Monday, February 22, 2016

Ke Mana Perginya Kasih (Bahagian 4)

Hujan turun renyai-renyai pada malam itu. Kawasan perumahan yang didiami Ain selama 7 tahun itu basah dengan rahmat Ilahi. Ain tidak menyangka malamnya itu diganggu oleh berita yang dibawa oleh Mughirah kepadanya.

"Wei, awak pasti ke ni? Dia silap orang kot." kata Ain, ingin memastikan apa yang dikatakan oleh Mughirah.

"Ye, saya boleh gerenti benda ni sahih dan rajih. Waaa untung laaa Ain." balas Mughirah sambil letak emoji senyum sinis mulut ke tepi.

Perasaan Ain di dalam hati seperti rojak. Gembira, sedih, terkejut, malu, tercampur semuanya. Ingin sahaja jauh nun di hatinya itu menutup aplikasi Whatsappnya itu dan terus tidur, tanpa membalas apa-apa. Tapi, hatinya itu tetap juga cenderung untuk memberi respons.

"Aaaa esok kita bincang lagi ye Mugh. Ain mengantuk ni. Isok syif mula pukul 9 pulak tu. Haaa nanti kang tak pergi kerjalah Ain besok pagi. Hehe" 

Mesej Ain hanya dilihat [baca : bluetick/seen]. Ain tidak perasan kerana semasa Ain melihat mesej itu, dia sudah sedia berdengkur. Al maklumlah penat bekerja seharian. Selalunya Ain tidur lewat sedikit untuk update post dalam blognya. Tapi, malam ini kepalanya terasa pening sedikit jadi dia bercadang untuk berehat.

"Kenapalah Abg Fizi suka pulak dengan Ain? Apa kurangnya aku? Aku tak secantik Ainkah?" 

Monolog ini dirakam dalam hati Mughirah ketika duduk di hadapan tingkap bersaiz besar biliknya sambil memandang keindahan malam yang berhujan. Hatinya seolah-olah tidak tenang. Berkali-kali dia membaca konversasinya dengan Fizi kelmarin. Dia seakan tidak percaya dengan perkara itu.

Namun, jauh dalam sudut hatinya, dia ingin melupakan perkara itu. Namun, perasaan sukanya terhadap Fizi menghalangnya berbuat demikian. Perasaan ini Mughirah tidak ceritakan kepada sesiapa pun, termasuklah Ain, yakni kawan rapatnya.

**********************************************************************************************

Setelah kejadian itu, hubungan Ain dan Mughirah sedikit renggang. Hal ini kerana setiap kali Ain ingin berbicara dengan Mughirah, dia seolah-olah bercakap dengan tiang. Mughirah tidak memberi satu respon pun dengan apa yang dikata oleh Ain. Hatta ingin bergurau pun, Mughirah tetap berdiam diri dan terus membuat kerjanya, tidak seperti hari-hari sebelum ini.

"Eh, peliklah. Kenapa dengan Mughirah ni? Aku ada salah cakap ke?" soalan klise yang ditanyakan kepada diri Ain sendiri. Dia hanya menggeleng kepalanya apabila Mughirah hanya menjeling dan tidak mempedulikannya.

bip! bip!

Bunyi hon kereta Proton yang sedikit rendah amplitudnya itu datang dari hadapan restoran. Ya, jangkaan Mughirah amat tepat. Fizi datang seperti biasa, namun sedikit lewat hari ini kerana ada urusan kekeluargaan di rumah. Fizi membuka but keretanya dan membawa sejambak bunga ros.

"Eh, lewat jugak Abg Fizi hari ni. Dah tu dia bawak bunga pulak? Nak jadikan hiasan restoran ke?"  

Sungguh banyak persoalan yang timbul di lubuk hatinya. Sampaikan dia menumpahkan air yang dituangnya, dek kerana melihat ketibaan lelaki idamanya itu. Badan Abg Fizi yang sasa dan mukanya yang tampan itu menjadi tatapannya hampir setiap hari. Lalu, pandangannya teralih seketika di dapur.

