Sunday, September 13, 2015

'Haze Runner'

Entah kenapa aku rasa tajuk tu tak relevan.

Assalam gaisssss~
Sekarang Malaysia digemparkan dengan fenomena jerebu yang semakin teruk. Aku yang tinggal kat Sarawak ni apatah lagi, terutamanya di kawasan Kuching dan Samarahan.

Tak nampak wei, aku rasa aku patut beli Dust of Appearance. Err -.-'

Jadi, semenjak dua menjak kejadian jerebu ni melanda negara, kita sering melihat anak-anak muda (termasuk aku) pi dok selfie dengan topeng muka (Baca : facemask) masing-masing. Nampak stylo en? Stylo lah sangat sampaikan macam-macam jenis yg dipamerkan. Awat bangga sangat kot negara jerebu..:P

Pernah terfikir tak apa punca jerebu ni?

1. Pembakaran terbuka
Sorrylah jiran tetangga sekalian, kalo takda org tegur ni, gamaknya semakin teruk jerebu dalam negara kita ni. Pakcik makcik sekalian, tahu en hari hujan dan berjerebu, usahlah pi bakar daunan dan kertasan kat luar rumah tu. Asap yang dihasilkan akan tersebar ke langit dan menyebabkan jerebu. Aku rasa amaran dan nasihat ni berulang-ulang kali disiarkan di media massa dan dipapar di media cetak. Awat pakcik makcik tak faham ka? *buat muka geram sambil gemokkan pipi*

2. Asap dari kilang
Para pekerja kilang sekalian, aku tau yang korang punya production ialah prioriti perdana. Namun, harus diingatkan, kesihatan para pembeli produk engkorang tu sepatutnya jadi prioriti utama jugak. Kalo untung engkorang tu banyak sangat, awat tak beli penapis untuk corong dan serombong asap kilang engkorang tuuuuuuu~ ish geram aku dibuatnya.

3. Asap yang manusia hasilkan
Bukan asap kentut k. Engkorang ni -.- maksud aku asap-asap yang dihasilkan oleh manusia ni contohnya dari rokok, VAPE, dan asap lori dan kereta. Semua benda ni mengeluarkan asap en? Jadi, bijaklah sikit abang dan kakak sekalian. Sudah-sudahlah vaping dan smoking tu, memudaratkan kesihatan je. Tak kisah hukum dia guane, haram ke harus ke makruh. Allah bagi otak tu kasi fikir la sendiri. Untuk pengguna kenderaan darat pulak, amalkan carpooling (Baca: tumpang kereta) untuk mengurangkan penggunaan kenderaan.

Tuntasnya,

Fenomena jerebu ni banyak hikmahnya kalau kita duduk seketika dan menikmati secawan kopi Arabica. Eheh.

Namun, banyaknya manusia zaman sekarang gemar melihat kesan dan akibat daripada sesuatu itu, daripada menghayati hikmah dan pengajaran daripada satu-satu kejadian yang Allah berikan. Sesungguhnya setiap yang Allah timpakan kepada kita, ada hikmahnya. Kita, manusia yang berakal dan berotak inilah yang sepatutnya berfikir dan menghayati mengapa dan kenapa jerebu ini menjadi fenomena.

Biar mata kepala kabur kerana jerebu, asalkan jangan mata hati kabur kerana dosa.


1 comment:

  1. Ya benar skali itu. Tpi jgn lupa slh satu faktor utama jerebu yg besaq dan berleluasa sebegini ialah pembakaran terbuka drpd aktiviti tanaman pindah dan yg berkaitan dgn usaha membangunkan tanah sbg tapak perusahaan pertanian. Itu pndangan saya terhadap jerebu di samping 'pandangan saya agak kabur'. Sekian~

    ReplyDelete