulus addmath?"


"Weh, dhani. Kau nak main ke tak nih?"
"Yelah2. Kejap gi"

Sunday, August 31, 2014

Hijrah

Burung berkicauan menyanyikan lagu riang.
Cahaya mentari terang benderang dari luar tingkap.
Ehhhh. Kejap.
Buka mata buka telinga bangun dari tidur yang lena.
ALAMAAAAAAAAAAKK! 
Terbabas lagi  Subuh.


Nampak gayanya kena cepat-cepat berhijrah.
Hijrah daripada kelalaian menunaikan solat pada akhir waktu.

Sebut pasal HIJRAH.
Ma ma'na HIJRAH?
Hijrah bermaksud perpindahan. 
Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 
Ok harini kita cakap pasal hijrah diri.
Selalunya penghijrahan ni berlaku apabila sesorang tu mengalami peristiwa yang menyedihkan. Pahit. Tawar. 
Mungkin  kerana pahitnya sesuatu kenangan. Atau mungkin juga kerana manisnya kenangan.

Contohnya tadi macam kita  laaaa. Kenangan pahit menunaikan solat di akhir waktu. 
Kita ni memang sangat-sangat perlu untuk berhijrah.
Tapi. 
Kata orang, kata oranglahkannn istiqamah dalam sesebuah penghijrahan itu yang sukar.

Sukar sekiranya  penghijrahan tidak disertai dengan kekuatan iman dan keyakinan diri.
Dan diri kita juga perlu benar-benar qawiy. 
Tawakal kepada Allah itu yang penting (Y)

Terharu apabila membaca di laman-laman sosial dan blog. Ramai yang nak berhijrah.  
Alhamdulillah, kerana Dia telah menyentuh hati-hati kalian untuk kembali ke jalan yang Dia redhai. Teruskanlah niat baik itu, jangan biar hanya separuh jalan. 
Sekali ALLAH sentuh hati kalian untuk berubah , pegang dan peluklah ia dengan erat. Kerana tidak semua bernasib baik mendapat hidayah dariNYA . Bersyukurlah.
Sahabat-sahabat sekalian, mintalah dengan Allah sentiasa dalam setiap sujud dan doamu agar ditetapkan hatimu dijalan yang Dia redha. Hakikat sebuah perjalanan menuju redha Ar-Rafiqul A'la itu sukar sangat-sangat dan pahit kerana apa? Kerana pengakhirannya sudah pasti indah.
Apa-apa sahaja perkara yang baik, pastikan ada halangan dan cabarannya. 
Kerana di situ Dia dapat menguji kekuatan iman dan kesungguhan kita dalam merebut redha-Nya. 

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya. 
Allah cukup tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya.


Jadi tanya sama hati mengapa harus kita mengalah dalam perjalanan milik kita sendiri menuju redha-Nya?
Yakinlah. Kita qawiy. 

Amboi sedapnya bau nasi goreng kakak. 
Pi makan dulu naaaaaa.




Monday, July 28, 2014

Suji Salju

Burung berkicauan,
Matahari sedia terang,
Menyinar dari luar penjan,
Membuat ku bangun...eh?
Aaaaaaaaaaa solat subuh!!

Okay.
Ketandusan idea nak tulis apa. Tapi..
Rasa nak tulis sesuatu..
Hmm..

*bunyi alert Whatsapp*
"Selamat Hari Raya dani. Boh sedeh2"
Aku senyum seorang.
Walaupun agak ringkas pesanan, tapi bermakna.
Teringat aku dengan peristiwa sebelum 'ammul hazan ni...

Malam raya mesti kecoh, nak pasang itu ini, lap itu ini.
Sampai aku boleh merajuk dengan arwah..masa tu 13 tahun kot..lupa
Vacuum bilik, kemas bilik, menjadi amalan annual kami buat persediaan saat2 akhir
Last-last tido pukol 2-3 pagi. Semua dah settle.
Sebelum tido tu, jamah Maggi dulu..
Diselitkan senda gurau.

Aku rindu arwah.
Antum dapat bayang tak antum bangun pagi raya..
Antum tak dengar suara ibu antum.
Dapat bayang tak? Cer imagine..
Kita nak happy ni, kita nak pi ziarah saudara mara ni,
Tanpa ibu di sisi.
Begitulah apa yang aku rasa sekarang.
Takbir raya aku laungkan lepas solat Subuh..
Segala perasaan bercampur aduk ibarat rojak
Gembira dan sedih..
Tapi banyak ke sedihnya.

"Dhani raya tanpa kitak,mak.."
"Camne dhani nak happy sekda ktk mak?"
"Apa erti raya dhani mun ktk sekda.."

Sunday, July 27, 2014

Putih Kertas

Azan Maghrib berkumandang,
Menjadi penanda satu yang akan datang,
Yaumul Farah menjadi gelaran,
Bulan Syawal dah bertandang?
Aiwah...
Kenapa cepat sangat eh masa berlalu?
Aku tak puas dengan Ramadhan tahun ni..
Tak berasa langsung pemergiannya.

