38 Hari. O.O
InsyaAllah ini ialah post blog terakhir sebelum aku melangkah ke zon kurang selesa. Maksud aku di sini ialah aku dah semakin hampir dengan primary life goal ketiga aku, selepas UPSR dan PMR, yakni Sijil Pelajaran Malaysia, yang juga dikenali sebagai SPM.
Long time ago, aku harap waktu ini takkan tiba selamanya. Namun, takdir Allah menemukan aku dengan tahun yang agak mencabar ini dan aku redha apa ketentuanNya. Jadi, aku sahut cabaran ini dan berusaha untuk membanggakan keluarga aku dan seterusnya memperoleh keputusan yang superb, daebak, boom kebaboom! (insyaAllah)
Masa aku mengisi borang permohonan matrikulasi melalui internet, terbayang-bayang wajah arwah ibu yang dahulunya selalu mengambil berat tentang pelajaran anak-anaknya. Wallahi, aku rindu saat itu. Kakak aku hanya mengangguk-angguk sahaja kepalanya sewaktu ibuku berkata-kata tentang nasib dan masa depan anak-anaknya. Dan, haha masa tu aku dok main PSP kot. Entah, tak ingat. :P
What's my point is apabila kita semakin meningkat dewasa, kita semakin kenal akan kehidupan dan sudah pandai memikirkan fasal nasib sendiri. Biarpun masa muda kita dahulu kita banyak main, lalai dan sebagainya, namun semakin kita membesar, kita punya satu jati diri dan semangat untuk meneruskan kehidupan. (Eh, aku belom SPM dah cakap macam gini kot, at least aku ada kesedaran sedikit. Sikit je)
Dalam masa yang sama pulak, aku terbayang kehidupan aku di kolej matriks nanti. (haha tak pernah tinggal kat asrama kan, terbayang pulak). Aku akan tercampak ke dalam zon yang boleh memberi faedah kepada aku, atau sebaliknya. Dan yang sebaliknya itulah aku takut sangat2. Hati kena sado sebab dunia luar sana kekadang tidak sesempurna yang kita bayangkan. Harus pandai membuat pilihan dan berfikir sejauh kilometer yang mungkin!
Agama dan ilmu. Itu pesanan arwah ibu ketika di sedang nazak dahulu. Terngiang-ngiang di telinga. Wallahi aku rindu. Namun, tiada masa untuk menangisi, tiada masa untuk meratapi. Hidup ini mesti diteruskan. Aku mesti buat arwah ibu bangga dengan anak bongsu nya yang nakal dahulu, yang lalai dahulu. Sekarang, aku semakin sedar bahawa setiap ujian yang Allah beri kepada aku selama ini, ada sejuta hikmah sebaliknya. Tinggal aku untuk meneroka dan mengenalpasti hikmah-hikmah itu. Allah bagi otak en? Gunalah sebaiknya. :)
Di kesempatan ini, aku memohon maaf atas segala kesilapan aku sewaktu
aku menulis blog ni, dari post aku yang pertama sampai post ini dan
insyaAllah jika ada peluang dan kesempatan, aku akan teruskan hobi
menulis blog ini. Tapi, apatah guna blog ditulis jika tiada pembacanya,
kepada yang pertama kali membaca blog ini, terima kasih kerana rajin
sangat nak mengelik untuk masuk blog ni dan meneroka isinya. Kepada yang
setia membaca blog ini (jika ada XD), terima kasih gak kerana membaca
dan insyaAllah jika ada sedikit ilmu yang diperoleh itu sudah memadai
bagi aku.
Doakan kejayaan aku dan kengkawan calon-calon SPM dan PT3 SMKA Tun Ahmad Zaidi. Tak lama lagi ni, Tak sabar pulak aku. Orait? Orait.
Hahahahaha....chicken illuminati
ReplyDelete