"Nah, saya bawak bunga untuk awak. Haha bukan apa, nak kasi berseri lagi hati awak tu." kata Fizi sambil menghulurkan jambakan bunga itu kepada Ain. Ain terkejut dan sepi tanpa kata. Hanya sekuntum senyuman menjadi balasan sambil mencapai bunga itu dari tangan Fizi.

Jiwa Mughirah panas seperti air kopi yang dituangnya tadi. Entah mengapa dia berasa begitu. Fizi bukanlah suaminya yang sah. Namun, reaksinya seolah-olah Fizi itu suaminya. Mata dan hatinya cuba menahan marahnya, namun pecah jua empangan air matanya. Pedih rasanya.

Mughirah menyimpan perasaan ini sudah sekian lama. Pun begitu, dia tidak berani untuk melafazkan rasa cintanya kepada Fizi kerana dia tahu dia akan menerima rejeksi daripada Fizi. Dahlah mukanya penoh dengan jerawat, badan gemuk pulak. Manalah lelaki nak suka. Lainlah Ain. Pipi putih kemerah-merahan, kurus dan manis senyumannya.

******************************************************************************************

Malam itu, Mughirah menangis sendiri mengenangkan hidupnya. Sungguh, dia rindu dia yang dahulu. Dia yang tidak langsung mempedulikan lelaki. Namun, hadirnya Fizi dalam hidupnya telah mengubah segalanya. Whatsappnya yang dahulunya penuh dengan group chat berunsur tarbiah, kini sudah tidak dibukanya lagi. Kini, dia hanya suka berbual dengan Fizi, lelaki yang disukainya, walaupun dia tahu Fizi tidak mempunyai rasa yang sama. Ibadatnya tidak tentu. Hatinya tidak keruan.

bip! bip!

Notifikasi smartphone Mughirah muncul di skrin kunci. Ain. Ain Humaira.

"Mughirah, sungguh Ain rindu Mughirah yang dahulu."

-BERSAMBUNG- 
  
 

 

Tuesday, February 16, 2016

Ke Mana Perginya Kasih (Bahagian 3)

"Assalamualaikum Mughirah. Abg Fizi ni. Busy tak? Abang nak cakap sikit."

Setelah membaca mesej itu, Mughirah melepaskan novel "Cinta Ilahi" dari tangannya dan terus menghempas diri ke katil. Mughirah membetulkan posisi bantalnya sebelum menjawab Whatsapp Fizi.

"Waalaikumussalam. Taklah busy sangat ni. Tengah baca novel. Apa dia, Abg Fizi? Ada apa-apa yang pentingkah?"

"Takdalah, Mughirah. Abang ni ada satu permintaan. Dah lama dah pendam ni. Rasanya baru sekarang abang berani nak luahkan."

Mughirah membetulkan posisi badannya lalu menjawab.

"Oh, silakan Abg Fizi. Laaaa Mugh jadi listener Abg la ni? Haha."

"Macam ni. Setelah Mughirah dan Ain bekerja dah nak 4 bulan di Restoran 3S, perasan tak Abg selalu jenguk korang? Sebenarnya dahulu Abg ni malas nak jenguk setiap minggu, tapi sekarang rajin semacam. Entah macam ada something wrong."

"Wah wah. Apa agaknya sebabnya ya? Sebab nak tengok Mughirah kot. HAHA gurau. Ke nak tengok Ain selalu ni?" balas Mughirah dengan emotikon muka sinis dan emotikon senyum sambil menangis.

"Err..err..." balas Fizi.

Abg Fizi is typing...

Mughirah menanti dengan penuh perhatian.


***********************************************************************************************

Ain menjalani hari-hari biasanya di Restoran 3S. Namun, suatu hari itu Ain takkan pernah lupakan. Mughirah berkelakuan pelik sepanjang mereka bekerja. Mughirah kini semakin cepat marah dan terasa dengan gurauan Ain yang kekadang go overboard. Ain pun naik hairan. Setahu Ain, Mughirah merupakan seorang kawannya yang tak ambik kisah dengan gurauan sebegitu rupa.

