Friday, December 19, 2014

Untuk Kita Pendosa

Wahai pendosa,
Tidak malukah engkau?
Allah bagi rahmat dan nikmat,
Supaya kau selesa dan selamat,
Sedarlah..kau hidup untuk akhirat,
Sedarlah..kau takkan selamanya berhayat,
Ketika nyawa dicabut malaikat,
Terpisah roh dan juga jasad.

Wahai pendosa,
Tidak menyesalkah engkau?
Ibu dan ayahmu berusaha mencari,
Membanting tulang meraih rezeki,
Bukan dari rasuah mahupun judi,
Mereka hendak anak mereka berjaya,
Ke sekolah, terus ke universiti,
Menanam hajat di dasar lubuk hati,
"Oh,anakku. Sesungguhnya bangganya kami"

Wahai pendosa,
Apa yang harus kau buat?
Adakah kau akan sentiasa pendosa?
Memang benar manusia tidak sempurna,
Akan tetapi bukan itu jadi alasannya,
Musuhmu syaitan dan nafsu dalangnya,
Menggoda, menghasut jiwa dan raga,
Tak kuat iman tak kuat taqwa inilah jadinya,
Kepada musuhmu sendiri kau jadi hamba,
Hilang fokus,hilang kawalan pancaindera,
Hilang semuanya.

Namun,wahai pendosa,
Ketahuilah rahmat Allah itu lebih besar,
Lebih lebar daripada seluas angkasa,
Kembalilah kepada agamamu yang benar,
Agar apabila ditimbang Al Mizan si neraca,
Waktu itu kau bersenang hati,kau usap dada,
Kau lega setelah taubatmu diterima,
Amalan kau ikhlas keranaNya,
Kemantapan iman dan juga taqwa,
Dan akhirnya hilang roh dan nyawa,
Akhirnya pengakhiran kau terencana,
"Ya Allah,aku masuk syurga" :)

No comments:

Post a Comment