Balik dari Batu Kawa,Kuching Sarawak.
Iftar bersama keluarga ibu kepada arwah mak.
Nasi briyani menjadi sajian.
Oren dan sirap menjadi minuman.
Kurma tidak kami lupakan.
Waktu iftar tu, kami cakaplah pasal persiapan Raya.
Aku tak banyak cakap, sbb aku laki.
Laki?
Ye, laki.
Kakak aku yg banyak cakap. Ayah aku mengiyakan sahaja.
Gelak ketawa, gurau senda, takkan hilang.
Kalau aku mencelah, ada ja yang kakak aku bidas nk suroh aku diam.
Okay, dah selalu dah.
Tak kecik ati pun.
Lepas iftar tu, aku pun solat bersama ayah di bilik.
Selesai solat, kami nak pi balik ke Taman Puteri,Kuching Sarawak.
Nak solat isyak + tarawih.
Ayah aku cakap nak stay up di Masjid Gita.
Aku pun tanya. "Kakak?"
"Kakak keluar. Nak beli barang sikit" ujar kakakku, mencelah.
Aku pun senyum la sikit, sorang2 kat umah kan.
Tapi, sewaktu nak balik tu, aku bercakap sat dengan nenek sebelah arwah mak.
*transkrip ini diterjemah ke Bahasa Semenanjung in case korang tak faham B)*
Nenek : Dah kemas ke rumah korang?
Aku : Lom. Dulu masa mak ada, gerenti kena leter awal2 pagi sebab tak kemas rumah
Nenek : Yalah, nilah tahun paling nenek sedih. Selalunya ada ja yang kol nenek tanya apa masak, kuih dan biskut dah sedia ke belom.
Aku : Yalah, dhani pun sedih gak. Gerenti rasa lain nanti pagi raya. Tiada riuh macam dulu
*versi Sarawak*
Nenek : Dah kemas rumah ktkorg tek?
Aku : Belom nek. Dolok time mak ada, kompom kenak ngerepak pagi2 sebab rumah gk ngarey. Lua x bersapu bervacuum. Tv meja lom berelap. Baju lom betereka.
Nenek : Yalah ni. Nenek paling sedeh la tahun tok sik dengar suara mak ktk time malam2 nak raya kdktok. Salu ada jak nya tanyak apa masak, kuih ngn biskut dah ada semua ka lom.
Aku : Yalah, dhani pun sedih juak kekadang ngenang mak dh sekda. Kompom lain rasa pagi raya ya kelak. Xda bisin2 kamboh2.
Aku rindu.
Serius, aku rindu.
Walaupun ternyata aku tak selesa ditegur dan mendengar leteran arwah.
Tapi, aku rindu saat tu.
Kini, tiada lagi leteran, senda gurau, senyumannya.
Pesanan kepada pembaca.
Jagalah ibu dan ayah anda sebenar-benarnya.
Mana tahu, ini Ramadhan dan Syawal terakhir anda bersama mereka?
Ciumlah tangan dan pipi mereka yang berkedut itu selagi termampu.
Jaga hati mereka.
Jaga hati mereka.
Jaga hati mereka.
Eh? Kakak dah datang.
No comments:
Post a Comment