*Bunyi mercun dan bunga api*
Tu dia dah mai dah bunga api naa..
Aku tengah tunggu azan Isyak.
Baju kurta aku capai.
Kopiah aku pakai.
Cahaya laptop masih terang.
Tangan tak lepas handphone dan makanan.
Aku pun merangka satu perenggan, berupa pertanyaan pada diriku..

"Apakah aku layak dapat kemenangan ini? Aku sedar yang aku dah berpuasa 29 hari. Tarawih 29 hari. Tadarus 29 hari. Tapi, bagaimana kalau MASIH tiada perubahan dalam diriku? Bagaimana kalau aku tak istiqamah? Kalau aku meninggalkan Ramadhan tanpa perubahan, aku tidak dapat apa-apa selain berlapar semata-mata."

Tiba-tiba, namaku dipanggil ayah.

"Dhani, ni duit untuk bayar zakat. Tolong wakilkan makcik kau"
"Dhani, tok duit pake bayar zakat. Tolong bayar sekali pake usu ktk"

"Okay",jawabku.
Tak lama kemudian, azan Isyak pun berkumandang.
Cepat-cepat capai cincin dan selipar.
Ke surau destinasi.
Lebih afdhal aku berjalan kaki.
Sambil melihat kanak-kanak senyum riang senang hati.
Al maklumlah, main mercun dan bunga api~

Aku sampai ke destinasi.
Aku duduk menunggu Iqamah.
Sat..
Aku bermonolog..

"Nanti kalau takbir jangan nangis okay. Kau kena tabah"
"Kelak mun takbir kaktok boh nangis ndah. Kau kenak kuat!!"

Iqamah pun dilaungkan.
Saf dirapatkan. 
Solat didirikan. 
Surah dibacakan. 
Lantai kami sujudkan.
Salam kami berikan.

Imam pun menoleh ke belakang, tanya konfem ke raya.
Makmum belakangnya pun angguk ringkas, tanda setuju.
Takbir pun digema.
"Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.."
Imam pada asalnya selamba dan santai, sampai ke bait kedua, dia pun sebak.
Aku?
Aku?? 
Aku???
Bendalir mata aku ingin melihat dunia. Tapi aku masih dapat tahan.
Aku rindu permata yang telah hilang.
Kudengar makmum belakang..ada yang teresak membaca takbir.
Aku bermonolog lagi..

"Mungkin ada ahli keluarga mereka dah tiada.."

"Mungkin aku tak keseorangan.."

"Mungkin.."

Saturday, July 26, 2014

Tarawih Terakhir

Balik dari Batu Kawa,Kuching Sarawak.
Iftar bersama keluarga ibu kepada arwah mak.
Nasi briyani menjadi sajian.
Oren dan sirap menjadi minuman.
Kurma tidak kami lupakan.

Waktu iftar tu, kami cakaplah pasal persiapan Raya.
Aku tak banyak cakap, sbb aku laki.
Laki?
Ye, laki.
Kakak aku yg banyak cakap. Ayah aku mengiyakan sahaja.
Gelak ketawa, gurau senda, takkan hilang.
Kalau aku mencelah, ada ja yang kakak aku bidas nk suroh aku diam.
Okay, dah selalu dah.
Tak kecik ati pun.
Lepas iftar tu, aku pun solat bersama ayah di bilik.

Selesai solat, kami nak pi balik ke Taman Puteri,Kuching Sarawak.
Nak solat isyak + tarawih.
Ayah aku cakap nak stay up di Masjid Gita.
Aku pun tanya. "Kakak?" 
"Kakak keluar. Nak beli barang sikit" ujar kakakku, mencelah.
Aku pun senyum la sikit, sorang2 kat umah kan.
Tapi, sewaktu nak balik tu, aku bercakap sat dengan nenek sebelah arwah mak.

*transkrip ini diterjemah ke Bahasa Semenanjung in case korang tak faham B)*
Nenek : Dah kemas ke rumah korang? 
Aku     : Lom. Dulu masa mak ada, gerenti kena leter awal2 pagi sebab tak kemas rumah
Nenek : Yalah, nilah tahun paling nenek sedih. Selalunya ada ja yang kol nenek tanya apa masak, kuih dan biskut dah sedia ke belom. 

Aku     : Yalah, dhani pun sedih gak. Gerenti rasa lain nanti pagi raya. Tiada riuh macam dulu

*versi Sarawak*
Nenek : Dah kemas rumah ktkorg tek?
Aku     : Belom nek. Dolok time mak ada, kompom kenak ngerepak pagi2 sebab rumah gk ngarey. Lua x bersapu bervacuum. Tv meja lom berelap. Baju lom betereka.
Nenek : Yalah ni. Nenek paling sedeh la tahun tok sik dengar suara mak ktk time malam2 nak raya kdktok. Salu ada jak nya tanyak apa masak, kuih ngn biskut dah ada semua ka lom.
Aku     : Yalah, dhani pun sedih juak kekadang ngenang mak dh sekda. Kompom lain rasa pagi raya ya kelak. Xda bisin2 kamboh2.