"Mugh, tolong kemaskan meja A2 tu. Ain nak pergi buang sampah kejap."

"Ish Ain ni, awak kemaslah. Malas la saya,"

"Laaaa anak dara ni, takleh malas la. Kalau ada suami nanti, mahu nya keluar terus dari rumah sebab isteri dia malas. Hahaha" gurau Ain sambil memegang plastik sampah.

"Weh, awak kenapa Ain? Sengaja eh nak cari pasal!" kata Mugh sambil menghempas meja di hadapannya.

Ain pada masa itu terkejut + hairan.

"Selalunya Mugh ok je dengan gurauan aku." bisik Ain dalam hati.

Terdengar bunyi hon kereta Proton Perdana putih milik Fizi. Dia memberhentikan keretanya di sudut restoran dan meletakkan keretanya dengan sempurna. Sebaik sahaja Fizi keluar dari keretanya, Mugh meninggalkan kaunter yang dijaganya. Mugh tahu kenapa Fizi selalu datang ke restorannya itu. Ya, untuk berjumpa dengan Ain.

Fizi sengaja menyibukkan dirinya di dapur. Niatnya hanyalah untuk bersama Ain dan bergurau senda dengannya. Mugh hanya mampu melihat dari pintu yang memisahkan kaunter pembayaran dan dapur restoran itu. Apabila keduanya terlihat Mugh, Mugh berpura-pura tidak nampak mereka dan meneruskan kerjanya di kaunter.

Hari itu pun berlalu pantas, hingga tidak terasa mereka hari sudah pun gelap dan malam. Restoran 3S itu tutup awal pada hujung minggu.

**********************************************************************************************

Setelah Ain selesai menunaikan solat Isyak, dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan meja belajarnya. Dia seakan tidak percaya dengan perubahan sikap yang drastik Mughirah siang tadi. Ingin sahaja dia bertanyakan Mugh kenapa pada masa itu, namun Ain tidak memburukkan lagi keadaannya. Dia hanya bersangka baik dan bertindak secara optimistik. Yalah, dialah kawannya yang pertama sejak Tingkatan 1. Dia jugalah yang selalu membantu Ain menyesalkan masalah Ain dengan bekas kekasihnya, Shauqi.

Namun, jauh di lubuk hati Ain, ada juga niat untuk berWhatsapp dengan Mughirah untuk bertanyakan tentang hal itu. Ain mengeluarkan telefonnya dan menekan aplikasi Whatsapp Messenger.

"Assalamualaikum, Mughirah. Ain nak mintak maaf kalau selama ni Ain banyak buat salah kat Mugh. Ain tahu kekadang gurauan Ain kekadang melebih-lebih tapi Ain benar-benar mintak maaf, Mugh."

Blueticks.

"Mugh, jawablah mesej ni. Jangan seen je. Kecik hati Ain tau."

 Blueticks.

"Mughhhh Ain buat apa sampai Mugh seen je dari tadi? Ain ada salah cakap ke?"

Mughirah is typing.. 

"Waalaikumussalam, Ain. Ya, Mugh maafkan. Mugh pun nak mintak maaf sebab berkasar tadi. Mugh macam tak dapat kawal perasaan siang tadi. Macam ada sesuatu di kepala ni yang membuatkan Mugh marah sangat. Mugh seakan tak percaya apa yang dikatakan oleh Abg Fizi malam kelmarin"

"Eh, Abg Fizi cakap apa kat Mugh?"

"Selama ini, Abg Fizi sukakan Ain"


-BERSAMBUNG-

Friday, February 12, 2016

Ke Mana Perginya Kasih (Bahagian 2)

Mughirah turun dari keretanya. Kain bajunya tersekat di tepi pintu. Nasib baik Mughirah tidak menarik dengan kuat kain bajunya. Dibukanya pintu pemandu dengan cermat dan keluarkan sebahagian kain bajunya yang tersekat tadi. Mughirah sedar bahawa dia sudah terlewat.

"Aduh, mesti Ain marah dengan aku lepas ni!" monolog Mughirah dalam hati, resah.

