Friday, February 12, 2016

Ke Mana Perginya Kasih (Bahagian 2)

Mughirah turun dari keretanya. Kain bajunya tersekat di tepi pintu. Nasib baik Mughirah tidak menarik dengan kuat kain bajunya. Dibukanya pintu pemandu dengan cermat dan keluarkan sebahagian kain bajunya yang tersekat tadi. Mughirah sedar bahawa dia sudah terlewat.

"Aduh, mesti Ain marah dengan aku lepas ni!" monolog Mughirah dalam hati, resah.

Mughirah mencari kedai 3S [baca: Selera Sekampung Sidi], yakni tempat dia dan Ain akan bekerja untuk beberapa bulan.

Setelah 8 minit mencari, akhirnya Mughirah sampai ke destinasinya. Dia melihat kelibat Ain berbaju ungu bertudung hitam. Lalu dia menyapa Ain dengan menyentuh bahu kanan Ain.

"Ain," sergah Mughirah secara tiba-tiba.

"Eh astaghfirullah. Awak ni Mughirah. Tekejut kot saya dibuatnya." kata Ain setelah tekejut bahunya disentuh. Mereka berdua ketawa kecil.

"Oh, nilah kawan yang Ain cakap tadi kan? Selamat berkhidmat ya kamu dua. Saya, Aiman Hafizi, pengurus restoran ni. Saya harap kamu berdua boleh memberi nafas baru kepada restoran ni seterusnya menjadi pekerja yang terbaik saya pernah ada. Hehe" ulas Fizi [baca : Fizi nama manja]

"InsyaAllah bang" kata Mughirah dan Ain serentak. Mereka ketawa kecil sekali lagi.

Hari itu, Ain dan Mughirah meluangkan banyak masa di restoran 3S bagi mengetahui selok belok kerja, bidang kerja dan tugas setiap seorang daripada mereka. Restoran 3S mempunyai 5 orang pekerja pada asalnya. Namun 2 orang daripadanya diberhentikan kerja kerana pecah amanah membongkarkan resipi rahsia restoran 3S tempoh hari. Buat pengetahuan semua, restoran ini ditubuhkan oleh keluarga Aiman Hafizi sendiri. Malah, kebanyakan hidangan dalam menunya terdiri daripada resipi turun temurun keluarga Fizi. 

***************************************************************************************************

2 minggu kemudian..

Ain menjalani rutin hariannya seperti biasa. Setelah solat Subuh, Ain akan menghafaz hafalannya minggu lepas. Selepas itu, dia ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri kerana dia mesti berada di Restoran 3S itu tepat pada pukul 8 pagi. Kadang-kadang ibunya menyediakan sarapan untuknya, namun Ain lebih suka menyediakannya sendiri. Katanya taknak menyusahkan ibu. Sementara menunggu ayahnya bersiap ke tempat kerja, Ain menguruskan dirinya juga.

"Haa Ain, dah bersiap? Jom." tanya Ayah.

"Dah yah. Wah hensem ayah hari ini. Ada meeting dengan client dari mana lepas ni?" Ain tanya berseloroh.

"Ain ni. Ain kan tahu ayah Ain ni memang hensem dari dulu. Kalau tak, mana lah mak kamu tu suka kat ayah." jawab Ayah selamba dengan senyuman.

Mak Ain melibas kain lap ke lengan Ayah tanda bergurau. Mereka bergelak kecil. Ain bersalaman dengan ibunya lalu masuk ke dalam kereta besama ayahnya.

Semasa dalam perjalanan menghantar Ain ke tempat kerjanya, Ayah bertanya beberapa soalan. Ayah suka berbual dengan penumpang sebelahnya semasa memandu bagi memastikan dia tidak bosan dan mengantuk.

"Ain, ayah tengok Ain semakin hari semakin banyak tersenyum. Ada apa-apa yang Ain nak bagitahu Ayah ke?" tanya Ayah, tiba-tiba.

Ain yang sedang leka dengan iPhonenya itu menjawab soalan ayahnya.

"Haa takdalah yah. Cumanya Ain sekarang Ain rasa puas sebab dapat peluang untuk merasa bekerja di dunia luar rumah. Yalah, first experience kan. Hehe" 

"Ain, kalau Ain tak kesah la dengan soalan Ayah ni, dah ada ke pengganti Shauqi dalam hati kamu tu? Ayah cuma nak tahu. Kamu tu dah 18 dah. Pejam celik dah bertunang dah kahwin kan. Hahaha" tanya Ayah lagi. Ketawa kecilnya itu mengganggu konsentrasi pemanduannya. Nasib baik dia dapat elak lubang besar di tengah jalan tadi.

"Aaaa no comment  la Ayah. Sebab Shauqi tu orang lelaki pertama yang membuat Ain jatuh cinta. Dan lelaki pertama yang mengecewakan Ain big time. Jadi Ain rasa buat masa sekarang Ain belom bersedia untuk menerima seorang lelaki. Ain takut yah, Ain takut perkara yang sama berulang lagi" jawab Ain dengan muka penuh kerisauan.

"Takpa, Ain. Masa masih panjang. Ain kena tabah dan fokus kepada apa yang Ain nak dalam hidup ini." nasihat Ayah ringkas.

Mereka pun berbual sampai mereka tiba di Restoran 3S. Ain bersalam dengan ayahnya sambil menghulurkan tangan untuk menerima duit poket.

"Jimat-jimat la sikit, Ain. Nanti tak cukup pulak untuk beli hadiah mak kamu minggu depan. Haha." Ayah memberi peringatan.

"Ya Allah, macam mana la Ain boleh lupa! Haha terima kasih yah sebab ingatkan. InsyaAllah." jawab Ain sambil menyimpan wang berwarna merah ke dalam sakunya.

*************************************************************************************************

Sejak Ain dan Mughirah berkhidmat di 3S, Fizi sering melawat restoran yang diurusnya itu. Entah apakah sebabnya. Hal ini kerana, dulu sebelum mereka berdua bekerja di situ, Fizi amat jarang datang ke 3S, seperti apa yang Luqman, pekerja tetap restoran itu katakan kepada Ain. Ain dan Mughirah adalah dua orang yang suka bersangka baik. Jadi, mereka tidak mempunyai masalah kerana ia menjadi sesuatu yang baik pengurus sendiri rajin turun datang dan membantu restoran yang diurusnya.

"Haa Ain dan Mughirah, sebelum saya balik ni, saya nak mintak nombor telefon korang berdua boleh? Boleh lah saya berhubung kalau ada apa-apa hal yang mustahak." kata Fizi sambil mengeluarkan telefon Nokia Lumianya.

"Ahh boleh jugak." jawab mereka berdua.

Lalu setelah mereka selesai berkongsi nombor telefon, Ain dan Mughirah menyambung kerja mereka.

*************************************************************************************************

Malam itu, semasa Mughirah sedang asyik membaca novel, telefonnya mengeluarkan satu notifikasi Whatsapp. Mughirah begitu malas untuk angkat daripada tempat duduknya, lalu dia sekadar menjenguk telefonnya yang berada di atas katil. Dia membaca nama yang terpapar di skrin kunci.


Abg Fizi



-BERSAMBUNG-


No comments:

Post a Comment