Sunday, March 6, 2016

Ke Mana Perginya Kasih (Bahagian 5)

Tangan Mughirah bergetar tanpa disedari. Entah, ini mungkin rasa speechless yang selalu dikatakan oleh orang. Masih belum dibuka notifikasi Whatsapp itu. Hanya dilihat.

"Patutkah aku balas?" tanya Mughirah dalam dirinya.

Setelah beberapa minit berfikir, akhirnya Mughirah tidak membalas mesej daripada Ain itu. Dia meluangkan masa malamnya dengan membaca Al-Quran dan zikrullah. Dia ingin Allah bantu dalam masalah ini. Sungguh, dia tidak sangka, persahabatan antara dia dan Ain digadaikan dengan seorang ajnabi kacak, hensem dan kaya seperti Fizi. Masa berlalu pantas, sampai dia tidak sedar jam sudah pukul 12. Sewaktu dia berzikir, matanya sedikit terkebil-kebil lalu dia tertidur di atas tikar sejadahnya.

Suasana masa itu kabur dan kelabu. Mughirah cuba untuk membuka kedua belah matanya tapi seperti ada sesuatu yang tidak membenarkan itu terjadi. Lalu, badannya bergerak sendiri. Dia sedang berada di rumah Ain. Pelamin kemas rapi dipasang. Meja makan tersusun cantik mata memandang. Tetamu ramai, sahabat handai yang datang. Mughirah cuba untuk berkata-kata tapi sekali lagi seperti ada sesuatu yang tidak membenarkannya berbuat begitu. Beberapa minit kemudian, dia terdengar pukulan kompang dengan alunan lagu kahwin yang sangat klise. "Pengantin baru, pengantin baru". Masa itu dia menghadap ke pelamin yang kosong. Pukulan kompang itu semakin rancak kedengaran. Mughirah menoleh untuk melihat siapakah mempelai yang akan bersanding pada hari itu.

"Eh, itu bukan Ain dan Fizi? Apakah ini?!" monolog Mughirah dalam hati.

Perasaan terkejut dan kehampaan dalam mimpinya itu mengejutkan Mughirah dari mimpinya. Dia seakan-akan tidak percaya dengan mimpi itu. Dia meludah ke kiri menandakan dia mengalami mimpi buruk. "Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah." ucap Mughirah sambil tunduk. Dia bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu'.

Apabila balik ke bilik tidur, dia melihat jam dindingnya. 2.00 pagi tepat. Mughirah mengambil keputusan untuk menunaikan beberapa jenis solat sunat memandangkan matanya terlalu segar untuk menyambung tidurnya. Jauh dalam sudut hatinya, dia ingin menangis. Dia ingin kembali kepada dirinya yang dahulu. Mughirah yang ceria dan tidak kisah dengan ajnabi. Mughirah memulakan solat marathonnya dengan solat sunat hajat. Hajatnya untuk berubah dan melupakan perkara yang membelenggu keimanan dan ceria pada wajahnya. Hajatnya juga agar Allah berikannya petunjuk untuk menyelesaikan renggangnya persahabatan dia dan Ain dan beberapa hajat yang lain. Hatinya semakin sebak.

Selepas salam kedua solat hajat, dia terus bangkit untuk solat tahajjud. Solat yang dia ingin dirikan untuk menenangkan hatinya yang lalai dengan dunia dan lagha cinta ajnabi. Dia rasa bersalah kepada Allah kerana merugikan masa yang diberikan untuk mengingati insan yang bergelar ajnabi daripada mengingati Allah Azza ya Jalla. Dia rasa bersalah kerana amal ibadahnya terjejas, dek kerana selalu terbayang muka Fizi yang hensem itu. Perlahan-lahan dia melakukan rukun fi'li dan qauli solat sunatnya itu.