Mughirah mencari kedai 3S [baca: Selera Sekampung Sidi], yakni tempat dia dan Ain akan bekerja untuk beberapa bulan.

Setelah 8 minit mencari, akhirnya Mughirah sampai ke destinasinya. Dia melihat kelibat Ain berbaju ungu bertudung hitam. Lalu dia menyapa Ain dengan menyentuh bahu kanan Ain.

"Ain," sergah Mughirah secara tiba-tiba.

"Eh astaghfirullah. Awak ni Mughirah. Tekejut kot saya dibuatnya." kata Ain setelah tekejut bahunya disentuh. Mereka berdua ketawa kecil.

"Oh, nilah kawan yang Ain cakap tadi kan? Selamat berkhidmat ya kamu dua. Saya, Aiman Hafizi, pengurus restoran ni. Saya harap kamu berdua boleh memberi nafas baru kepada restoran ni seterusnya menjadi pekerja yang terbaik saya pernah ada. Hehe" ulas Fizi [baca : Fizi nama manja]

"InsyaAllah bang" kata Mughirah dan Ain serentak. Mereka ketawa kecil sekali lagi.

Hari itu, Ain dan Mughirah meluangkan banyak masa di restoran 3S bagi mengetahui selok belok kerja, bidang kerja dan tugas setiap seorang daripada mereka. Restoran 3S mempunyai 5 orang pekerja pada asalnya. Namun 2 orang daripadanya diberhentikan kerja kerana pecah amanah membongkarkan resipi rahsia restoran 3S tempoh hari. Buat pengetahuan semua, restoran ini ditubuhkan oleh keluarga Aiman Hafizi sendiri. Malah, kebanyakan hidangan dalam menunya terdiri daripada resipi turun temurun keluarga Fizi. 

***************************************************************************************************

2 minggu kemudian..

Ain menjalani rutin hariannya seperti biasa. Setelah solat Subuh, Ain akan menghafaz hafalannya minggu lepas. Selepas itu, dia ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri kerana dia mesti berada di Restoran 3S itu tepat pada pukul 8 pagi. Kadang-kadang ibunya menyediakan sarapan untuknya, namun Ain lebih suka menyediakannya sendiri. Katanya taknak menyusahkan ibu. Sementara menunggu ayahnya bersiap ke tempat kerja, Ain menguruskan dirinya juga.

"Haa Ain, dah bersiap? Jom." tanya Ayah.

"Dah yah. Wah hensem ayah hari ini. Ada meeting dengan client dari mana lepas ni?" Ain tanya berseloroh.

"Ain ni. Ain kan tahu ayah Ain ni memang hensem dari dulu. Kalau tak, mana lah mak kamu tu suka kat ayah." jawab Ayah selamba dengan senyuman.

Mak Ain melibas kain lap ke lengan Ayah tanda bergurau. Mereka bergelak kecil. Ain bersalaman dengan ibunya lalu masuk ke dalam kereta besama ayahnya.

Semasa dalam perjalanan menghantar Ain ke tempat kerjanya, Ayah bertanya beberapa soalan. Ayah suka berbual dengan penumpang sebelahnya semasa memandu bagi memastikan dia tidak bosan dan mengantuk.

"Ain, ayah tengok Ain semakin hari semakin banyak tersenyum. Ada apa-apa yang Ain nak bagitahu Ayah ke?" tanya Ayah, tiba-tiba.

Ain yang sedang leka dengan iPhonenya itu menjawab soalan ayahnya.

"Haa takdalah yah. Cumanya Ain sekarang Ain rasa puas sebab dapat peluang untuk merasa bekerja di dunia luar rumah. Yalah, first experience kan. Hehe" 

"Ain, kalau Ain tak kesah la dengan soalan Ayah ni, dah ada ke pengganti Shauqi dalam hati kamu tu? Ayah cuma nak tahu. Kamu tu dah 18 dah. Pejam celik dah bertunang dah kahwin kan. Hahaha" tanya Ayah lagi. Ketawa kecilnya itu mengganggu konsentrasi pemanduannya. Nasib baik dia dapat elak lubang besar di tengah jalan tadi.

