Saturday, October 25, 2014

Jadilah Diri Anda Sendiri

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Baqarah, ayat 148:
"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan."



Dalam surah Al-An'am ayat 165 pula Allah S.W.T. telah berfirman:
"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat."


Satu lagi firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Baqarah ayat 60:
"Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)."




                        Setiap manusia memiliki kelebihan, potensi dan bakat masing-masing. Dan salah satu keagungan Rasulullah S.A.W. adalah kemampuannya untuk menempatkan setiap sahabatnya sesuai dengan kemampuan, bakat dan potensi mereka masing-masing. Ali R.A tamsilnya ditugaskan dalam bidang kehakiman. Muaz R.A dalam bidang ilmu pengetahuan, Ubay R.A dalam bidang Al-Quran, Zaid R.A dalam bidang Faraidh, Khalid Al-Walid R.A dalam bidang jihad, Hassan R.A dalam bidang sastera dan Qais bin Tsabit R.A dalam bidang khithabah.


                                                        "Meletakkan sesuatu yang basah di atas pedang
                                                                               Akan berbahaya
Sebagaimana bahayanya pedang diletakkan di atas 
Sesuatu yang basah."

            
                 Menyatu serta hanyut dalam keperibadian orang lain pada hakikatnya adalah bunuh diri, manakala memakai baju keperibadian orang lain adalah sebuah pembunuhan yang terancang.


                Di antara salah satu kebesaran Allah S.W.T. adalah perbezaan sifat yang ada pada manusia dan perwatakan yang mereka miliki serta perbezaan bahasa dan warna kulit mereka. Abu Bakar R.A dengan kelembutan dan wataknya yang pengasih telah memberikan manfaat bagi umat dan agama. Umar R.A dengan sikapnya yang keras dan ketegasannya telah membangkitkan semangat Islam dalam diri umat Islam.


               Dengan kata lain, terima dengan penuh kerelaan setiap anugerah dan pemberian Allah S.W.T. yang ada pada diri anda. Oleh sebab itu, pertingkatkanlah dan dapatkan manfaat daripadanya.


               Taklid buta dan terlalu mudah melebur diri ke dalam peribadi orang lain merupakan penguburan secara hidup-hidup terhadap bakat yang telah Allah S.W.T. telah kurniakan, membunuh keinginan dan penghancuran sistematik terhadap sahsiah penciptaan manusia itu sendiri.


P/s: Kalau boleh asahkan yang mahmudah. Yang mazmumah tu buangkan sikit-sikit *senyum* dan ingat jangan jadi hipokrit!
                    

Saturday, October 18, 2014

Kembali.

Kembali.
Perkataan yang umum maksudnya kita pergi ke tempat yang asal.
Kita kembali ke keadaan kita yang asal.
Akan tetapi, persoalannya kita hendak ke mana?

Pada asalnya, apabila roh kita ditiup ke dalam jasad, Allah telah berkata : "Aku ialah Tuhan kamu"
Dan kita pun menjawab dalam rahim ibu "Ya, kami menjadi saksi"
Ini terbukti bahawa sebelum kita dilahirkan kita sudah kenal Pencipta kita.
Akan tetapi, apabila kita dilahirkan, ibu bapa yang menjadi penentu adakah kita beragama Islam, Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Iman fitrah manusia.
Semua kita yang dilahirkan ini, kita adalah sama.
Mengaku Allah itu Tuhan Yang Satu, yang wajib kita sembah.
Pada IC kita, Islam tertulis.
Tapi adakah kita benar2 Islam?

Kita boikot, kita hina, kita larang orang dekat dengan amalan kejahilan orang Yahudi dan Kristian.
Tapi tak sedar penampilan kita, cara bercakap kita, semua kita tiru dari budaya mereka.
Sedarlah wahai hati.
Engkau dilahirkan di bumi ini.
Untuk memimpin diri engkau ke arah jalan yang diredhaiNya.
Jangan engkau leka dengan duniawi yang semakin tua dan panas ini.
Ingatlah, tanamkan sifat ihsan dalam setiap perkara yang engkau lakukan.
Beramallah seperti Allah melihat engkau, jika engkau tidak dapat melihat Allah, sesungguhnya Allah melihat engkau.