Setelah selesai solat tahajjud, hatinya berasa semakin sebak dan sayu. Dia berhenti seketika untuk menarik nafas dan bermuhasabah. Tasbih coklat yang berada di atas katil berjaya dicapai. Beratus istighfar diungkap. Namun, masih. Masih belum ada setitis pun air mata keluar dari kedua-dua matanya. Dia pun melepaskan tasbihnya dan berdiri untuk menunaikan solat taubat 2 rakaat. Sewaktu mengangkat takbir, setelah selesai niat solat terlintas di mindanya, hatinya berubah kepada fasa yang berlainan. Seperti di alam yang lain pula. Setiap kali dia selesai setiap rukun qauli dan fi'li, berlainan sungguh rasa pada hatinya. Hatinya sedang menangis kerana banyak tompok hitam. Pada sujud terakhirnya, badannya kaku sujud. Dia seperti tidak dapat mengawal jasadnya lagi. Mughirah menangis. Ya, menangis teresak-esak dalam sujudnya, mengenangkan apa yang dilakukan olehnya selama ini.

Setelah beberapa minit, dia pun angkat untuk tahiyyat akhir. Setelah selesai salam, dia tunduk sambil mengusap air matanya dengan telekung hijaunya.

"Alhamdulillah, terima kasih Allah." ungkap Mughirah lembut, sambil tersenyum.

**********************************************************************************************

Seperti biasa, Ain dan Mughirah sampai ke Restoran 3S pada awal pagi. Kerusi diturunkan dan meja dilapkan. Ain memanaskan air manakala Mughirah menghitung wang di dalam mesin. Pekerja lain sibuk mengeluarkan barang-barang dari peti ais dan bersedia untuk hari itu.

Memang Ain tidak selalu prihatin dengan keadaan, namun hari ini dia nampak perubahan pada wajah Mughirah. Mughirah seperti kembali kepada yang asalnya, ceria dan outgoing. Dia terfikir dan termenung sendiri di anjung dapur restoran.

"Ain! Maaf sebab tak balas Whatsapp semalam. Mugh tertidur dan fon takda bateri. Nasib baik pagi tadi sempat cas sampai penuh. Hehe" kata Mugh sambil menggaru pipinya yang tidak gatal.

Ain terkejut dari lamunannya. Dia seakan tidak sedar ada orang memegang bahunya iaitu Mughirah.

"Eh, laaaa terkejut la Mugh. Tak baik tau. Kalau Ain pengsan tadi, siapa susah. Hmmmm oh takpelah. Saja ja kacau Mugh malam tadi. Baru nak sembang-sembang." jawab Ain sambil memegang dadanya lega sebab tak pengsan dikejut Mughirah.

"Eh yeke? Nak sembang apa? Laaa cakap aa sekarang. Mesti ada benda penting ni kan kan kan kan?" tanya Mughirah sambil mengelip-ngelip matanya yang comel itu.

"Hmmm malu la Ain. Nantilah malam nanti Ain bagitau. Okay?" ujar Ain selamba.

"Hehehe okay. Orait ada customer ye kakak comel.  Now get back in da kitchen and cook some dishes,bebeh!" jawab Mughirah sambil membuat gesture tangan yang cool ke arah dapur restoran.

Ain hanya mampu tertawa dengan gelagat Mughirah.

"Alhamdulillah, Mughirah yang lama dah kembali!"

**********************************************************************************************

Malam itu, Ain rasa gelisah dan resah tak tentu hala. Instinct nya yang mengatakan bahawa Mughirah menyukai Fizi itu semakin menghantuinya. Dia memikirkan apakah reaksi yang Mughirah akan dapat sekiranya dia memberitahunya tentang perkara itu? Terkejutkah? Gembirakah? Sedihkah?

Ain memberanikan dirinya.

"Assalamualaikum, Mughirah." 

"Waalaikumussalam, Ain comelzzz. HAHA"

"Hmmm takyah la gitu sangat. Haha. K dah sedia kah nak tahu smthg ni?"

"Yep yep sesungguhnya rakanmu ini sudah bersedia. *emoji senyum berair mata*"

"Hmmm Fizi dah decide nak kahwin dengan saya"

Bluetick.

Seen.

2 comments:

  1. Ya rabbi.. suspen nyer... tak sabar pulak nk tunggu bab baru xD

    ReplyDelete
  2. Ya rabbi.. suspen nyer... tak sabar pulak nk tunggu bab baru xD

    ReplyDelete