"Aaaa no comment  la Ayah. Sebab Shauqi tu orang lelaki pertama yang membuat Ain jatuh cinta. Dan lelaki pertama yang mengecewakan Ain big time. Jadi Ain rasa buat masa sekarang Ain belom bersedia untuk menerima seorang lelaki. Ain takut yah, Ain takut perkara yang sama berulang lagi" jawab Ain dengan muka penuh kerisauan.

"Takpa, Ain. Masa masih panjang. Ain kena tabah dan fokus kepada apa yang Ain nak dalam hidup ini." nasihat Ayah ringkas.

Mereka pun berbual sampai mereka tiba di Restoran 3S. Ain bersalam dengan ayahnya sambil menghulurkan tangan untuk menerima duit poket.

"Jimat-jimat la sikit, Ain. Nanti tak cukup pulak untuk beli hadiah mak kamu minggu depan. Haha." Ayah memberi peringatan.

"Ya Allah, macam mana la Ain boleh lupa! Haha terima kasih yah sebab ingatkan. InsyaAllah." jawab Ain sambil menyimpan wang berwarna merah ke dalam sakunya.

*************************************************************************************************

Sejak Ain dan Mughirah berkhidmat di 3S, Fizi sering melawat restoran yang diurusnya itu. Entah apakah sebabnya. Hal ini kerana, dulu sebelum mereka berdua bekerja di situ, Fizi amat jarang datang ke 3S, seperti apa yang Luqman, pekerja tetap restoran itu katakan kepada Ain. Ain dan Mughirah adalah dua orang yang suka bersangka baik. Jadi, mereka tidak mempunyai masalah kerana ia menjadi sesuatu yang baik pengurus sendiri rajin turun datang dan membantu restoran yang diurusnya.

"Haa Ain dan Mughirah, sebelum saya balik ni, saya nak mintak nombor telefon korang berdua boleh? Boleh lah saya berhubung kalau ada apa-apa hal yang mustahak." kata Fizi sambil mengeluarkan telefon Nokia Lumianya.

"Ahh boleh jugak." jawab mereka berdua.

Lalu setelah mereka selesai berkongsi nombor telefon, Ain dan Mughirah menyambung kerja mereka.

*************************************************************************************************

Malam itu, semasa Mughirah sedang asyik membaca novel, telefonnya mengeluarkan satu notifikasi Whatsapp. Mughirah begitu malas untuk angkat daripada tempat duduknya, lalu dia sekadar menjenguk telefonnya yang berada di atas katil. Dia membaca nama yang terpapar di skrin kunci.


Abg Fizi



-BERSAMBUNG-


Wednesday, February 10, 2016

Ke Mana Perginya Kasih (Bahagian 1)

2016.

Tahun yang baru bagi Ain. Setelah sekian lama berkecimpung dengan cinta ajnabi yang bernama Shauq, kini Ain berasa lega kerana dirinya sudah tidak lagi lalai dengan cinta yang fana itu. Malah, kini Ain berubah 180 darjah. Dulunya susah untuk melihat Ain tidak bersama fon iPhonenya, kini tangannya sering memegang tafsir Al Hidayah dan mengulang hafazannya. Namun, hatinya. Hatinya belum kuat lagi...

********************************************************************************************************

"Ain dah buat keputusan? Lama dah musim SPM berlalu, namun Ain masih terperap kat rumah ni, tak buat apa-apa. Memanglah Ain buat kerja rumah semua bagai, tapi Ain taknak ke ambik pengalaman bekerja part-time di luar sana?" kata ayah sambil mengacau kopi arabika yang dibuat ibu.

Lama Ain memikirkan perkara ini. Baginya, hidup selepas SPM umpama medan perang berani mati. Di mana kita diletakkan, mujahadah nafsu itu akan tetap memburu kita. Kerana itulah, Ain lebih selesa meluangkan masanya di rumah. Yalahkan, insyaAllah sekiranya Ain mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM nanti, Ain akan melanjutkan pelajarannya di Timur Tengah.

