Wednesday, January 27, 2016

Eight TEEN

 
-Bertatih pada jalan mustaqim bukan kerja mudah-

"Lapan belas.
Ada apa dengan nombor ini?
Adakah ia sekadar bilangan umur atau bilangan tahun engkau hidup atas muka bumi?
Apakah hikmahnya Allah takdirkan aku hidup selama 18 tahun?
Apakah tindakan aku selepas ini?"

Assalamualaikum.

Barangsiapa yang tertekan link yang aku share, mintak jangan tutup tab anda. Bacalah sekejap. Mana tau kot kot ada manfaat sedikit. Sedikit pun okei, kalau banyak lagi bagus hehe.

Malam ni, aku mulakan blog post  aku dengan monolog.
You know, percakapan sendiri di dalam hati apabila kau berseorangan. Ecey.

Monolog di atas merupakan satu daripada monolog yang aku ungkapkan masa hari lahir aku pada tahun ni. Alhamdulillah aku bersyukur pada Yang Esa kerana masih memberi aku kesempatan untuk hidup di atas bumiNya ini. Entah apa hikmahNya, namun sebagai hamba, aku percaya dan redha apa ketentuanNya pada masa akan datang.

25/1. Tarikh keramat ini sungguh bermakna pada diri ini kerana masa inilah aku dilahirkan. Tak tahulah insan lain, entah bermaknakah tidak tarikh ini. Namun, aku percaya dan yakin, sekiranya ibu aku masih hidup, dia akan tersenyum gembira melihat anaknya dah besar panjang. Gamaknya boleh kahwin ni! Ok itu lebih.

Perkara yang paling mediocre sekali apabila hari ulang tahun kelahiran kau, konfem ada yang wish kau.

"Sanah helwah/Selamat hari jadi/Happy birthday Dhani! *insert your own prayer and hope*"

Ribuan terima kasih kepada kengkawan, sanak saudara daripada lubuk hati diri ini kerana menghargai kewujudan aku. (HAHA ya Allah save me) Taklah. Aku faham engkorang bukannya ingat betol pun birthday aku. Pagi2 tengok kat FB, memang tahu teruslah. Takpe, aku faham.

"Okay Dhani, aku tahu ni blog engkau. Udah-udahlah merapu haishhh"

Haaa okay. Here's something.

Pernah tak kita terfikir kenapa kita dilahirkan? Ya, aku tahu soalan ni agak pelik ibnu ganjil. Tetapi, aku pretty sure para pembaca sekalian pernah terfikir akan soalan ini. Jawapannya senang je. Engkorang scroll je.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Takyah fikir. Buang masa. Life has to go on.

Maksud aku, usah kita memikirkan soalan sebegitu remah dan pelik. Hidupnya kita dan matinya kita kerana Allah, bukan? Jadi tidak perlulah kita memikirkannya. Hidup ini perlu diteruskan. Dan apabila kita sudah berumur 18 tahun, seharusnya kita semakin matang dan pandai berdikari.

Sesungguhnya segala nasihat ini sudah tentu dan pastinya aku tujukan khusus untuk diri aku sendiri. Hal ini kerana sepatutnya penyampai nasihat tahu apa yang dinasihatkan dan bukan sekadar omong kosong. As the old saying goes ; Practise what you preach

Akhir kata, coretan malam ini hanyalah random thought dan impromptu. Aku harap coretan ini memberi manfaat kepada aku sendiri seterusnya kepada para pembaca sekalian. Wallahualam.



No comments:

Post a Comment