2016.
Tahun yang baru bagi Ain. Setelah sekian lama berkecimpung dengan cinta ajnabi yang bernama Shauq, kini Ain berasa lega kerana dirinya sudah tidak lagi lalai dengan cinta yang fana itu. Malah, kini Ain berubah 180 darjah. Dulunya susah untuk melihat Ain tidak bersama fon iPhonenya, kini tangannya sering memegang tafsir Al Hidayah dan mengulang hafazannya. Namun, hatinya. Hatinya belum kuat lagi...
********************************************************************************************************
"Ain dah buat keputusan? Lama dah musim SPM berlalu, namun Ain masih terperap kat rumah ni, tak buat apa-apa. Memanglah Ain buat kerja rumah semua bagai, tapi Ain taknak ke ambik pengalaman bekerja part-time di luar sana?" kata ayah sambil mengacau kopi arabika yang dibuat ibu.
Lama Ain memikirkan perkara ini. Baginya, hidup selepas SPM umpama medan perang berani mati. Di mana kita diletakkan, mujahadah nafsu itu akan tetap memburu kita. Kerana itulah, Ain lebih selesa meluangkan masanya di rumah. Yalahkan, insyaAllah sekiranya Ain mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM nanti, Ain akan melanjutkan pelajarannya di Timur Tengah.
Lamunan Ain terhenti apabila mesej dari Mughirah sampai ke fonnya.
"Takpalah, ayah. Nanti esok Ain buat keputusan. Ain nak bincang sesuatu dengan Mughirah ni. Ain naik bilik dulu ya" lantas Ain meninggalkan tempat duduk yang sekian panas itu.
MUGHIRAH : Assalam Ain, tengah buat apa? Sorrylah ganggu. Ni Mughirah nak khabarkan, ada satu vacancy kat Medan Jambatan Tsabit. Ada satu kedai makan kat sana. Gaji pun rasanya berbaloi. Hehe. Seminggu ada cuti 3 hari. Ok tak?
AIN : Wslm, Mugh. Oh yakah? Sounds great. Nanti saya khabarkan kat ayah. InsyaAllah ayah boleh hantar. Tak jauh pun MJT tu kan haaaa.
Mereka berdua pun terus bermesej sampai lewat malam.
********************************************************************************************************
Pagi itu, setelah Ain bersiap untuk menjalani rutin sehariannya, Ain memberitahu ayah tentang cadangan Mughirah malam kelmarin. Ain melabuhkan punggungnya di atas kerusi dapur, menjamah makanan masakan ibu. Ayahnya juga berada di meja makan, sedang menghirup kopi arabika yang lazat dibancuh ibu.
"Ayah, setelah Ain berbincang dengan Mughirah kelmarin, kami bersepakat untuk bekerja part time di MJT. Boleh tak kalau ayah hantar Ain kat sana tengahhari ni? Ayah jugak yang nak anak ayah ni mengambil pengalaman kan kan kan?" pujuk Ain sambil membuat muka comel dengan mata berkelip-kelip. Ibu hanya tertawa kecil melihat gelagat anak sulungnya itu.
"Yelah boleh Ain. Ayah okay je, kalau setakat seberang jalan tu haaaa. Tapi Ain tak perlu la buat muka gitu. Ayah tahu anak ayah ni comel banget." jawab si ayah dengan ketawa terbahak-bahak sampai tumpah sedikit air kopi yang dipegangnya. Ibu pun melibas kain lap dapur ke tengkuk ayah tanda bergurau. Entah kenapa tetiba ibu berbuat begitu.
"Jadi, Ain berkemas dulu ya." kata Ain sambil menghabiskan roti sardin di tangannya.
********************************************************************************************************
Setibanya Ain di Selera Sekampung Sidi di MJT, Ain bersalaman dengan ayahnya dan terus mencari tempat duduk. Perjalanan ke MJT mengambil masa 15 minit kurang lebih. Mughirah pulak belum sampai kerana kesesakan lalu lintas. Ain asyik melihat fonnya takut2 ada mesej dari Mughirah kerana Mughirah lewat 20 minit seperti yang mereka janjikan. Mahu je Ain call, namun Mughirah sedang memandu jadi Ain membatalkan niatnya itu.
Dalam kegelisahan Ain, seorang pemuda datang ke arah Ain dan menyapa.
"Aaaaa Ain kan? Mughirah kenalkan awak kepada saya. Saya ni manager kedai ni. Awak kan yang nak ambik kerja part time kat sini? Haa masuk lah dulu. Panas kat luar ni"
Ain terkejut kerana pemuda itu tetiba sahaja menerjahnya.
"Eh eh mamat ni. Tegur aku pun tak bersalam. Haishhhhh" bisik Ain dalam hati.
Ain hanya sempat mengangguk dan melihat tag nama pemuda itu. Aiman, Aiman Hafizi.
Setelah berbual panjang dengan pengurus kedai makan itu, bahu Ain disentuh seseorang secara tiba-tiba.
-BERSAMBUNG-
No comments:
Post a Comment