Lamunan Ain terhenti apabila mesej dari Mughirah sampai ke fonnya.

"Takpalah, ayah. Nanti esok Ain buat keputusan. Ain nak bincang sesuatu dengan Mughirah ni. Ain naik bilik dulu ya" lantas Ain meninggalkan tempat duduk yang sekian panas itu.

MUGHIRAH : Assalam Ain, tengah buat apa? Sorrylah ganggu. Ni Mughirah nak khabarkan, ada satu vacancy kat Medan Jambatan Tsabit. Ada satu kedai makan kat sana. Gaji pun rasanya berbaloi. Hehe. Seminggu ada cuti 3 hari. Ok tak?

AIN : Wslm, Mugh. Oh yakah? Sounds great. Nanti saya khabarkan kat ayah. InsyaAllah ayah boleh hantar. Tak jauh pun MJT tu kan haaaa. 

Mereka berdua pun terus bermesej sampai lewat malam.



********************************************************************************************************

Pagi itu, setelah Ain bersiap untuk menjalani rutin sehariannya, Ain memberitahu ayah tentang cadangan Mughirah malam kelmarin. Ain melabuhkan punggungnya di atas kerusi dapur, menjamah makanan masakan ibu. Ayahnya juga berada di meja makan, sedang menghirup kopi arabika yang lazat dibancuh ibu.

"Ayah, setelah Ain berbincang dengan Mughirah kelmarin, kami bersepakat untuk bekerja part time di MJT. Boleh tak kalau ayah hantar Ain kat sana tengahhari ni? Ayah jugak yang nak anak ayah ni mengambil pengalaman kan kan kan?" pujuk Ain sambil membuat muka comel dengan mata berkelip-kelip. Ibu hanya tertawa kecil melihat gelagat anak sulungnya itu.

"Yelah boleh Ain. Ayah okay je, kalau setakat seberang jalan tu haaaa. Tapi Ain tak perlu la buat muka gitu. Ayah tahu anak ayah ni comel banget." jawab si ayah dengan ketawa terbahak-bahak sampai tumpah sedikit air kopi yang dipegangnya. Ibu pun melibas kain lap dapur ke tengkuk ayah tanda bergurau. Entah kenapa tetiba ibu berbuat begitu.

"Jadi, Ain berkemas dulu ya." kata Ain sambil menghabiskan roti sardin di tangannya.

********************************************************************************************************

Setibanya Ain di Selera Sekampung Sidi di MJT, Ain bersalaman dengan ayahnya dan terus mencari tempat duduk. Perjalanan ke MJT mengambil masa 15 minit kurang lebih. Mughirah pulak belum sampai kerana kesesakan lalu lintas. Ain asyik melihat fonnya takut2 ada mesej dari Mughirah kerana Mughirah lewat 20 minit seperti yang mereka janjikan. Mahu je Ain call, namun Mughirah sedang memandu jadi Ain membatalkan niatnya itu.

Dalam kegelisahan Ain, seorang pemuda datang ke arah Ain dan menyapa.

"Aaaaa Ain kan? Mughirah kenalkan awak kepada saya. Saya ni manager kedai ni. Awak kan yang nak ambik kerja part time kat sini? Haa masuk lah dulu. Panas kat luar ni" 

Ain terkejut kerana pemuda itu tetiba sahaja menerjahnya.

"Eh eh mamat ni. Tegur aku pun tak bersalam. Haishhhhh" bisik Ain dalam hati.

Ain hanya sempat mengangguk dan melihat tag nama pemuda itu. Aiman, Aiman Hafizi.                                           
Setelah berbual panjang dengan pengurus kedai makan itu, bahu Ain disentuh seseorang secara tiba-tiba.


-BERSAMBUNG-

Fikiran Tengah Malam (Midnight Thought)

"Rambut sama hitam, hati lain-lain. Well baju aku pun hitam"


Assalamualaikum,wahai pembaca blog Mathority.