Aku rindu.
Serius, aku rindu. 
Walaupun ternyata aku tak selesa ditegur dan mendengar leteran arwah.
Tapi, aku rindu saat tu.
Kini, tiada lagi leteran, senda gurau, senyumannya.
Pesanan kepada pembaca.
Jagalah ibu dan ayah anda sebenar-benarnya.
Mana tahu, ini Ramadhan dan Syawal terakhir anda bersama mereka?
Ciumlah tangan dan pipi mereka yang berkedut itu selagi termampu.
Jaga hati mereka.
Jaga hati mereka.
Jaga hati mereka.

Eh? Kakak dah datang.

Friday, July 25, 2014

Andai Ini Ramadhan Terakhirku

10.15 p.m, 25 Julai 2014.
Jam tangan di tangan kulihat.
Aku cepat-cepat cari kalendar.
Oh.
Rupanya dah 28 Ramadhan.

Tak sangka kan,
Cepat sungguh masa dan waktu berlalu.
Hingga tak terasa dah nak sebulan menahan,
Segala godaan sahabat Syaitan (nafsu).
Lepas ni dah nak Raya.
Tak lengkap malam-malam nak Raya tanpa bunyi mercun,
Bunga apa apatah lagi.
Takpa kot, budak-budak.
Biarlah, dah besar nanti tahulah achaner.

Aku ambik kopi ais kat dalam peti sejuk.
*bunyi bukak tin* *minum seteguk*
Alhamdulillah. Okay sambung.

Lantas ku bermonolog.
"Bagaimana kalau ditakdirkan ini Ramadhan aku yang terakhir?"
Soalan yang tiada jawapan.
Cepu emas dan jarang disoal oleh hati ke minda.
Setelah aku fikir masak-masak dan goreng-goreng,
Aku rangka sebait perenggan untuk dijadikan jawapan.

"Andai ini Ramadhanku yang terakhir, aku nak pastikan aku takkan tinggal baca Quran. Aku tak peduli kalau aku sibuk mana pun dengan kerja dan perkara duniawi, aku akan berusaha takkan tinggal. Al Quran itu cahaya, dan hati aku akan semakin gelap jika tiada cahaya. Keduanya, aku nak pastikan aku tak tinggal perkara wajib dan berusaha untuk lebihkan amalan sunat. Sunnah Nabi takkan aku tinggalkan. Amar makruf nahi mungkar tetap aku akan buat, walaupun aku dicemuh oleh kawan aku sendiri. Akhir sekali, aku nak pastikan ayah aku gembira dengan perubahan aku. Aku pun perasan ayah aku semakin hari semakin sibuk. Takpa, asalkan dia selalu bangun malam. Aku pun kekadang malu dengan tindakan ayah, tapi insyaAllah aku akan cuba ikut rentak dan irama Ayah. Kalau boleh aku tak nak Ramadhan 1435 jadi Ramadhan aku yang terakhir. Aku tak puas."

Hawa air-cond menerpa di pipiku.
Seakan-akan dekat sungguh dengan diriku.
Apa aku merepek ini?
Okay.
Aku harap monolog dalam aku tak sia-sia.
Jangan contohi aku, kalau boleh.
Aku maseh mentah dalam bab-bab cenggini.
So,itu saja yang dapat aku coretkan.
Semoga kita manfaatkan 2 Ramadhan yang berbaki dan Allah anugerahkan untuk kita ni.
Jangan banyak sangat buang masa.
Wallahualam bissawab. Assalamualaikum.

Buku Baru.

Bismillah.
Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup.
Tak semua dapat peluang macam kita,kan? :)
Apa pun, ni blog baru saya. Catatan hidup, saya anggap.
Apa-apa yang berkenaan hidup manusia.
Apa-apa nasihat yang sepatutnya diambil iktibar,
Apa-apa tazkirah yang khasnya untuk hati dan jasad ini,
Semua akan terkandung di dalam blog ni.

Buat pengetahuan semua,
Saya suka menegur hati sendiri.
Kenapa?
Kerana aku manusia.
Kenapa aku tulis blog ni?
Antum juga manusia seperti aku. Punya khilaf dan salah.
Kita tidak sempurna,benar.
Tapi, kita kena jadi baik.
Kerana?
Islam. Kita muslimin. Ana muslim. Enta muslim. Enti muslimah.
Maksud Islam itu sendiri dah menggambarkan kenapa dan limaza.

Misi dan visi?
Menjadikan diri insan yang cemerlang di mata Allah.
Tapi, aku nk 'something'.
Aku nak semua orang sekeliling aku ada misi dan visi yang serupa.
Bukan apa, aku teringat kata-kata Hassan Al Banna,
"Perbaiki diri kamu dan orang selain kamu"

Akhir kata,
Semoga Ramadhan kali ini mengajar diri akan kesusahan orang lain.
Doakan saudara kita di Gaza.
Kita mujahidin angkat tangan berdoa.
Tak perlu angkat senjata.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.