Friday, July 17, 2015

Yaumul Farah

Allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..
Lailahaillahu wallahu akbar, Allahuakbar walillahilhamd..

17 Julai 2015 dah tiba!
First expression  untuk kanak-kanak..

"Abang2, dah raya kan? Yeay duit raya!"

Aku hanya mengangguk.

Alhamdulillah wa astaghfirullah..
Syukur dan keampunan dirafa'kan kerana kita sama2 'menang' dan sampai ke bulan Syawal.
Bagi pakcik makcik, aktiviti yang paling common malam Raya ni, macam biasalah..
Mengecatnya..
Memasang langsirnya..
Memasak rendangnya,
Membakar lemangnya..
Mengacau dodolnya..
Mengacau anak dara orangnya. Eheh.

Untuk pengetahuan umum, tahun ni adalah tahun yang kedua untuk saya beraya tanpa ibu di sisi.
Percayalah, suasananya lebih kurang seperti tahun lepas, suram dan hambar.
Kerana tak lengkap malam Raya jika takda leteran, nasihat, dan perbualan sinis daripada ibu terchenta.
Tahun lepas, aku mengalami satu penyakit yakni, HRTI (Hari Raya Tanpa Ibu)
Dan, tahun ni pun aku mengalaminya..tapi tak seteruk tahun lepas.
Tahun ni, aku belajar banyak. Berdikari, khususnya.
(biarpun kakak aku selalu berleter sebab aku suka buat sepah kat ruang tamu, eheh)

Beraya tanpa ibu di sisi, bagi sesetengah individu agak pahit untuk dirasai, umpama gigit ubat Panadol lepastu kunyah dan telan. Eh.
Tapi, kena ingat, setiap musibah dan kejadian Allah turunkan kepada kita, pastinya ada hikmah.
Jadi, aku tetap boleh senyum dan ketawa, kerana Hari Raya adalah satu perayaan kemenangan dan kegembiraan.
Usahlah suasana kegembiraan itu disambut dengan tangisan yang istiqamah.
Baik istiqamah baca Quran dan menangis, eh.

Tahun ni, macam biasa, aku beraya hanya dengan keluarga. No crush, no couple bagai.
Kepada pakcik makcik yang selalu bertanya tentang status saya, harapnya berhentilah daripada berbuat demikian.
Saya takut jawapan yang akan saya lontarkan ke muka pakcik makcik menyakitkan hati pulak (eh kasarnya XD)
Takdelah, rimas kot ditanya kenapa takda pasangan lagi. Tiap-tiap tahun.

"Eh Dhani, dulu muda, sekarang dah tua dah. 17 dah nak SPM"

"Ha'ah lah makcik. Eh makcik, dulu muda, sekarang dah tua dah. 50 plus kan?"

Lepas tu kena baling selipar.

Memandangkan ni malam 1 Syawal, alangkah baiknya saya memberi 5 pesanan kepada diri saya sendiri dan sidang pembaca blog saya yang setia dan saya sayangi muah muah sekalian..

1. Kekalkan konsistensi ibadah yang kita buat dalam bulan Ramadhan. Jangan tinggal kenangan, jauh kau pergi meninggalkan diriku, di sini aku merindukan dirimu ooo.

2. Amalkan sunnah Nabi. Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Buat mana yang mampu. Sifat sunnah itu universal.

3. Jangan tinggalkan Al Quran. Masa Ramadhan bukan main tadarus bagai, masa Raya tinggal terus. Adoyai, nak syafaat Al Quran, tapi Al Quran tak dibaca. Hok aloh, guane tu?

4. Jaga batas pergaulan dan syariat ketika bertemu sanak saudara. Jangan pi bantai bersalam laki perempuan. Dunia dah canggih dan moden serta berilmu, jangan pura-pura jahil pula.

5. Elakkan penyakit main smartphone ketika bergaul dengan tetamu. Kalau boleh, biar mobile data tu tutup sentiasa ketika berziarah. Kat rumah, gunalah smartphone tu sebaik mungkin. WiFi kan ada :3 (tetiba)

Itu sahaja untuk entry kali ni. Syukran jazilan wa jazakallahu khairan kepada sesiapa yang mengikuti perjalanan blog ni. Semoga Allah beri kepada anda dan saya hidayah dan rahmatNya, ameen!

Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir dan batin. Taqabalallahu minni wa minkum. Kullu 'am wa antum bilkheir! ^^

No comments:

Post a Comment