Sebenarnya, masa aku bangun hari ini, tak ada niat pun nak menulis. Tapi apakan daya mata ni tak dapat nak tido, jadi aku bercadang untuk bangun dari katil dan bukak lappy semata-mata nak post something. Yarabbi, menyesal pulak tido 5 jam petang tadi >.<

Jadi, apa-apa yang aku cakap dalam post kali ini mungkin agak mengarut dan tak masuk akal. Jangan salahkan aku kalau korang tak dapat tido malam nanti. Hahaha acah je tak ah. Aku hanya meluahkan apa yang terbuku di hati ini, untuk ibrah aku sendiri dan anda. Perasaan aku masa ini memang seperti rojak, macam-macam ada. Enjoy! or nah :D

 ********************************************************************************************************

Aku menyesal.

"Eceh, tetiba menyesal pulak budak niiiii~"

Memang betul aku menyesal. Sebab tak beri 100 peratus dengan persekolahan aku dahulu. Apa yang aku maksudkan adalah dalam bahasa yang paling mudah untuk difahami sampaikan budak tadika boleh faham, aku tak ambil peluang belajar dengan bersungguh-sungguh. Sungguh aku menyesal dahulu aku sanggup buang masa aku dengan gajet dan seharian tak belajar. Sampaikan malam SPM pun aku boleh baring dan pegang fon. Ya Allah.

Sungguh, keluarga dan rakan-rakan memberi harapan yang tinggi padaku. Kata mereka, "kakakmu boleh, kenapa tidak engkau?" Maka aku pun berazam dan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Namun akhirnya aku keliru dan buntu, apakah aku berusaha ini untuk mengejar harapan orang lain padaku? Apa akan jadi sekiranya aku gagal?

Overthinking kills, everyone. 
 
Masalah hubungan dengan ajnabi pun satu.

Masa Tingkatan 4, berakhi berukhti pulak dengan seorang ajnabi ni. Biasalah, budak-budak sekolah suka bercinta, bukan? Aku boleh gerenti yang membaca ini pernah ada suka seseorang. Tapi, tahap aku ini kritikal, teramat kritikal. Sampaikan tak tentu belajar, tak tentu rutin harian. Asyik pegang fon. Paling teruknya, masa sebelum solat pun boleh lagi sms. Yarabbi. Apa nak jadi dengan aku ini?

But, as the saying goes, 'nothing last forever'

Semakin hari, kami rasa hubungan ini semakin bosan. Kenapa tidak, kalau dah setiap hari bertanyakan soalan yang sama. Sampai satu ketika kami bercadang untuk berhenti berhubung. Berhentinya aku berhubung dengan ajnabi itu, maka aku rasa fon aku sunyi. Kenapa tidak, kalau dahulu puluhan mesej boleh masok dalam masa sehari, kini seminggu pun susah ada notifikasi. Kalau ada pun dari Celcom. LOL celcom amat setia. (tetiba). Jadi, kmk tidak berhubung, sampai ke hari ini. Jadi, kepada pelajar2 sekolah yang tengah baca ni, jangan suka sangat ye. Nanti lama-lama boleh jadi benci. Wakakaka entah apa yang lawaknya.

Maafkan aku, ibu.
Kerana mungkin anakmu ini tidaklah sebaik yang ibu sanjung dahulu,
Yang ibu selalu bercerita dengan kawan-kawan ibu,
Namun anakmu ini sedang dalam perjalanan mencari sesuatu,
Sesuatu yang berguna dan bermanfaat buat anakmu,
Bertahan dalam tribulasi dunia ini,
Masih mencari ilmu dan intipati,
Untuk dibawa ke sana nanti.

Dhani akan selalu rindu mak. Selalu.

 ********************************************************************************************************

Kesimpulannya, aku serahkan kepada para pembaca untuk merenung apa ibrah kisah hidupku ini. Sebenarnya aku dah mengantuk. Takut tak dapat bangun subuh. Huhuhu.

InsyaAllah, drama-dalam-blog Cinta Ibadah versi El Mathoru akan muncul dengan siri sambungannya yang bertajuk Ke Mana Perginya Kasih :)

Wassalam.