Tuesday, July 19, 2016

Kemaafan

Assalamualaikum *huarrghhh* *menguap*

Jam tepat 1.21 a.m di bumi Kota Samarahan. Last update blog ni 31/5 aku rasa, kalau tak silaplah. Masa tu aku buat preparation untuk masuk UNIMAS. Alhamdulillah kehidupan aku kat sini serba sederhana dan dapat la survive for a year kot hahaha.

Bercakap pasal kehidupan di universiti, apa yang aku boleh cakap adalah kehidupan kat sini mempunyai atmosfera yang berlainan dengan kehidupan yang dialami masa zaman persekolahan. Sungguh aku cakap ini. Bukan hanya medium penyampaian berbeza, subjek yang berbeza dan tenaga pengajar baharu sahaja, namun kehidupan sosial dan ekonomi kendiri pun jelas berbeza. Masakan tidak, dulu kita selalunya akan berjalan, bertepuk tampar dan beramah mesra dengan kawan-kawan yang telah lama kita kenali di sekolah. Masa kat universiti ni, kita kena berinteraksi dengan banyak pihak dan pelbagai jenis orang yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah. Dari segi ekonomi pula, terutamanya bagi orang yang pertama kali hidup berasrama seperti aku, amat lain rasanya. Dahulu setiap pagi turun kereta, ayah kadang-kadang rajin jugak menghulur beberapa wang biru kecik kat aku untuk aku berbelanja. Masa ni, aku kena uruskan kewangan aku sendiri dengan bijak dan bilhikmah (fulamak stailo vocab kau haha)

"Laa, Mathor. Kau macam dah lupa ja yang kau patut buat satu entry tentang Eid yang engko sambut tempoh hari"

"Umm, malas? Haha I kid. Haaa aku nak tulis la ni. Baca molek deh."

Pertama sekali, taqabalallahu minna wa minkum kepada semua pembaca blog Mathority yang disayangi oleh diriku ini (ok nak muntah haha). Semoga masa-masa yang engkorang luang untuk baca blog ni bermanfaat untuk engkorang sendiri dan aku. Mungkin tak semua yang aku tulis tu bermanfaat, namun aku percaya engkorang boleh dapat sedikit input yang berguna untuk kasi minda tu berfungsi sikit. Beribu kemaafan aku pohon kepada engkorang sekiranya aku terguris hati, terkasar bahasa, terkasar secara mental dan fizikal, terjeling, tertampar, terterajang, tersepak (weh dah dah). Betul ni aku menyesal tau. Macam tipu ja kalau aku cakap setahun ni aku tak buat salah dekat orang. Maafkan aku ya, dan aku akan maafkan engkorang huhu

Akhir sekali, aku harap ilham akan menjelma dengan mencurah-curah di kotak minda aku supaya aku boleh teruskan menulis di blog yang serba kekurangan ini. Seperti yang aku katakan dahulu, blog inilah medium yang aku ada untuk aku meluah rasa dan buah fikiran huhu.

Weh dah 1.39 pagi. Nak tido. Mat malam gais.

No comments:

Post a Comment