Monday, February 22, 2016

Ke Mana Perginya Kasih (Bahagian 4)

Hujan turun renyai-renyai pada malam itu. Kawasan perumahan yang didiami Ain selama 7 tahun itu basah dengan rahmat Ilahi. Ain tidak menyangka malamnya itu diganggu oleh berita yang dibawa oleh Mughirah kepadanya.

"Wei, awak pasti ke ni? Dia silap orang kot." kata Ain, ingin memastikan apa yang dikatakan oleh Mughirah.

"Ye, saya boleh gerenti benda ni sahih dan rajih. Waaa untung laaa Ain." balas Mughirah sambil letak emoji senyum sinis mulut ke tepi.

Perasaan Ain di dalam hati seperti rojak. Gembira, sedih, terkejut, malu, tercampur semuanya. Ingin sahaja jauh nun di hatinya itu menutup aplikasi Whatsappnya itu dan terus tidur, tanpa membalas apa-apa. Tapi, hatinya itu tetap juga cenderung untuk memberi respons.

"Aaaa esok kita bincang lagi ye Mugh. Ain mengantuk ni. Isok syif mula pukul 9 pulak tu. Haaa nanti kang tak pergi kerjalah Ain besok pagi. Hehe" 

Mesej Ain hanya dilihat [baca : bluetick/seen]. Ain tidak perasan kerana semasa Ain melihat mesej itu, dia sudah sedia berdengkur. Al maklumlah penat bekerja seharian. Selalunya Ain tidur lewat sedikit untuk update post dalam blognya. Tapi, malam ini kepalanya terasa pening sedikit jadi dia bercadang untuk berehat.

"Kenapalah Abg Fizi suka pulak dengan Ain? Apa kurangnya aku? Aku tak secantik Ainkah?" 

Monolog ini dirakam dalam hati Mughirah ketika duduk di hadapan tingkap bersaiz besar biliknya sambil memandang keindahan malam yang berhujan. Hatinya seolah-olah tidak tenang. Berkali-kali dia membaca konversasinya dengan Fizi kelmarin. Dia seakan tidak percaya dengan perkara itu.

Namun, jauh dalam sudut hatinya, dia ingin melupakan perkara itu. Namun, perasaan sukanya terhadap Fizi menghalangnya berbuat demikian. Perasaan ini Mughirah tidak ceritakan kepada sesiapa pun, termasuklah Ain, yakni kawan rapatnya.

**********************************************************************************************

Setelah kejadian itu, hubungan Ain dan Mughirah sedikit renggang. Hal ini kerana setiap kali Ain ingin berbicara dengan Mughirah, dia seolah-olah bercakap dengan tiang. Mughirah tidak memberi satu respon pun dengan apa yang dikata oleh Ain. Hatta ingin bergurau pun, Mughirah tetap berdiam diri dan terus membuat kerjanya, tidak seperti hari-hari sebelum ini.

"Eh, peliklah. Kenapa dengan Mughirah ni? Aku ada salah cakap ke?" soalan klise yang ditanyakan kepada diri Ain sendiri. Dia hanya menggeleng kepalanya apabila Mughirah hanya menjeling dan tidak mempedulikannya.

bip! bip!

Bunyi hon kereta Proton yang sedikit rendah amplitudnya itu datang dari hadapan restoran. Ya, jangkaan Mughirah amat tepat. Fizi datang seperti biasa, namun sedikit lewat hari ini kerana ada urusan kekeluargaan di rumah. Fizi membuka but keretanya dan membawa sejambak bunga ros.

"Eh, lewat jugak Abg Fizi hari ni. Dah tu dia bawak bunga pulak? Nak jadikan hiasan restoran ke?"  

Sungguh banyak persoalan yang timbul di lubuk hatinya. Sampaikan dia menumpahkan air yang dituangnya, dek kerana melihat ketibaan lelaki idamanya itu. Badan Abg Fizi yang sasa dan mukanya yang tampan itu menjadi tatapannya hampir setiap hari. Lalu, pandangannya teralih seketika di dapur.

"Nah, saya bawak bunga untuk awak. Haha bukan apa, nak kasi berseri lagi hati awak tu." kata Fizi sambil menghulurkan jambakan bunga itu kepada Ain. Ain terkejut dan sepi tanpa kata. Hanya sekuntum senyuman menjadi balasan sambil mencapai bunga itu dari tangan Fizi.

Jiwa Mughirah panas seperti air kopi yang dituangnya tadi. Entah mengapa dia berasa begitu. Fizi bukanlah suaminya yang sah. Namun, reaksinya seolah-olah Fizi itu suaminya. Mata dan hatinya cuba menahan marahnya, namun pecah jua empangan air matanya. Pedih rasanya.

Mughirah menyimpan perasaan ini sudah sekian lama. Pun begitu, dia tidak berani untuk melafazkan rasa cintanya kepada Fizi kerana dia tahu dia akan menerima rejeksi daripada Fizi. Dahlah mukanya penoh dengan jerawat, badan gemuk pulak. Manalah lelaki nak suka. Lainlah Ain. Pipi putih kemerah-merahan, kurus dan manis senyumannya.

******************************************************************************************

Malam itu, Mughirah menangis sendiri mengenangkan hidupnya. Sungguh, dia rindu dia yang dahulu. Dia yang tidak langsung mempedulikan lelaki. Namun, hadirnya Fizi dalam hidupnya telah mengubah segalanya. Whatsappnya yang dahulunya penuh dengan group chat berunsur tarbiah, kini sudah tidak dibukanya lagi. Kini, dia hanya suka berbual dengan Fizi, lelaki yang disukainya, walaupun dia tahu Fizi tidak mempunyai rasa yang sama. Ibadatnya tidak tentu. Hatinya tidak keruan.

bip! bip!

Notifikasi smartphone Mughirah muncul di skrin kunci. Ain. Ain Humaira.

"Mughirah, sungguh Ain rindu Mughirah yang dahulu."

-BERSAMBUNG- 
  
 

 

No comments:

Post a Comment